Tong sampah luar kami di sebelah tepi pintu masuk. Warna dia pink. Dia besar. Letak sampah situ, nanti ada pakcik budiman tolong buangkan. Upah dia 5 genih sebulan (lebih kurang RM3) dan saya rasa ianya sangat amat sedikit dibandingkan dengan risiko yang datang dengan kerjaya ini. Terima kasih pakcik.
Zohor hari Sabtu saya nak buang sampah lepas balik kelas. Ada dua plastik hitam besar nak buang. Sebab tong sampah tu kosong dan besar serta dalam, maka saya menahan nafas seterusnya menjenguk ke dalam.
Terkejut nampak anak kucing tengah duduk rapat-rapat. Kes buang anak!
 |
| Anak kucing tidur rapat-rapat. |
Ada empat ekor. Nampak kecik, gaya macam tak putus susu lagi. Tak perasan pulak sesape mengandung atau beranak baru-baru ni. Mona ke? Minah ke? Warna macam Minah tapi rasanya anak Minah yang lahir haritu dah besar boleh lari-lari dah.
Saya nak buang sampah, maka anak kucing ni kena duduk lain. Nak menyeluk tangan ke dalam tong sampah adalah sesuatu yang saya tak sanggup, walaupun tong itu kosong. Maka saya tonggekkan tong sampah dan anak-anak kucing menggelongsor turun ke atas tudung tong sampah yang saya dah letak dekat bawah.
Yang terakhir untuk keluar degil sikit, sikit lagi nak keluar tapi dia tahan gelinciran dengan kuku. Sambil membebel, saya tendang sikit tong sampah akhirnya semua anak kucing selamat keluar.
Ada baki sampah sarap tulang temulang dalam tong sampah tu. Habis semua tu jatuh atas anak kucing. Haha. Nasib la korang.
Saya berdiri dan perhati. Mereka comel. Saya nak main dengan diorang.
Tapi diorang busuk. Manade orang nak main dengan budak busuk. Kalau mandikan, nanti mak dia tak cam bau dan tak mengaku anak. Kesian la anak belum kenal erti kehidupan akhirnya mati kerana tidak cukup kasih sayang.
Saya pun buang sampah dan masuk rumah.
---
Asar saya keluar untuk buang sampah lagi (haha minah ni banyak betul sampah) dan nampak anak-anak kucing duduk rapat-rapat atas tudung tong sampah tu.
Duduk rapat-rapat...
Mak dia bubuh diorang empat ekor dalam tong sampah...
Damn. Sekarang musim sejuk. Diorang sejuk!
Adeh lembab betul! Hypothermia bahaya la untuk baby argh argh. Tak boleh bawa masuk rumah takut mak dia cari tak jumpa. Lagipun busuk. Hypothermia or not, saya tak nak sentuh budak busuk please. Maka saya lari masuk rumah dan minta kotak dari ahli beit.
Takde kotak kosong. Kobek stor rumah. Takde gak. Adeh. Kesian la baby. Kak Teha tawarkan kotak biskut untuk selamatkan anak-anak kucing dari hypothermia. Kecik, tapi better than nothing. Budak hypothermic tak boleh merungut.
Alaskan kotak dengan skirt lama Kak Milah yang dah jadi kain buruk. Macam muat-muat nak letak anak kucing empat ekor tapi kalau mak dia datang, memang takde ruang langsung la.
Saya keluar dan letak kotak biskut tepi tong sampah kami. Angkat sekor demi sekor anak kucing masuk kotak tu, atas satu sama lain. Mereka gemok, berat juga untuk saiz. Pandai mak dia jaga anak. Matlamat hidup baby memang untuk menjadi gemuk je.
Kelihatan sempit. Kain alas kena letak juga sebagai penebat haba, tak boleh alih.
Saya masuk semula rumah dan ambil kotak kasut. Rupanya ada yang kosong, alhamdulillah. Berguna betul suka beli kasut haha.
Keluar semula nak salin kotak anak-anak kucing. Minah ada!
"La anak kamu ke Minah. Pandai jaga anak. Ni gravida ke berapa?"
Minah menyeringai! Dia tak pernah menyeringai dekat saya selama ni! Nampaknya Minah tak suka saya cakap medic dengan dia.
Atau mungkin dia tak suka saya datang dekat dengan anak dia. Minah dekat atas tudung tong sampah dengan tiga anak dia. Sekor masih lagi dalam kotak.
Saya tak nak kena cakar. Minah kucing jalanan yang tinggal di bangunan kami ni. Mesti kuku dia hebat penuh bakteria. Kalau dia cakar, saya kena pergi hospital ambil anti-rabies shot. Sakit dow kena cucuk.
Minah dah baring menyusu anak-anak tiga ekor tu. Yang sekor lagi ni kesian camne boleh tertinggal, adakah development milestone kucing berbeza meskipun adik-beradik gravida yang sama?
Minah tengok saya. Saya tengok dia.
Tangan mencapai leher anak dia. Minah masih tengok saya.
Anak kucing letak atas lantai (yang sejuk, sorry baby). Minah masih tengok saya.
Saya letak kain alas dalam kotak kasut. Kotak biskut letak tepi. Kotak kasut letak dekat posisi asal kotak biskut.
Saya tengok Minah. Dia tengok saya.
Tangan mencapai leher anak kucing, letak dia atas kain alas kotak kasut. Minah tengok saya.
Saya berundur. Bye.
 |
| Minah dan anak-anak. |
---
Maghrib saya keluar nak tengok ape jadi dengan mereka.
Minah terbaring dalam kotak kasut. Anak-anak dia duduk dengan dia. Mereka nampak selesa.
Hehe.
P/s: Nama dia Minah sebab dia suka duduk tengah-tengah tangga halang laluan. Saya yang selalu terpaksa berlari ke kelas akan membebel "Minah ni duduk la tepi skit."