This post is basically me bashing everything; from bureaucracy to foolish obsolete dingbat to ungentlemanliness.
Merely relaying what I observed haha ;) And maybe you should read till the end or not read at all.
---
3.30 am (GMT+2, waktu tempatan Mesir)
Kesemua pelajar transit dan penghuni ARMA berkumpul di dataran ARMA bagi taklimat pembahagian kumpulan sempena Program Evakuasi penerbangan kedua, ketiga dan keempat pada hari ini. Khabarnya nama manjanya Misi Mengosongkan ARMA, meninggalkan ARMA kepada budak Zaqaziq yang baru tiba pada malam sebelumnya.
Berita gembira buat budak Mounira, Sayyeda Zeinab, Zenhoum, dan Abou Rish setelah menjadi pelarian (transit) di ARMA selama 4 hari dengan sehelai sepinggangnya.
6.20 am
Seramai 104 orang yang pertama bertolak ke lapangan terbang. Semuanya perempuan dan penulis merupakan salah seorang daripada yang menaiki bas. Jalan sangat kosong dihiasi susunan kereta kebal di sisi jalan beserta beberapa sekatan jalan raya oleh tentera.
7.00 am
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Kelihatan lebih kurang 90 orang daripada rumah negeri yang terkandas sejak semalam.
8.00 am
50 orang pelajar perempuan tiba dari ARMA. Kedengaran khabar mengatakan penerbangan budak lelaki terpaksa ditunda kepada hari esoknya berikutan pesawat yang rosak.
Sedihnya.
8.15 am
50 orang lagi pelajar perempuan tiba dari ARMA.
9.00 am
Pelajar dipanggil untuk beratur bagi mendapatkan boarding pass untuk penerbangan pertama hari ini dijadualkan pada jam 11.25 pagi. Sarapan berupa sandwich tuna yang serius sedap diedarkan pada masa yang sama.
Berlaku sedikit kekecohan berikutan pegawai yang bertugas bertindak mengabaikan senarai kumpulan yang telah AJK PERUBATAN tetapkan dengan kerjasama pelajar sejak 3 pagi tadi lagi dan mahu senarai baru dibentuk, ditulis tangan oleh setiap daripada 204 orang yang berada di lapangan terbang ketika itu.
Desakan penuh diplomatik Saudari Natrah, Aimi dan Oney ditolak mentah-mentah oleh pegawai tersebut. Timbul spekulasi bahawa beliau mahu kelihatan hebat menyusun semua pelajar tanpa sebarang bantuan di hadapan mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut hadir pada ketika itu.
Rata-rata menyuarakan kehairanan dengan sikap kurang profesional, traditional tidak bertempat serta kolot pegawai ini dan mungkinkah ini faktor penyumbang kepada mengapa Program Evakuasi berlangsung pada kadar yang lembab?
Pelajar-pelajar bangkit mempersoal karenah birokrasi yang nyata menyusahkan dan membazir masa ini. Pada masa yang sama, sebilangan pelajar yang akur dengan karenah ini mengikut arahan beliau dan menulis nama masing-masing dalam senarai yang baru.
Hakikatnya penulis sendiri enggan berbuat seperti yang diarahkan atas dasar yakin adanya tindakan yang lebih efisien dan efektif. Terdetik hati untuk menyelar sikap mengikut secara membabi-buta dan mudah mengalah mereka yang terbabit serta memijak kertas senarai tersebut sebagai tanda protes.
(Ada 3 keping kertas A4 kosong atas lantai, saya pijak dengan sengaja, yeah. Gile keji budak ni, siapa ajar? Maaf.)
Susunan yang baru mula terbentuk dan dalam tempoh sejam tersebut, kira-kira 50 orang sahaja pelajar yang disusun.
10.15 am
Desakan bertubi-tubi oleh pelajar yang garang dan pegawai tersebut sudah beberapa kali mengeluh pening kepala. Ini padah memandang rendah pada mahasiswa tajaan duit rakyat walaupun hakikatnya mereka memang muda setahun jagung dan rata-ratanya belum lagi layak untuk mengundi.
Namun sedarlah dunia, mereka bukan orang sebarangan. Otak sengal serta peribadi menarik merupakan aset mereka. Mereka sudah bertahun tinggal di Mesir saling menguruskan satu sama lain. Kredibiliti yang dipertikai merupakan penghinaan terulung yang tidak mungkin dibiarkan tanpa bantahan.
“Kami semua tidak tidur, AJK penat gila menyusun pagi-pagi buta, selamba (pegawai) abaikan kerja keras mereka, lepas tu nak bazir masa kami lagi,” komen salah seorang pelajar, Hana Akmal binti Roslan yang nyata tidak berpuashati. “Padan muka kena marah dengan Kak Jela.”
Pegawai tersebut akhirnya mengalah ("Baik, saya panggil ikut senarai awak. Kalau ada sorang takde, saya ikut balik cara saya!") dan mula memanggil nama pelajar mengikut susunan seperti yang ditetapkan di ARMA awal pagi tadi lagi.
Beberapa pelajar berkata, mungkin pegawai tersebut tidak tahu akan kewujudan PERUBATAN selama ini, apatah lagi kemampuan serta potensi yang ahlinya punyai. Muhasabah untuk kita bersama agar pemerkasaan hubungan awam dan antarabangsa PERUBATAN dapat dilakukan.
10.40 am
Lantang suara pegawai itu memanggil nama pelajar satu persatu, disahuti terus bertalu-talu oleh pelajar yang sudah berada dalam barisan masing-masing.
Kurang daripada setengah jam, kesemua 204 orang selesai diatur bagi dua sesi penerbangan. Tahniah, hebat! Penulis sendiri berkali-kali ketawa kerana sangat bangga. Datuk Seri Shahidan Kassim tersengih kagum seraya berkata, “Well-organized la group ni.”
Tahniah warga PERUBATAN, teruskan kehebatan anda.
Tahniah juga pegawai pengurusan, sesungguhnya orang yang bertaubat itu sangat disayangi Allah.
11.00 am
Pelajar menerima boarding pass daripada pegawai yang terbabit. Masing-masing bergerak untuk proses check-in dan passport control.
11.25 am
Para pelajar mula memenuhi ruang penerbangan Malaysia Airlines menuju Lapangan Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi.
Penulis berkesempatan menemui Saudari Oney dan Natrah bagi mengucapkan tahniah atas kemenangan namun disambut senyuman ceria, “Tahniah kepada korang sebab fight.”
12.00 pm
Pesawat membawa 352 penumpang berlepas. Rata-rata pelajar dari ARMA tidur tidak sedarkan diri berikutan kepenatan dan hanya bangun untuk mengambil gambar serta menjamah hidangan tengah hari berupa nasi beriyani dengan rendang ayam.
Penulis yang tidak makan seharian pada hari sebelumnya turut bersemangat makan sehingga habis termasuklah kacang pis yang tidak pernah digemari selama ini.
3.30 pm (Seterusnya waktu dalam GMT+3, waktu tempatan Arab Saudi)
Mendarat di Lapangan Terbang dan bergerak bagi membuat visa-on-arrival yang buat julung kalinya diberikan Kerajaan Arab Saudi atas permintaan daripada Perdana Menteri sendiri.
Proses menulis tangan oleh tiga pegawai imigresen Arab Saudi bagi kesemua 352 rakyat Malaysia memakan masa yang panjang namun kesabaran dan kecermatan orang Arab Saudi berjaya mengagumkan penulis.
Penumpang lelaki beratur di hadapan penumpang perempuan dan sedikit demi sedikit mereka semuanya siap dan terus bergerak ke Asrama Tabung Haji. Pegawai Tabung Haji yang memerhatikan keadaan ini mengatakan bahawa situasi ini berbeza dengan penerbangan semalam di mana penumpang lelaki mereka bersikap gentleman dan mendahulukan penumpang perempuan.
8.15 pm
Penulis selesai proses visa dan passport control, bergerak untuk memasuki bas yang disediakan Tabung Haji. Arahan yang diterima dari pegawai Tabung Haji yang menunggu di hujung passport control adalah “Adik jalan straight, scan barang lepas tu keluar sebelah kiri.”
Kerana berjalan berseorangan (haha tak insaf-insaf), penulis terhenti seketika selepas itu kerana tidak tahu arah mana yang harus dituju kemudiannya. Dua saat kemudian, seorang pegawai yang lain muncul dari belakang dan memberikan arahan seterusnya.
Pengurusan Tabung Haji sangat efisien! Terima kasih encik-encik budiman, minta maaf kerana tidak bertanyakan nama maka tidak dapat memberikan kredit yang sewajarnya.
8.50 pm
Bas penuh dan bergerak menuju Madinatul Hujjaj milik Tabung Haji. Penulis pengsan sepanjang perjalanan dan terlepas peluang menikmati pemandangan malam Jeddah.
9.30 pm
Tersedar dari pengsan dan tiba di perkarangan Madinatul Hujjaj. Penulis mendaftar nama, diberikan dental kit dan sabun serta bergerak menuju ke bilik. Dalam perjalanan naik, terbau sesuatu yang sedap dan agak terkejut mendapati bau tersebut datang daripada Indomee cawan yang disediakan percuma. Minuman panas turut disediakan untuk dibancuh pada bila-bila masa.
11.00 pm
Sumbangan berupa Nasi Yaman serta set ayam goreng Al-Baik diserahkan kepada warga Malaysia yang masih larat menjamah makanan.
Penulis membuat kesimpulan segala berat badan yang kehilangan sempena darurat di Mesir bakal kembali dengan lipatan kali gandanya dengan keberadaan kami di bumi Jeddah ini.

2 comments:
(Ada 3 keping kertas A4 kosong atas lantai, saya pijak dengan sengaja, yeah. Gile keji budak ni, siapa ajar? Maaf mama dan papa.)
rasa bersalah sebab ajar kamu benda2 xelok. haha :p
bia la kurus. lawa apa kamu kurus.
if berlipat2 lemak, comel kot. haahaha!
baca sampai habis ke post ni? i hope so.
haha sape suruh ajar ika benda pelik2!
dah turun banyak dah pastu sampai jeddah kene sumbat dengan makanan bertalu2 alhamdulillah, sampai rumah pulak wow keropok bertimbun! haha ambik -_-
Post a Comment