Kita mulakan pos hari ini dengan mengingati hadith yang dibincangkan dua minggu lepas (kot).
Solat, sedekah, sabar. Tiga benda ni adalah tingkatan amal, dimana solat itu tingkat yang lebih rendah daripada sedekah dan sabar adalah tingkat paling tinggi antara tiga tu.
Kenapa solat lagi rendah dari sedekah? Memang la solat tu pertama dihisab akhirat nanti, tapi dari segi kesusahan, sebenarnya sedekah tu lagi susah nak buat daripada solat. Orang munafiq pun solat, tapi mereka tidak bersedekah.
Hal ni benar untuk saya (aaahh ahhh aaaaahhhh). Solat memang wajib maka memang la akan solat, tapi sedekah tu... Selalu jugak la berkira, malas nak berhenti ambil duit syiling la, itu la, ini la, dan sebagainya.
Dan sabar pula paling susah antara tiga-tiga ni. Tak perlu hurai la kan. Sabar itu pada pukulan pertama, setakat ini saya masih gagal dalam usaha untuk bersabar maka selalu resort to ignoring je. Kadang-kadang, untuk tidak berambus begitu sahaja pun susah apetah lagi untuk tidak berkerut buat muka annoyed.
Maka pos ini untuk mengingatkan Hana bahawasanya sedekah itu susah dan tidak semudah menghulurkan wang semata. Dan sebenarnya, penat keringat sakit belakang sama-sama berusaha tu lebih manis rasanya daripada hulur duit je. Kena berusaha ingatkan diri, biar sakit belakang janji pengajaran hari ini dapat.
Bukan senang nak semua 11 orang IQ ada. Kita buat kerja bersama-sama maka tidak boleh berkira dan wajib la bantu semua orang. Hati jangan keras, kamu tu ganas maka selamat la menuju macho seperti Saidina Umar Al-Khattab.
Okay. Mari ke pos hari ini.
---
Dah 7 malam. Sejam lagi Maghrib. Sebelum ni cek dengan Ada-kun, nasi macam cukup je dengan satu periuk 4 pot sedang dimasak. Cek sekali lagi rupanya ada 9 bungkus lagi nasi tak siap.
"Serius 9 je?"
"Ye 9 je lagi."
"Okay."
Nasi 4 pot tadi cukup untuk 6 bungkus. Siap bungkus nasi tu, hantar ke depan untuk isi lauk-pauk. Pergi dapur basuh lagi 2 pot lebih untuk 3 bungkus lagi with safety margin.
Ulang banyak kali dalam hati "Ya Latiff, lembutkan hati-hati kami." Semoga diterima dan semua orang pun dengan sendirinya terus rajin bersedekah. Tengah malam semalam masa hiris sayur, tanya Ada-kun sempat ke kalau nak tulis pape on kertas kecil-kecil pastu lekat dekat polisteren nasi sebagai commemoration jual nasi kerabu untuk tabung Syria dan Gaza, tapi tak sempat. Haha. Tak kisah la, harapnya hati-hati kami sampai kepada mereka dan kalian.
Pergi depan balik untuk tolong wrap nasi.
"Nasi ada lagi?"
"Tengah masak inshaAllah cukup untuk 3 bungkus lagi."
Ada-kun sengih. "Sebenarnya 4 bungkus lagi."
"Cukup je 4 bungkus inshaAllah aku masak lebih skit," sengih balik dekat Ada-kun sambil mata jeling. "Tapi kalau kau minta 5, aku pukul kau. Haha."
Pergi tengok nasi dekat bilik Jiha, dah siap. Bawa masuk ke bilik dan sejukkan sekejap, mula membungkus untuk nasi bungkusan pertama. Ada-kun datang duduk sebelah bekas nasi.
"Takpe je kalau 3 pun. Yang keempat tu Nabila (junior ahli beit Raqaiq) boleh bagi dia nasi putih je."
"Cukup inshaAllah 4," sembur air masak dalam mangkuk Dhia' supaya nasi tak melekat, ceduk nasi bungkusan kedua ke dalam mangkuk, mampatkan. "Nabila bagi la nasi biru kesian dia budak lagi."
"Betul ke ni cukup?"
"Betul," terbalikkan atas polisteren, tutup dengan polisteren kedua. Siap nasi kedua. "Kita bukan berniaga, inshaAllah cukup."
"Oh ye kita buat untuk infaq, so boleh la bagi nasi kurang sikit."
Tak tu bukan maksud aku. "Kita buat ni demi.." Ulang proses untuk nasi ketiga. "demi Tuhan. Maka Dia akan tolong kita la kan. Bukan nak berniaga, tapi sebab Dia. Maka Dia akan tolong kita."
"Haha," Ada-kun gelak kecil.
Siap nasi ketiga. Ada lagi nasi cukup untuk keempat. "Wah cukup! Thank You Allah! Ha kan aku dah kata." Ulang proses untuk nasi keempat.
"Tapi kalau kau minta lima, aku pukul kau."
Ada-kun gelak.
---
Ada-kun tengah makan malam dengan Atiqah Jr. Borak tentang bahan-bahan yang masih lebih sementara tunggu Jiha ready untuk solat Isya'.
"Minggu ni kita kena makan nasi kerabu je." Ada-kun kata.
"Kenapa?"
"Sambal ikan banyak lagi. Dalam peti ada satu bekas lagi bahan-bahan dia tak siap masak lagi."
"Urgh nape tak habiskan masak tadi."
"Macam mana nak masak dia?" Tasnim tanya.
Ada-kun mula ajar tapi tak jadi. "Takpe Jiha reti, kita suruh je dia."
"Sambal tu boleh je kan makan dengan benda lain. Kita tak larat nak makan benda berat dah lepas menghadap nasi kerabu hari ni," ujar Tasnim.
"Haah aku rasa aku tak boleh dah tengok nasi kerabu sampai balik Malaysia kot." Serius la 218 bungkus... "Rai kata tadi aku buat facial hari ni. Nasi panas berasap."
"Hahaha. Rai kata muka Hana dah edema."
"Haha bertuah."
---
Kami masak nasi kerabu hari ni dengan bimbingan dan pantauan Wa mak Dhia' yang thiqoh dan macho suka car tapi tidur menonggeng atas katil Tasnim yang ber-air cond hahaha. Semua keuntungan masuk tabung Syria dan Penajaan Hafiz di Gaza maka kami semua pun tulis nama untuk order nasi kerabu juga. Ye la today we also have to eat. Rupanya Wa kira semua jumlah untuk dimasak termasuk kami maka Wa kata kami tak payah bayar namun setelah diprotes ("Kenapa tak payah bayar pulak? Ni infaq bukan niaga.") Wa berkeputusan "Okay la bayar tapi boleh makan banyak mana pun nak."
Sebenarnya setiap sorang makan tak sampai separuh pun hidangan sebungkus nasi.
"Ada-kun aku tak bayar lagi."
"Okay okay bayar bayar."
"Nah," ambil not yang ada gambar Masjid Sultan Hassan. "Aku tak nak baki."