And (the unbelievers) Plotted and planned, And Allah too planned,
And the best of planners Is Allah.
(Al-Imran : 54)
Enough said.
0500: Homework Al-Diwan
Bangun pagi dan khidmat diri. Membakar almari dengan renungan memikirkan riwayat baju kurung yang tiada tudung yang sepadan.
0800: Physio lecture
Breakfast sambil preview Circulation.
Fuul. Hmm. Takde la sedap sangat.
1000: Histo lecture
Siapkan lukisan Histo sambil menjawab soalan lecturer. Do not try this at home.
1200: Histo practical
Siapkan homework Al-Diwan sambil menyahut dan menyoal lecturer.
Kelas habis setengah jam lebih awal. Mari melapah syawarma!
1430: Arab ammiah di Al-Diwan
InsyaAllah kelas akan bersurai jam 1700. Sms untuk mendapatkan khidmat mushrif mengiringi perjalanan ke Rab3ah usai kelas nanti.
"Tolong tunggu kat Metro pukul 5.30pm, ye?"
1700: Ziarah big boss
Kelas arab tak habis lagi. Bila Cik Asma' nak tamatkan kelas ni?
1730: Bertolak ke syarahan qiraat ganti di Rab3ah. [which starts at 1700]
Kelas tamat. Berlari ke Metro.
Mushrif! Sila tunggu!
1740: Tiba di Metro. Feen pak cik-pak cik Mushrif?
Beli tiga tiket siap-siap. Call mushrif. Siot. Mereka fit toriik.
1800: Bertolak dari Sayyeda Zainab ke Ghamra. Menaiki mikrobas ke Rab3ah.
1830: Tiba di Rab3ah. Nak nangis rasa. Kelas ganti syarahan qiraat berakhir jam 1900.
1840: Sampai ke pintu rumah ustazah. Loceng ditekan. Pintu dibuka.
Mereka baru sahaja tamatkan syarahan.
Wargh!
1900: Pulang ke Sayyeda.
Kak Battah ajak datang ke rumah dia. Kalau ikut jadual, saya free sampai pukul 2100.
Okay. Tersenyum tanda setuju.
2100: Study Physio
Makan keropok dan belek-belek tudung yang Kak Battah dan Kak Nik jual.
2130: "Terima kasih. Lain kali kami datang lagi!"
2200: Study Histo
Memulakan perjalanan kaki pulang dari Metro Sayyeda Zainab ke Imarah 11.
2215: Tiba di imarah yang gelap. Tersentak buat kali yang entah keberapa. "Alamak! Tak ingat nak tukar lampu!"
2230: Makan malam.
2300: Muhasabah dan bersiap untuk tidur.
Macam mana nak tidur bila baru je makan? Haish.
Can't make this a habit.
p/s: Bagi yang tak faham, bolded was what the author planned on doing. Italicised was what the author did.

No comments:
Post a Comment