بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, November 30, 2008

Surat kepada Ketua Imarah 11

Dur xx, Imarah 20,
Haret Sayyeda Zainab,
Sayyeda Zainab,
Cairo, EGYPT

29 November 2008

Assalamualaikum wbt, cik ketua imarah.

Sihat? Ana harap anti sihat dan terus berusaha melangkah kehadapan dengan penuh kesungguhan dan keceriaan. Ana sekarang sedang sejuk, tapi salah sendiri sebab malas beli dhifayah. Haha.

... Baiklah, ana tahu. Small talk yang membosankan hanya akan di skip, kan. Ana straight to the point je lah.

Sebenarnya, nak ucap terima kasih sebab bersusah payah pegang jawatan yang membosankan ini. Sudahlah anti kena balancekan kehidupan pelajar dengan kemelut seorang ketua imarah, si Bahiran juga dah letak anti jadi Biro Perumahan.

Anti sabar je la, ye. Apa-apa, contact ana. Nanti ana tolong.

Kadang-kadang, ana ada terdengar juga anti kene bebel dengan budak imarah sebab banyak benda tentang imarah kita tak settle lagi. Contoh paling ketara adalah isu line telefon yang tak masuk-masuk (despite dah dipasang) dan internet yang masih tidak dipasang.

Telan je la, ye. Mungkin diorang tak tahu yang anti dah cuba yang sedaya mungkin. Mungkin diorang tak faham bukannya senang nak deal dengan orang Arab ni.

Asal kene bebel je, mesti anti diam. Ana ucapkan tahniah; nampaknya kita sama-sama faham dengan hadith Rasulullah:

من كان يؤمن بلله واليوم الأخر فليقل خير او ليسكت



Kadang-kadang anti nampak ceria je. Senyum entah pape. Bila ditanya, anti akan mengiyakan kalau ana kata anti teringatkan si dia.

Yang sebenarnya, mesti sebab anti tak nak kitorang asyik kacau anti, kan? Kalau anti menzahirkan keserabutan, mesti kitorang samada tambahkan keserabutan anti atau beria-ria nak bantu.

Both of which you despise, ne?

Ana harap, anti akan menambah keikhlasan dalam senyuman. The only time I could see you smiling sincerely was when you were out walking alone. Or any time you were alone.

Erm, ana tegur sikit, boleh?

Anti kadang-kadang lambat balik imarah, walaupun anti selalu laju je jalan keluar dari pagar gami'ah. Anti sengaja berjalan perlahan-lahan ke? Atau anti penat? Lain kali, kita naik teksi sekali. Tiga geneh je pun.

Kalau balik pun, selalu tak ada di bilik. Anti pergi mana? Sutuh ke? Mish ma'ul kidah... Sutuh amat sejuk.

Handphone pun selalu ditinggalkan di bilik.

Anti hanya charge battery bila dah flat je. Ana dengar hari tu, senior risau sebab anti tak dapat dihubungi. Dia ingat ada apa-apa terjadi masa pak cik Arab tu datang rumah anti.

Niat anti tak nak susahkan senior, tapi nampaknya, anti merisaukan mereka lagi, adalah.

Entah apa yang anti fikirkan. Best sangat ke isolatekan diri dari jama'ah?

But then again, Rasulullah pun mencari ketenangan jauh dari kelompok masyarakat.

Tapi anti tu perempuan! Bahaya. Ana nak teman, anti tak nak. Ke nak ana carikan mushrif tetap untuk anti? PERUBATAN ada je Unit Bait Muslim.

*melarikan diri dari lemparan scalpel beracun anti*

Jangan larikan diri. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup kita, bukan kah begitu?

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
(Yusuf : 87)


I wish you all the best, all the rahmah and blessing of His. Ana harapkan anti terus cekal dan tidak luntur dek a small thorn on your rosy path.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
(Al-Baqarah : 214)


Semoga diri terus mantap. Take care, wassalam.

Yours sincerely,
Budak Imarah 11

p/s: Pasal shovel tu, tanya la senior ikhwah. Or tanya Rahman. Kalu dia tak nak tolong, report kat abang anti. Apa susah.

*kali ini, melarikan diri dari lemparan scalpel-scalpel beracun anti*

Sunday, November 23, 2008

Warkah Rindu buat Kamu

Di kala malam yang dingin ini, angin sejuk Mesir telah membekukan otak saya, sekaligus mengaktifkan secara hyper aktiviti cervical cortex saya.

Maka saya ada pengakuan emosi yang perlu diterjemahkan demi mengelakkannya dari terus menyerabutkan fikiran ini.

Saya lapar. Walaupun dah makan malam yang sedap (telur sweet sour dan sup sayur... tak mungkin tak tambah), meratah sebungkus Tiger dan seketul Molto chocolate, saya masih lapar.

Perlukah saya meratah lagi biskut Tiger itu? Nampaknya, esok terpaksa beli finuu LE3.

Selingan: Saya tak suka buah zaitun.


Saya juga sejuk. Baiklah, salah sendiri sebab tak menambah jumlah lapisan pakaian.

Saya rindukan mama saya.

Saya rindukan papa saya.

Aduh, saya terasa macam seorang budak kecil di sini.

Saya rindukan guru saya. Akhirnya saya menghantar offline message kepada dia semalam menyatakan kerinduan.

Saya rindukan abang saya. Saya dah biasa ada abang, tetapi abang saya tiada di Mesir. Dah lama tak gaduh dengan dia.

Huh.

Duduk di sini mengajar saya lebih menghargai mereka yang saya ada.

Baiklah. Pengakuan dah dibuat. Sila jangan membuli saya berkenaan apa yang sudah ditulis.

Jom sambung study.

p/s: Rindukan keropok.

Friday, November 21, 2008

'Abid

Mood tak tenang. Iman terasa merudum.

Mungkin sebab salah makan kot. Ikan masak kicap tadi terasa semacam. Ara, aku buat lawak je. Ko masak memang sedap.

Menghadap buku Physio. Membaca tanpa sebarang input.

Apa ni?

Maka pelajaran tanpa kualiti itu dihentikan dan input yang lain dicari.

Mencapai al-Quran.

Jika tidak mampu menjadi seorang 'alim, maka jadilah seorang 'abid.

Thursday, November 20, 2008

Ukhuwwah Beras

Pagi ini, macam biasa, nak masak bubur. Potong kacang buncis, carrot dan ayam.

Semua dah sedia. Perencah sup sayur sudah dicuba-rasa dan bersedia untuk dituangkan ke dalam periuk nasi nanti.

Baiklah, bersedia menghadapi air paip yang sejuk. Lipat lengan baju anda! Mari membasuh beras!

Mencari beras di tempat biasa di tepi rak.

Eh? Feen?

"Radhi. Ooo Radhi. Beras pergi mana?"

Radhi menyahut. "Alamak! Lupa nak bagitau awak. Beras dah habis la."

-___-'' "Boleh ke masak bubur kalu tak de beras?

Maka saya pun melangkah dengan penuh bersemangat memanjat tangga ke tingkat dua.

"Assalamualaikum~ Korang, pinjam beras."

"Beras ada ke?" Amar yang sedang mengemop menyoal Nasywa.

"Ada, ada. Amik la."

"Shukran!"

Maka bubur pun selamat dimasak dengan jayanya. Menjamu ahli biit dan Bad dan Nisa' yang datang jauh dari Mounira dan Maniyal.

Saya pernah dinasihati pada zaman purba yang lampau dengan, "Kita ada jemaah yang besar, so gunakan sebaik-baiknya..."

Terima kasih. Saya sedang berusaha menghayati dan mengamalkan nasihat tersebut.

Ukhuwah pun dapat dikukuhkan sambil-sambil tu, kan?

Berjalan, Bermusafir.

"Pagi-pagi pergi kelas naik ape?" Abang itu bertanya pada aku.

"Naik kaki je."

"Kenapa tak naik teksi atau tremco? Ade je, kan?"

"Exercise pagi-pagi."

Dan dia ketawa. "Bagus nye, budak-budak tahun satu."

"Terima kasih." Aku sedar, kami memang amat mantap pun.

Aku suka berjalan di pagi hari. Ya. Ianya menyeronokkan.

Mengulangi mathurat sepanjang perjalanan.

Mengambil masa memerhati geografi Mesir.

Melihat keindahan langit ciptaanNya.

Senyum dan ucapan salam kepada mak cik-mak cik di jalanan.

Menghidu bau 'ish yang masih panas.

Menyegarkan. Sedikit sebanyak menghilangkan keserabutan.

Dan mereka bertanya mengapa aku suka berjalan bersendirian.

Jika berjalan dengan mantap dan penuh semangat, dalam 20 minit akan sampai Kasr el-Ainy Medical School. Biasanya velocity akan dikurangkan di atas jambatan, sebab nak tenung Cairo Tower nun lateral di sebelah kanan.

Semoga nikmat iman dan kesihatan ini berkekalan.

p/s: Aku penat sebenarnya. Aku rindukan basikal aku.

Sunday, November 02, 2008

Things Supposed to Be

Tanggungjawab yang diberikan adalah amanah dari yang orang lain, kan?

Ianya tanda kita dihormati dan dipercayai oleh mereka, kan? Kalau tak, takkan mereka nak amanatkan sesuatu pada kita, kan?

Sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka dan dilaksanakan dengan penuh ihsan, kan?

Rasulullah sendiri pun mahukan umatnya bersikap ihsan dalam setiap perkara, kan?

Kalau terasa berat, sepatutnya dianggap sebagai satu cabaran dan titik tolak bagi memajukan diri sendiri, kan?

Kalau terasa berat, sepatutnya luahkan kepada sesiapa, kan?

Sepatutnya minta tolong, kan?

Sepatutnya terus tabah, sabar dan berusaha, kan?

Sepatutnya terus senyum, kan?

Sepatutnya berjalan maju ke hadapan dengan langkah yang penuh bersemangat, kan?

Tak sepatutnya berputus asa, kan?

Tak sepatutnya distancekan diri dari mereka, kan?

Tak sepatutnya malas jawab telefon, kan?

Tak sepatutnya menyampah dengan mereka, kan?

Tak sepatutnya update blog menyatakan keserabutan, kan?

Kalau betul-betul tak larat, sepatutnya stop je, kan?

Serahkan kembali amanah yang diberikan, kan?

Hidup tak sepatutnya seserabut ini, kan?

Sepatutnya boleh merenung langit tanpa sebarang di hati melainkan kekaguman tak terhingga padaNya, kan?

Sepatutnya boleh duduk di bawah pokok dan tak buat apa-apa tanpa diganggu, kan?

Sepatutnya boleh tersengih melihat gelagat Nada mengejar kawan-kawannya, kan?

Sepatutnya boleh duduk di balkoni dan memerhatikan daun di pokok bergoyang dengan selesa, kan?

Sepatutnya boleh terus berjalan dengan hati yang bersemangat, kan?

Sepatutnya boleh terus berlari dengan hati yang girang, kan?

Sepatutnya...

Sepatutnya...

Sepatutnya...

Sepatutnya boleh menjadi diri sendiri, kan?
Haru & Associates