بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Monday, March 23, 2009

Kempen Mushrif Untuk Semua

Kali pertama perasaan benci pada orang Arab timbul.

Depan mata, sahabat seimarah dikacau segerombolan budak-budak lelaki Arab.

Geram teramat geram.

Sebab mereka berdua sahaja pada waktu itu dihadapan imarah yang memang sedia gelap pada waktu malam.

Sebab pintu imarah jam pulak tengah-tengah saat genting sebegitu.

Sebab bilangan kami yang bertujuh [saya pulang bersama empat lagi rakan menjadikan kami semua dihadapan imarah seramai tujuh orang] tidak melunturkan semangat budak-budak siot itu dari mengganggu kawan-kawan saya.

Sebab herdikan dengan bahasa yang jelas difahami orang Arab, hempukan dan penghalauan pergi oleh saya sekadar menambah petrol ke atas api.

Sebab herdikan dan hempukan terpaksa diminimakan sebab RAMAI JE ORANG DEWASA ARAB DEKAT DEPAN IMARAH WAKTU TU! For God sake, gerai kibdah depan imarah bukak je! Dan kedai ahwah, kedai runcit, kedai emas... to name just a few!

Sebab hati terdetik, andai kaum Adam yang marahkan budak-budak tadi, adakah reaksi mereka akan berbeza?

Sebab ada juga budak imarah yang respon, "Ala, budak kecil je."

Sebab diri terasa helpless.

Sebab bila chatting dengan Ruqayyah, dia kata mereka turut diganggu namun dibantu pakcik jiran yang menyimbah air dekat budak-budak tu.

Sebab saya masih lagi tidak bertenang.

Sebab perkara ini sepatutnya boleh dielak.

Sebab tombol pintu imarah tu selalunya smooth je. No prob at all.

Sebab saya masih lagi, astaghfirullah, masih lagi tidak bertenang.

Sebab suara saya terus naik dengan orang yang ambil ringan benda ini.

Sebab saya terasa sifat Choleric diri semakin menebal dan menebal dan menebal.

Sebab saya risaukan mereka.

Sebab saya penat apabila sampai imarah, dan benda ini pula yang berlaku.

Sebab mata saya pedih sekarang ni. Pedih nak menangis. Dasar perempuan.

Sebab saya berkasar dengan kanak-kanak. Mereka yang sepatutnya dihempuk tadi adalah orang dewasa yang buat dunno.

Saya patut tukar tombol imarah esok.

Saya patut pasang lampu dekat depan imarah. [Apa jaminan mereka tidak akan menjahanamkan lampu itu nanti? Pintu imarah sudah berlubang berkat usaha gigih mereka. Duit imarah bukannya duit saya.]

Saya patut pergi kelas Quran malam esok. 1930 hingga 2130. Saya tak tahu kenapa kelas kami lewat sangat. Rub3ah bukannya tempat yang dekat untuk pergi malam-malam. Dan saya masih lagi belum habis menghafal apa yang sepatutnya dihafal.

Saya patut menggadaikan ego dan minta bantuan orang sekali sekala, demi keselamatan jangka panjang bersama.

Saya patut tidur sekarang.

Harap benda buruk tidak akan berulang lagi. Dan harap tiada yang mencabar benda buruk dari berlaku lagi.

p/s: Siapa yang saya benci sebenarnya? Bila dibaca kembali list mengapa saya tidak tenang malam ini, terang lagi bersuluh bukan orang Arab yang saya benci.

15 comments:

Jackster® said...

um menarik

Unknown said...

Isy, budak-budak ni...

Anonymous said...

mushrif tu maksud dia polis ke mits?

tenang.. chins up yea.. :)

h a r i z, H said...

budak2,
x leh ajar buat dajal...
kalau dikacaunya perempuan,
tak yah kira besar ke kecil,
hempuk je,
pastu, sound je la orang-orang tua yang tah pape tu...

aih, Arab, gurauan dia kasar....
ish..

Haru said...

sr jacktster:
which part?

sr rdhanz:
erk, merujuk kepada kami ke?

kamel:
mereka satu entiti pengiring/pengawal [?] yang sering mengorbankan masa, tenaga dan wang membantu damsel in distress [i'm exaggerating.]

hariz:
kalau mak budak tu ada dekat situ, mesti kecoh kalau saya hempuk anak dia.
mothers can be intimidating.
ye, lawak mereka tidak melucukan. pity them. and learning it the hard way is not that amusing.

فاصبر صبرا جميلا
(70:5)

Anonymous said...

buat yg menegur iaitu anynomous:

'bercakap perlulah gunakan akal yg waras dan tenang,bukan hanya mengikut perasaan..'

'walau apa skalipn org kate pd kita,letakkan akhlak dan akal yg waras sbg bnda teratas skali..'

'klu blh kita berlapang dada lah dgn mereka..dlm text diatas pn x disebut yg dimaksudkn bdk melayu yg dibenci or x..boleh jd yg dibenci bukanla org..tp sikap smbil lewa mereka or pelbagai tafsiran boleh dibuat..'

'kpd akhawat,jgn lupa jugakla bila guna musyrif tu,consider mereka sbg seorg manusia dan juga jgn lupa ucapknla terima kasih sbg tanda penghargaan anda..'

sama2la kita bertoleransi dlm hal ni..

alangkah indahnya bila akhlak mulia dibudayakn dalam kehidupan..

Humairah said...

hari tu awk citer time dlm lab anat. Lupa nk story kisah saye lak. Al-kisahnya sbgini, balik dr kelas ustzh Efat tuh, sy ngan rai dok la di pintu imarah menunggu musyrif nk balik ke umah. time mula2 kami sampai, ada 2 org kanak2 arab mintak coklat. mintak biskut dan yg seangkatan dgnnya. permintaan mereka smmgnya seoalah2 wajib dipenuhi. Tp al-maklumlah hny bbrp org je yg ada bekalan makanan, tu pun yg ambik kat umah ustzh.

maka, sbb diorg mcm nak sgt, ada la sorg kuarkan biskut tu, bagi la kat sorg budak yg lebih kecil. sbb ada satu je. then, yg besar tu tnya, fi at-tani?? maka dgn lagak yg agak garang dan kasar kami jawab, ma fisy taani,. khalas! maka mereka berundur, tp betumbuk krn berebut. dan biskut itu jatuh ke tgn bdk yg lbh besar. sbb kesian, ada sorg cakap, dah takder ke yg len? bagi la klu ada.. maka krn kesian, kami selongkar beg, jumpa la yg lagi satu. maka dua2 pun dapat.

dlm kami menunggu tu, ada je 3-4 org budak arab dtg keliling. tnya macam2. coklat dan sbginya. Tp nasib baik la diorg tak liar. sekadar nak menyelit masuk dlm imarah, utk naik lif. tp kami berjaya menghalang. dan mcm2 cerita lg la dlm beberapa minit (mgkn 25 minit) menunggu musyrif tuh. ada juga kes baling batu, tp sasaran tak mengena dan larangan serta amaran kami mereka patuhi.

Antara soalan mereka, handset ni berapa harganya? berapa duit yg kamu ada? duit dolar atau geneh? dan seumpamanya,. ada sorg plak, kendong bayi yg sgt kecik, mcm sgt tak ckp zat.

Maka, bila sy bertanya bbrp rakan ttg apa sbnrnya berlaku di imarah malam itu, sesetengahnya cuma menjawab, "mcm apa yg berlaku kat kita hari tu la".

kesimpulannya, mereka memang kanak2 yg sgt kasihan. sgt miskin, sgt merempat. sgt perlukan bantuan. walau sekadar biskut murah, mereka mampu bahagia. tp ntahlah, apa solusi yg wajar dlm kes ni. mereka kanak2 arab yg ganas. mgkn blh adakan satu perbincangan ttg tindakan sewajarnya utk diambil bersama. maka, gunalah musyrif dgn sewajarnya. ~maaf terpanjang~

Haru said...

bull's eye

المؤمن يستر وينصح
والفاجر يهتك ويعير

h a r i z, H said...

erm.bila korupsi menjadi budaya orang atasan, kemiskinan dan kemelaratan menjadi biasa bagi orang bawahan.

inilah hasilnya bila kuasa digunakan untuk kepentingan pemimpin, bukan untuk kebaikan rakyat. kesian.

cubalah bagi tazkirah sikit kat Housni Mubarak tu. mana tahu dia insaf?

airu said...

ya Allah tikah
ape nk jd ngan blog ko ni?
hahahahahah

Haru said...

hariz:
ramai tak berani. apa hukumnya kalau kita nasihatkan orang yang gerenti akan membuat lebih byk kemudaratan after kita advise dia?

haram ke? tak pasti r.

sadis jugak tgk keadaan kat sini. jordan camne?

nak gulingkan pakcik hosni, or tunggu jadi cam pakcik anuar? haha.

nisa:
haha. entah la.

korang, dah dah la tu. ni soal aku dan mereka. korang pergi study r.

h a r i z, H said...

ish. tak de baca berita pop gossip2 ahli politik ke? mana tahu kalau2 ada berita gossip yg husni dapat mimpi jumpa orang pakai serban tujuh tingkat?

erm, jordan, kalau nak teliti politik dia, lagi sukar untuk pihak pembangkang. aku pun baru tahu cerita dan sejarah politik dia dalam seminggu dua ni.

msykt badwi dan puak2 kabilah yang sokong raja dia. sini, diorang memang sembah gila-gila raja dia. tapi, bila sembang dengan arab hari tu, baru tahu, rupanya ada juga orang tak suka raja dia. golongan berpendidikan tinggi terutamanya. "the worst kingdom exist ever," lebih kuranglah ayat dia.

aih. 16% govt tax. teruk betul. kadar inflasi 14%. antara paling tinggi. rakyat ramai minta sedekah. ramai juga pakai kereta mewah. kapitalisme dan ketidak cekapan ekonomi. bukan taraf hidup tinggi sini barang mahal, tapi inflasi.

adeh, terlebih panjang.sekian.

Haru said...

hariz:
Ada ke berita sedemikian? Website berita Egypt amat serabut, sakit mata nak baca. Hehe.

Orang Mesir [dari lecturer sampai ke students] suka buat lawak pasal kepastian 99.99%. "Like the elections in Egypt."

And when I told them I kinda like our current Agung, she told me to tell her more. "We like good kings. Not like the ones here."

Tu for the educated. Yang di jalanan pula, lain ceritanye.

This is what we get when people didn't practice Islam as a way of life, yang meliputi all aspects including politic.

There is no such thing as dirty politic when people go back to Al-Quran and Sunnah. Jom kita berusaha ke arah itu!

h a r i z, H said...

haha. belilah kertas punya. mana tahu, elok sikit.

er, diorang tak takut dengan SB ke? sini, bahaya sikit nak cakap macam tu. tak boleh terbuka. kena sorok-sorok. PERTAMA (Perhimpunan Tahunan Agong MPPM) pun penuh polis ronda2 sebab ada buat jualan untuk Palestin dan di banner ada tema tulis perkataan Muslim.

masalah betul. erm, balik pada Islam. tapi, masalahnya, macam mana nak balik tu? itu yang kena fikir. matlamat dah ada, jalan masih samar. haa.

Tapi, itulah penyelesaiannya.

Haru said...

hariz:
confession. saya beli surat khabar dekat mesir ni, semata-mata nak buat alas. hehe.

yes, sume orang wary of SB. hahaha. insyAllah takde SB dalam lecture hall kitorang. sebab tu kot, lecturer berani sebut.

nak tak nak, kena kukuhkan iman dahulu. sahihkan aqidah kita. kembali mentadabbur kehebatan dan keagungan Dia. jika kita buat betul2, insyAllah kita akan betul2 cintakan Dia.

bila dah betul2 cintakan Allah, apa je yang dia suruh, kita akan buat tanpa sangsi dan ragu. cam Nabi Ibrahim and Nabi Ismail. di sini, trust is the greatest form of love.

Rasulullah pun start tarbiyah sahabat dengan aqidah, kan? zaman dakwah di Mekah. sahabat2 amat mantap keimanan mereka, padahal apa je hukum2 yang diorang ada waktu tu?

sayang kan, kita pula duduk berdebat soal poligami etc sehari harian; bergaduh sesama muslim. camne kita nak menang?

so hariz, teruskan usaha mengajak kami mentadabbur keesaan dan kehebatan kekuasaan Allah with those photographs u took.

try r amik gambar anak ayam plak. anak ayam kat mesir warna pink. entah pape orang mesir ni.

p/s: haha. panjangnye.

Haru & Associates