بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Wednesday, February 23, 2011

Response to Mosquitoes

Budak ni hilang buku teks Aqidah dan buku tulis Sirah dia, mana nak cari?


There are a lot of mosquitoes at the airport. The problem is not in getting bitten (it is btw), but how to curb the urge to smack them hard everytime they make an appearance. The loud thwack! will undoubtedly render attention and this is not Egypt where you can do whatever you want whenever you want.

Cubaan mengekang keganasan budak buas gagal berikutan tangannya yang halus tak berisi maka timbul ketakutan mungkinkah ianya patah andai dipaut dengan erat.


This is Malaysia where people scorn at oddities. And walking with your family will spill the public glare onto them, too.

Budak buas bergayut pada tiang di ruang menunggu.

Tuesday, February 22, 2011

21st Feb - Guling


No new post means I'm too lazy or too busy to write. It's usually the former but since I'm in Malaysia now, there's plenty to do plus we have plenty of spaces and couches at home and not at the house in Egypt so yeah berguling-guling is a must.

Also my driving license is only valid in Malaysia thus racing can only be done here. Haha. (I like to be on the safe side and say "I'm kidding LOL" but who am I kidding?)

Friday, February 18, 2011

120km/j

"80.. 90.. 100!" Hakim bersorak membaca meter kereta. "Nak dekat 120!"

"Wah! Best gile bawak laju~" Yang memandunya sengih gile lambang puas hati. Masa tu tengah lalu depan Kota Bharu Medical Center (KBMC), haha sewel gile bawak lebih 100 km/j dalam bandar. Depan hospital lak tu.

"Bahaya la, nanti langgar orang," Yaya di sebelah persoalkan dengan muka berkerut serta kelihatan sedikit kecut. Budak baik, dia memakai tali pinggang keselamatan tanpa disuruh. Sangat matang budak yang baru lepas berlatih taekwan do.

"Ika reti la control laju, relaks la." Sengih angkuh, seraya memperlahankan kereta sebab masuk balik laluan kiri dan sedang membontoti sebuah Kancil.

"Tapi jangan bagitau mama tau."

"Jangan bagitau ape?" Hakim tanya. Saya senyap je, terpaksa lebih fokus sebab jalan baru diturap dan semalam ke bilentah nyaris terlepas lorong nak masuk kejiranan Taman Muttaqin.

Ada kaitan ke, haha.

"Oh! Jangan bagitau mama Kak Ngah bawak laju!" Dan kami semua ketawa, saya sebab situasi ini sangat ironik.

Updated:

The next day I gave Hakim a ten-minute silent treatment because he spilled to Mom. You know what happened next. LOL.

Sunday, February 13, 2011

What Happened to Kyros Kebab?

Had a headache while choosing which book to buy, I even had to call my sister in Shah Alam for help. The shop assistant wasn't much of a help except when she confirmed my nagging suspicion that there's no book on j******ism here, sigh.

I would have turned to random people passing in between the bookshelves for suggestions, but most of them were tweens hogging the Teenage Fiction sections behind me overfilling with Vampire Diaries, belch. Wished I had any wise man with me then.

So that's when I called my dad, haha.

Spending the afternoon at the local Popular wasn't as fun as expected. I wish for a bigger bookstore, possibly as tall-storey as the Waterstones in Piccadilly Circus, London.

I then squatted in front of the seemingly un-updated Magazine section, looking for a copy of Newsweek and Times, impervious to the man standing on my right nor the lady passing behind me on her nice heels, talking on the phone that she "will just fall asleep if I come home now." (owh eavesdropping!)

The danger of Magazine section, apart from covers of overexposed pretty ladies is my old flame Kreko. It was evil, RM6.00 for four copies of April 2010 edition. Insanely cheap and I see Soul Eater in one of its cover.

Hands itching for it... they're calling for me!

Today's haul includes a copy of Robert Mayer, two of Charles Dickens (Great Expectations and A Tale of Two Cities) and a scientific calculator for my brother. The mag? It was a disappointment, the latest issue they have was dated 31st January 2011.

---

There's a beautiful Sembonia leather brown hand/slingbag with 50% off. Simple and just a touch of embellishment, elegant enough for a formal attire and casual enough for a take while running. And classy with no risk on the age.

I nearly flashed out the card bought it before I called my mom and she said not to buy anything on the spur of the moments.

Well I bought my Nike running shoes (from running away from deemed problems to running out of the country haha) on the spur yet here I am, proud to wear it regardless of what dress code I'm in. I have great taste, I know haha.

I'll come back for it, pray it's still there.

p/s: Apparently Kyros Kebab KB Mall outlet was replaced by Admiral England. And as I am writing this, I remembered last summer I refused to dine there because of the abundance of kebabs in Egypt, yet here I was looking for it, haha.

Saturday, February 12, 2011

4th Feb - Tersusun ke Jeddah

This post is basically me bashing everything; from bureaucracy to foolish obsolete dingbat to ungentlemanliness.

Merely relaying what I observed haha ;) And maybe you should read till the end or not read at all.


---

3.30 am (GMT+2, waktu tempatan Mesir)
Kesemua pelajar transit dan penghuni ARMA berkumpul di dataran ARMA bagi taklimat pembahagian kumpulan sempena Program Evakuasi penerbangan kedua, ketiga dan keempat pada hari ini. Khabarnya nama manjanya Misi Mengosongkan ARMA, meninggalkan ARMA kepada budak Zaqaziq yang baru tiba pada malam sebelumnya.

Berita gembira buat budak Mounira, Sayyeda Zeinab, Zenhoum, dan Abou Rish setelah menjadi pelarian (transit) di ARMA selama 4 hari dengan sehelai sepinggangnya.


6.20 am
Seramai 104 orang yang pertama bertolak ke lapangan terbang. Semuanya perempuan dan penulis merupakan salah seorang daripada yang menaiki bas. Jalan sangat kosong dihiasi susunan kereta kebal di sisi jalan beserta beberapa sekatan jalan raya oleh tentera.


7.00 am
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Kelihatan lebih kurang 90 orang daripada rumah negeri yang terkandas sejak semalam.


8.00 am
50 orang pelajar perempuan tiba dari ARMA. Kedengaran khabar mengatakan penerbangan budak lelaki terpaksa ditunda kepada hari esoknya berikutan pesawat yang rosak.

Sedihnya.


8.15 am
50 orang lagi pelajar perempuan tiba dari ARMA.


9.00 am
Pelajar dipanggil untuk beratur bagi mendapatkan boarding pass untuk penerbangan pertama hari ini dijadualkan pada jam 11.25 pagi. Sarapan berupa sandwich tuna yang serius sedap diedarkan pada masa yang sama.

Berlaku sedikit kekecohan berikutan pegawai yang bertugas bertindak mengabaikan senarai kumpulan yang telah AJK PERUBATAN tetapkan dengan kerjasama pelajar sejak 3 pagi tadi lagi dan mahu senarai baru dibentuk, ditulis tangan oleh setiap daripada 204 orang yang berada di lapangan terbang ketika itu.

Desakan penuh diplomatik Saudari Natrah, Aimi dan Oney ditolak mentah-mentah oleh pegawai tersebut. Timbul spekulasi bahawa beliau mahu kelihatan hebat menyusun semua pelajar tanpa sebarang bantuan di hadapan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut hadir pada ketika itu.

Rata-rata menyuarakan kehairanan dengan sikap kurang profesional, traditional tidak bertempat serta kolot pegawai ini dan mungkinkah ini faktor penyumbang kepada mengapa Program Evakuasi berlangsung pada kadar yang lembab?

Pelajar-pelajar bangkit mempersoal karenah birokrasi yang nyata menyusahkan dan membazir masa ini. Pada masa yang sama, sebilangan pelajar yang akur dengan karenah ini mengikut arahan beliau dan menulis nama masing-masing dalam senarai yang baru.

Hakikatnya penulis sendiri enggan berbuat seperti yang diarahkan atas dasar yakin adanya tindakan yang lebih efisien dan efektif. Terdetik hati untuk menyelar sikap mengikut secara membabi-buta dan mudah mengalah mereka yang terbabit serta memijak kertas senarai tersebut sebagai tanda protes.

(Ada 3 keping kertas A4 kosong atas lantai, saya pijak dengan sengaja, yeah. Gile keji budak ni, siapa ajar? Maaf.)

Susunan yang baru mula terbentuk dan dalam tempoh sejam tersebut, kira-kira 50 orang sahaja pelajar yang disusun.


10.15 am
Desakan bertubi-tubi oleh pelajar yang garang dan pegawai tersebut sudah beberapa kali mengeluh pening kepala. Ini padah memandang rendah pada mahasiswa tajaan duit rakyat walaupun hakikatnya mereka memang muda setahun jagung dan rata-ratanya belum lagi layak untuk mengundi.

Namun sedarlah dunia, mereka bukan orang sebarangan. Otak sengal serta peribadi menarik merupakan aset mereka. Mereka sudah bertahun tinggal di Mesir saling menguruskan satu sama lain. Kredibiliti yang dipertikai merupakan penghinaan terulung yang tidak mungkin dibiarkan tanpa bantahan.

“Kami semua tidak tidur, AJK penat gila menyusun pagi-pagi buta, selamba (pegawai) abaikan kerja keras mereka, lepas tu nak bazir masa kami lagi,” komen salah seorang pelajar, Hana Akmal binti Roslan yang nyata tidak berpuashati. “Padan muka kena marah dengan Kak Jela.”

Pegawai tersebut akhirnya mengalah ("Baik, saya panggil ikut senarai awak. Kalau ada sorang takde, saya ikut balik cara saya!") dan mula memanggil nama pelajar mengikut susunan seperti yang ditetapkan di ARMA awal pagi tadi lagi.

Beberapa pelajar berkata, mungkin pegawai tersebut tidak tahu akan kewujudan PERUBATAN selama ini, apatah lagi kemampuan serta potensi yang ahlinya punyai. Muhasabah untuk kita bersama agar pemerkasaan hubungan awam dan antarabangsa PERUBATAN dapat dilakukan.


10.40 am
Lantang suara pegawai itu memanggil nama pelajar satu persatu, disahuti terus bertalu-talu oleh pelajar yang sudah berada dalam barisan masing-masing.

Kurang daripada setengah jam, kesemua 204 orang selesai diatur bagi dua sesi penerbangan. Tahniah, hebat! Penulis sendiri berkali-kali ketawa kerana sangat bangga. Datuk Seri Shahidan Kassim tersengih kagum seraya berkata, “Well-organized la group ni.”

Tahniah warga PERUBATAN, teruskan kehebatan anda.

Tahniah juga pegawai pengurusan, sesungguhnya orang yang bertaubat itu sangat disayangi Allah.


11.00 am
Pelajar menerima boarding pass daripada pegawai yang terbabit. Masing-masing bergerak untuk proses check-in dan passport control.


11.25 am
Para pelajar mula memenuhi ruang penerbangan Malaysia Airlines menuju Lapangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi.

Penulis berkesempatan menemui Saudari Oney dan Natrah bagi mengucapkan tahniah atas kemenangan namun disambut senyuman ceria, “Tahniah kepada korang sebab fight.”


12.00 pm
Pesawat membawa 352 penumpang berlepas. Rata-rata pelajar dari ARMA tidur tidak sedarkan diri berikutan kepenatan dan hanya bangun untuk mengambil gambar serta menjamah hidangan tengah hari berupa nasi beriyani dengan rendang ayam.

Penulis yang tidak makan seharian pada hari sebelumnya turut bersemangat makan sehingga habis termasuklah kacang pis yang tidak pernah digemari selama ini.


3.30 pm (Seterusnya waktu dalam GMT+3, waktu tempatan Arab Saudi)
Mendarat di Lapangan Terbang dan bergerak bagi membuat visa-on-arrival yang buat julung kalinya diberikan Kerajaan Arab Saudi atas permintaan daripada Perdana Menteri sendiri.

Proses menulis tangan oleh tiga pegawai imigresen Arab Saudi bagi kesemua 352 rakyat Malaysia memakan masa yang panjang namun kesabaran dan kecermatan orang Arab Saudi berjaya mengagumkan penulis.

Penumpang lelaki beratur di hadapan penumpang perempuan dan sedikit demi sedikit mereka semuanya siap dan terus bergerak ke Asrama Tabung Haji. Pegawai Tabung Haji yang memerhatikan keadaan ini mengatakan bahawa situasi ini berbeza dengan penerbangan semalam di mana penumpang lelaki mereka bersikap gentleman dan mendahulukan penumpang perempuan.


8.15 pm
Penulis selesai proses visa dan passport control, bergerak untuk memasuki bas yang disediakan Tabung Haji. Arahan yang diterima dari pegawai Tabung Haji yang menunggu di hujung passport control adalah “Adik jalan straight, scan barang lepas tu keluar sebelah kiri.”

Kerana berjalan berseorangan (haha tak insaf-insaf), penulis terhenti seketika selepas itu kerana tidak tahu arah mana yang harus dituju kemudiannya. Dua saat kemudian, seorang pegawai yang lain muncul dari belakang dan memberikan arahan seterusnya.

Pengurusan Tabung Haji sangat efisien! Terima kasih encik-encik budiman, minta maaf kerana tidak bertanyakan nama maka tidak dapat memberikan kredit yang sewajarnya.


8.50 pm
Bas penuh dan bergerak menuju Madinatul Hujjaj milik Tabung Haji. Penulis pengsan sepanjang perjalanan dan terlepas peluang menikmati pemandangan malam Jeddah.


9.30 pm
Tersedar dari pengsan dan tiba di perkarangan Madinatul Hujjaj. Penulis mendaftar nama, diberikan dental kit dan sabun serta bergerak menuju ke bilik. Dalam perjalanan naik, terbau sesuatu yang sedap dan agak terkejut mendapati bau tersebut datang daripada Indomee cawan yang disediakan percuma. Minuman panas turut disediakan untuk dibancuh pada bila-bila masa.


11.00 pm
Sumbangan berupa Nasi Yaman serta set ayam goreng Al-Baik diserahkan kepada warga Malaysia yang masih larat menjamah makanan.

Penulis membuat kesimpulan segala berat badan yang kehilangan sempena darurat di Mesir bakal kembali dengan lipatan kali gandanya dengan keberadaan kami di bumi Jeddah ini.

Thursday, February 10, 2011

7th Feb - Laugh at Whiners

I was sitting on the pavement of Madinatul Hujjaj, people-staring as I waited for Kak Azila who was busy with the donation counter. Hundreds of boys were lining up that night to hand their passport for their trip back to Malaysia.

"Ramai gile orang, bila masa kita nak baliknya?" gushed a girl standing on my right. I stared at her as her friend replied, "Padahal kita dah lama dah, patut kita balik dulu."

"Bile korang sampai?" I asked, interrupting them and obviously had been eavesdropping.

"Pagi tadi."

Hah. I stifled a smirk and smiled sweetly instead. "Kitorang dah empat malam dekat sini, korang sabar ye."

"Tapi kitorang dah transit dekat banyak tempat dah sebelum ni."

I pity you. "Korang dari mana?"

"Dari Mansurah."

Which is a remotely safe place, isn't it? "Transit dekat?"

"Dua malam dekat Alex."

I nearly laughed at those pathetic girls. "Kitorang sebelum ni transit dekat ARMA empat malam, korang sabar ye."

And I'm not even talking about our boys stranded at ARMA for five nights (or was it six?), their turn skipped to make way for ignorant b*tches like you guys.

Wednesday, February 09, 2011

How to Survive a Lockdown

With most of us safely back in Malaysia, I'd like to wish for us all to maximise the leisure time given

1- Prioritize to the max

2- Be objective

3- Keep calm and think rationally

4- Keep your essentials easily accessible

5- Pack light and wear running shoes

6- Be selfless and make sure people around you eat!

7- Try to normalize your daily routine as much as possible

8- Don't there be a moment you forgot to learn from what Allah made happened

Thursday, February 03, 2011

Survive This :)

Kak Bid atas bas menuju airport pagi tadi.

Hi everyone. You should know by now what is going on in Egypt and please pray that liberation will be theirs and peace will befall before any more blood are spilled.

And the fact that Sayyeda Zeinab is just a stone away from Tahrir Square made us edgy, worried for the safety of our precious medical books and haha maybe fearful for our own safety as well. With the police gone, tanks on the road and your neighbours prowling the street on guard with his sharpened machete, who wouldn't be?

Thus here we are now, in the Malaysia Hall in Abbasiyyah, half an hour or so of taxi journey from our house.

I never liked curfews anyway. The reason I refused to stay at the Malaysia Hall when I was in London was because of the 10pm curfew, imagine living in Cairo with a 4pm (now as early as 1pm!) - 8am curfew. I'll get as irritable as an Ascaris in a feverish host.

Tear gas is very very irritating. Extremely hurtful to the throat, nose and ear and what do you know, the local taught us to neutralize its effect with the common vinegar.

Nevertheless, living in a lockdown is thrilling as it is, but I do hope this is only a once-in-a-lifetime experience. And please Dato' Seri Najib if you ever come across this post, please, evacuate us as soon as possible while we are still sane.

Life goes on, no matter how chaotic things are. Be calm, stay rational. Even with everything inside in turmoils, a rational mind will pave the best plan. And Allah will always help us through this, be optimistic and have trust in Him.

I gotta run now, bye.

Atiqah
Haru & Associates