Jiran
Pernah sekali, terpaksa menebalkan muka meminta 'am sebelah untuk bercakap dengan mak cik Toshiba yang tak faham-faham bila aku bagi direction ke imarah kami.
Malu, sebab tak pernah bercakap dengan mereka. Tiba-tiba sahaja meminta pertolongan.
Pernah sekali, paip di hadapan imarah kami bocor dan membanjiri imarah yang bertentangan. Jiran marah dan minta diselesaikan segera.
Dejected, sebab abang senior tak angkat telefon.
Elevated, sebab ikhwah sebatch bagi pendapat yang boleh dipakai.
Bangga, sebab ada dua kawan yang temankan untuk bercakap dengan jiran-jiran tersebut.
Lega, sebab semuanya selesai dengan segera.
Agak kecewa dengan diri kerana tidak bergaul sangat dengan jiran setempat. Bukan tidak mahu, tetapi kekangan bahasa dan keselamatan menjurangkan niat tersebut.
Sememangnya hanya alasan yang dapat diberikan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Pernah meminta pendapat ketua batch. Budak lelaki, mungkin lebih mudah bagi mereka.
If it's going to be, it's up to me.
Sekarang sudah mula memberi salam kepada 'am yang sering duduk dihadapan lorong sejak sebulan yang lalu.
Harap dapat terus menunaikan hak-hak kepada jiran.
Rakan sebaya
Pernah sekali, terasa perit hati kerana tak tahu nak call siapa untuk minta tolong.
Pernah sekali, terasa gusar sepanjang perjalanan; bimbang tertembung dengan senior dan dimarahi kerana berjalan tanpa teman.
Itu kenyataan yang saya buat di profile Friendster. Sekarang, ia membuatkan saya berfikir semula siapakah the minute cluster of friends I have.
I... I think I left them all, somewhere.
Mungkin saya tidak menghargai mereka. Mungkin saya terlalu tidak mahu menyusahkan mereka.
Mungkin saya cuma menganggap mereka teman ketika suka sahaja.
Sememangnya saya tiada masalah untuk menolong sesiapa. Even to the most tedious task, I'll help them if they ask for my favor.
Tapi, siapakah yang saya cari andai ada perkara yang perlu diselesaikan?
Harap dapat dilembutkan hati untuk menunaikan hak-hak sebagai seorang sahabat.
Ikhtilat
Semalam, saya amat bersyukur kerana saya berada bersama mereka.
Amat bersyukur kerana diberkati dengan pengetahuan dan pemahaman untuk mengamalkan pergaulan mengikut ciri yang dibenarkan.
Amat bersyukur kerana hati ini masih lagi dijaga.
Amat bersyukur kerana ada kekuatan untuk menegur on the spot.
Amat bersyukur kerana teguran diterima.
Mama pesan, fokuskan pada diri dan bantulah yang lain.
Harap hati-hati ini akan terus berpaut pada agamaNya.
p/s: Mahu menulis on senior. Lain kali la.









