"Faham ke, mereka-mereka yang tak datang kelas minggu lepas? Syuhada? Syaimaa? Atiqah?"
Saya segera mengangguk dan menutup separuh muka dengan lembaran tajwid. Saya datang r kelas minggu lepas, kak.
Kantoi selalu ponteng kelas.
---
Cuaca tidak menyebelahi saya kali ini.
Paru-paru tidak sihat. Kerongkong juga.
Hari pertama, demam kebah dengan tidur. Hari kedua, buat-buat tidak perasan.
Hari ketiga, iaitu hari ini, saya tewas.
Sudah makan Panadol? Along pasti akan tanya. Sudah tentu la belum. Siapa nak makan benda pahit tu?
Lagipun, immunity badan perlu dilatih sekali-sekala. Ah, I can the word 'bongok' flashing through your mind.
Mulanya ingin ponteng kelas Al-Quran, tetapi kaki automatik je berjalan menunggu bas.
Saya kantoi dengan ustazah tadi. Kalau tersengguk sahaja, tidak mengapa. Tetapi kepala saya terjatuh terus ke atas meja.
Memalukan Maryam sahaja.
Masuk hari ini, sudah tiga hari berturut-turut saya pulang dari kelas dan terus mencampakkan diri di bawah lihaf.
Dan hari ini juga, hari ketiga saya memakai sweater di dalam rumah semenjak pertengahan musim sejuk yang lalu.
Selepas ini ada kelas Ustaz Syed Kadir di Imarah 9.
Kak Bella suruh pergi, menggantikan SC kami pada minggu ini.
Pergi je la. Dekat sangat pun.
Ingin sahaja ponteng dan tidur awal malam ini, tetapi kalau masih mampu berlegar-legar dan mengemaskini blog, sudah pasti masih mampu menghadiri majlis ilmu, kan?
Kak Khadijah [KD] yang akan pulang ke Malaysia malam ini berpesan,
"Jangan beri alasan untuk menjadi lemah."
Sudah lama saya tak bagi alasan. Agaknya. Sebab saya tak pasti apa perbezaan alasan dan sebab.
Ada pemikir abstrak yang boleh tolong jawab?
Edited 2246 hour
Selamat kembali bertiga ditemani mushrif. Shukran walau siapa pun anta.
Perbincangan kitab Bidayatul Hidayah tadi menarik dan membuka minda saya terhadap ibadah solat kita yang seringkali dipandang enteng dengan ustaz mengupas bab Adabul Imam wal Qudwah.
Perbincangan kitab seterusnya yang dimulakan pada 2130 jam pula... maaf, saya syahid.
Nadiah beri keizinan untuk saya menggunakan dirinya sebagai bantal dan dia sahkan saya demam. Haha!~
Baiklah, saya bersikap kebudak-budakan.
Seronok bila boleh bersandar pada orang lain.
p/s: Internet imarah kami tak settle lagi. Haha, lembab betul siput ni buat kerja.

