Dur xx, Imarah 20,
Haret Sayyeda Zainab,
Sayyeda Zainab,
Cairo, EGYPT
29 November 2008
Assalamualaikum wbt, cik ketua imarah.
Sihat? Ana harap anti sihat dan terus berusaha melangkah kehadapan dengan penuh kesungguhan dan keceriaan. Ana sekarang sedang sejuk, tapi salah sendiri sebab malas beli dhifayah. Haha.
... Baiklah, ana tahu. Small talk yang membosankan hanya akan di skip, kan. Ana straight to the point je lah.
Sebenarnya, nak ucap terima kasih sebab bersusah payah pegang jawatan yang membosankan ini. Sudahlah anti kena balancekan kehidupan pelajar dengan kemelut seorang ketua imarah, si Bahiran juga dah letak anti jadi Biro Perumahan.
Anti sabar je la, ye. Apa-apa, contact ana. Nanti ana tolong.
Kadang-kadang, ana ada terdengar juga anti kene bebel dengan budak imarah sebab banyak benda tentang imarah kita tak settle lagi. Contoh paling ketara adalah isu line telefon yang tak masuk-masuk (despite dah dipasang) dan internet yang masih tidak dipasang.
Telan je la, ye. Mungkin diorang tak tahu yang anti dah cuba yang sedaya mungkin. Mungkin diorang tak faham bukannya senang nak deal dengan orang Arab ni.
Asal kene bebel je, mesti anti diam. Ana ucapkan tahniah; nampaknya kita sama-sama faham dengan hadith Rasulullah:
من كان يؤمن بلله واليوم الأخر فليقل خير او ليسكت
Kadang-kadang anti nampak ceria je. Senyum entah pape. Bila ditanya, anti akan mengiyakan kalau ana kata anti teringatkan si dia.
Yang sebenarnya, mesti sebab anti tak nak kitorang asyik kacau anti, kan? Kalau anti menzahirkan keserabutan, mesti kitorang samada tambahkan keserabutan anti atau beria-ria nak bantu.
Both of which you despise, ne?
Ana harap, anti akan menambah keikhlasan dalam senyuman. The only time I could see you smiling sincerely was when you were out walking alone. Or any time you were alone.
Erm, ana tegur sikit, boleh?
Anti kadang-kadang lambat balik imarah, walaupun anti selalu laju je jalan keluar dari pagar gami'ah. Anti sengaja berjalan perlahan-lahan ke? Atau anti penat? Lain kali, kita naik teksi sekali. Tiga geneh je pun.
Kalau balik pun, selalu tak ada di bilik. Anti pergi mana? Sutuh ke? Mish ma'ul kidah... Sutuh amat sejuk.
Handphone pun selalu ditinggalkan di bilik.
Anti hanya charge battery bila dah flat je. Ana dengar hari tu, senior risau sebab anti tak dapat dihubungi. Dia ingat ada apa-apa terjadi masa pak cik Arab tu datang rumah anti.
Niat anti tak nak susahkan senior, tapi nampaknya, anti merisaukan mereka lagi, adalah.
Entah apa yang anti fikirkan. Best sangat ke isolatekan diri dari jama'ah?
But then again, Rasulullah pun mencari ketenangan jauh dari kelompok masyarakat.
Tapi anti tu perempuan! Bahaya. Ana nak teman, anti tak nak. Ke nak ana carikan mushrif tetap untuk anti? PERUBATAN ada je Unit Bait Muslim.
*melarikan diri dari lemparan scalpel beracun anti*
Jangan larikan diri. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup kita, bukan kah begitu?
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
(Yusuf : 87)
I wish you all the best, all the rahmah and blessing of His. Ana harapkan anti terus cekal dan tidak luntur dek a small thorn on your rosy path.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
(Al-Baqarah : 214)
Semoga diri terus mantap. Take care, wassalam.
Yours sincerely,
Budak Imarah 11
p/s: Pasal shovel tu, tanya la senior ikhwah. Or tanya Rahman. Kalu dia tak nak tolong, report kat abang anti. Apa susah.
*kali ini, melarikan diri dari lemparan scalpel-scalpel beracun anti*