بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, February 15, 2009

Duulab: The End

Tak senang duduk.

Terasa nak balik. Tapi kalau balik, apa yang boleh saya buat?

Tidak mahu bermadah panjang dan membuang lebih banyak masa. Teruskan hidup, budak.

Tadi, tiga kali berulang alik ke pasar Sayyeda Zainab untuk membeli almari bersama Radhi dan Lin.

Terasa selesa dapat keluar. Bukan selalu ada alasan untuk keluar.

Walaupun saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya, saya masih dapat menjangkakan bahawa keluar hari ini tidak akan membawa sebarang hasil.

Selain daripada kaki seluar saya kotor tempias lopak air di pasar, saya pulang ke rumah dengan tangan kosong.

Sedangkan mereka berdua sudah pun bertemu jodoh dengan almari yang diidami.

Fuh.

Dah hampir empat bulan bertapak di Imarah 11. Sedangkan beg kargo jiran-jiran sudah mula mengumpul debu Sahara di bawah katil, saya punya masih lagi berfungsi sebagai tempat menghumban [maksud saya, lipat dan letak elok-elok] pakaian.

Saya dan Cik Duulab memang tiada jodoh, kan?

Rasanya, semua orang dah ada almari. Maka saya kehabisan idea untuk mengajak siapa untuk diajak teman untuk membeli almari.

Saya bukanlah jenis yang pandai membeli-belah benda-benda besar bersendirian. Berteman sudah pasti diperlukan agar saya tidak menyesal dengan pembelian.

Hah. Apa dah jadi, ni?

Terasa diri semakin hopeless.

Terasa diri semakin merosot.

No comments:

Haru & Associates