بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Showing posts with label Campaign. Show all posts
Showing posts with label Campaign. Show all posts

Monday, May 23, 2011

World Turtle Day

23rd May is World Turtle Day.

So as your hyper animal activist, viral spread among the community is a must. But since we have our Microbiology practical final exam on this same day, I couldn't focus on campaigning for the Green Baju Day, but I did my so-called best with the people I encountered.


But of course, you can't save the turtles simply by wearing green, nothing is that simple. The primary aim is simply education. Education is the keystone for changes.

Everything around us belongs to the NEXT generation, thus for us to preserve it. Imagine no more Ninja turtles. Next-generation Haru will be an irreversible wreck :(

---

All this warrant a good question, "So what's up with Green Baju Day?"

We're dressing up for the part, to make things fun and memorable. So there's a point in everyone's life today allocated for the remembrance of our duty to (the very least) nature.






p/s:

*Donatello finds a three-day-old pizza*
Don: Do you like penicillin on your pizza?

Thursday, January 06, 2011

Iklan rumah [bakal] kosong di Mounira

Di sini ada iklan rumah (bakal) kosong di Mounira, sori xde gambar (lagi).

Mane: Tingkat 2, atas Restoren Bashandy (atas rumah Presiden Husaini)

Bila kosong: Bulan Mac 2011

Sekarang sape duduk: 4 orang abang2 senior tahun akhir Cairo (Ariff Sudin, Aslam Fariz, Shuib Khairudin) dan Ain Shams (Ariffudin)

Sebab ape kosong: Diorang dah balik Malaysia~

Keadaan rumah: Berperabot, empat bilik, dekat dengan U

Sewa sekarang: LE1500 (but MAYBE tuan rumah nak naikkan pas abang2 ni keluar)

Eh saya berminat la! Sila contact Abang Aslam di talian
011-8725634

Ini cuma pengecopan untuk duduk di rumah ni, kalian still kene deal dengan tuan rumah ni apabila abang-abang ni dah keluar.

Rumah ni bakal kosong dan lokasinya yang memang strategik, kalau ada orang nak, bagitahu la Abang Aslam. Kalau takde, no problem whatsoever.

Btw they've got another 6 exams to go, prayers for them and senior-senior Ain Shams yang menunggu result.

b/p
Abang Aslam Fariz bin Selamat
Cairo Gen 4
(batch abgFaizal)

Thursday, March 18, 2010

We Tigers Roar


We may be studious and hard-working. Nerd, even.

We claim our success but no, we don't succeed alone.

We still help our friends and we share our knowledge around.

We bring out the best of each other.

We set our intentions for Allah and we increase our awe in Him
as we further dwell in our medical reading.

Simply because that is our duty.


Medicophilic Week 2010 is coming close to its end.

Does your love for medicine brings you closer to Allah?


p/s: Adored tiger for as long as I could remember. And the genius behind Photoshop and Deviantart.

Saturday, February 27, 2010

And He Told Us to Strive


Allah loves us and had the whole world prepared at our service.

We just need to work for it.


Happy Biochem assignment, everyone. Let's renew our intentions for the Most Merciful only and may Allah rewards us for all effort spent.


Words of Allah surah An-Najm, verse 39. Me reminded by Kak Fathy love.

Danbo background taken from here.

Wednesday, December 30, 2009

Kempen Mushrif untuk Semua #2

Special thank you to everyone
for supporting this cause with endless doa~


My sisters here and hereafter
If I write you guys by the name I might just cry.
Bro Nadzirah Mohamed Mukhtar
She's mine to bully!
Tiga senior sekawan yang seronok!
Saya doakan para boss terus mantap~
Mushrif-mushrif tetap PERUBATAN
Mansurah
Tanta
Kaherah


Thank you for trusting and backing me up
Moga bertemu Allah bersama kalian di syurga nanti.

Kempen ini secara rasminya ditutup.



InsyaAllah, kami mahu ke Bahariya.

8-10 dan 12-14 Februari 2010 nanti.

Encik-encik budiman dari seluruh pelusuk Mesir boleh menjadi mushrif kami?

Bayaran LE500 je.

Sebolehnya sebelum 7 Januari ni.

Jika sudi, boleh la hubungi saya mahupun AJK-AJK yang lain.

Terima kasih :)

Yang benar;
Nur Atiqah Mohd Hanifah
atqh90 (YM)

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(3:92)

Wednesday, December 16, 2009

Kempen Berdoa untuk Semua

Name:
'Pray for All' Campaign

Duration:
Till I'm bored and in need for a fresh boost

Objectives:
1- Encourage praying for the sake of others
2- Avoid any trace of selfishness amongst us Muslim
3-Towards avoidance of being Al-Muthoffifin
ie those who give less than due weight for others,
but expect in full for themselves

Execution:

Radin Rahmah Radin Monawir

Akak ni nak jadi Timbalan Bendahari Kehormat
PERUBATAN 10/11
sebab jawatan tu cam ringan sikit [Kak Izzati yang macho]
dan semoga dia ada masa untuk bermain dengan saya
mengejar mardhatillah dari aspek lain
Doakan agar keputusan syura PERUBATAN
memudahkan urusan dia!

Razan Hayati Zulkeflee
Esok [16hb] dia akan dapat result untuk last test dia
yang membawa kepada 10% markah dalam final nanti
Doakan dia dapat markah penuh!

Nadhirah Muhamad Yusof,
Insyirah Ahmad Kamal

serta Gen6 Cairo University yang rata-rata kurang segar
Mereka ini diuji dengan demam, selsema dan batuk
Doakan mereka segera sembuh!

Mitsuharu Yuuno
Tadi dia squeak
Dia kelihatan seperti... layu?
Entah la
Segera la segar kembali, boleh kita bermesra dengan lebih aktif!
Doakan dia sihat!

Kamu
Sebab tinggalkan komen yang mesra berusaha menjayakan kempen saya haha
Sebab semua orang pun suka didoakan, kan?
;)

p/s:
Thank you Kak Pijot sebab jadi kamus bergerak saya

p/s2:
Tak seronok la kempen takde poster :(

Friday, November 13, 2009

Friday, April 03, 2009

Kempen Kuih Keria untuk Semua

Kempen Akhlak Mulia
untuk Semua

Fasa pertama: Berbuat baik sesama jiran.

Dianjurkan oleh:
Briged Rakan-rakan Yuuno

Tarikh:
1 dan 2 April 2009

Tempat:
Haret Sayyeda Zainab


1.0 Pendahuluan:

1.1 Akhlak mulia adalah manifestasi kemantapan iman seorang Muslim. Ianya jauh lebih berharga dan dihargai daripada pakaian emas mahupun keputusan peperiksaan yang mumtaz bi sharaf.

1.2 Pelajar-pelajar perubatan, khususnya pelajar Melayu di Haret Sayyeda Zainab turut tidak ketinggalan dari berakhlak mulia sebagaimana yang diajurkan Al-Quran dan Sunnah.

1.3 Pun begitu, akhlak mulia ini sekadar diamalkan sesama masyarakat Melayu di Mesir ini sahaja, seterusnya mengabaikan kewujudan komuniti Arab di kawasan Haret Sayyeda Zainab ini.

1.4 Berikutan sikap ini, banyak salah faham yang telah timbul antara masyarakat Melayu dan masyarakat Arab lantas menjadi pencetus kepada usaha menghidupkan kembali amalan berbuat baik sesama jiran.

2.0 Objektif

2.1 Menggalakkan pengamalan akhlak mulia di dalam kehidupan.

2.2 Memupuk semangat cintakan Rasul sepanjang zaman dengan mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.

2.3 Membina hubungan baik antara penghuni Imarah 11 dengan jiran-jiran Arab di sekitar.

2.4 Meningkatkan kualiti kehidupan penghuni Imarah 11 dan jiran-jiran setempat.

2.5 Memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat Arab.

2.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab Ammiyah Mesir dengan berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

3.0 Anjuran
Briged Rakan-rakan Yuuno

4.0 Tarikh perlaksanaan
1 dan 2 April 2009

5.0 Lokasi cadangan
Imarah 20, Haret Sayyeda Zainab

6.0 Sasaran
20-30 orang jiran yang sering berlegar-legar di hadapan Imarah 11.

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengarah
Nur Atiqah M. H.

Unit Tugas-tugas Khas
Khairunnisa A. R. (Ketua)
Nur Atikah S. I.

8.0 Bidang tugas

Pengarah
1. Mengatur dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana
2. Memastikan setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik dan teratur
3. Mengetuai proses perancangan dan perbincangan dasar program
4. Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara jawatankuasa dengan pihak luar

AJK Tugas-tugas Khas
1. Melaksanakan apa sahaja yang diarahkan Pengarah

9.0 Pelan tindakan

1 April 2009
Membeli keledek dan tepung.
Mengopek keledek.
Merebus keledek.
Melenyek keledek.
Menguli keledek dan membentuk kuih keria yang presentable.
Menggoreng keledek.

2 April 2009
Menyira kuih keria.
Memberikan kepada jiran sebagai tanda ‘We come in peace’.
Membincangkan isu-isu social setempat bersama jiran tetangga.

10.0 Anggaran belanjawan

11.0 Penutup

Semoga apa yang direncanakan dalam kertas kerja ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dengan pertolongan dan izin daripada Allah S.W.T. demi mencapai semua objektif yang digariskan.


Disediakan, disemak dan disahkan oleh;


…………………………………..
(NUR ATIQAH M. H.)
Pengarah,
Kempen Akhlak Mulia untuk Semua.


12.0 Feedback

Ada budak datang rumah aku dengan linangan air mata.

Budak-budak gila depan imarah mengganas lagi. Kali ini di bawah sinaran mentari di pagi hari.

Aku bengang. Aku tak suka perbuatan mereka yang buat budak perempuan menangis. Dan aku tak suka sebab aku tak tahu nak buat apa lagi.

Nisa putuskan supaya tidak payah memberi kuih kepada jiran-jiran kami yang siot.

Nampaknya kempen aku sudah gagal.

Haru & Associates