Solat Maghrib, Solat Hajat dan Solat Isya' berjemaah.
Makan. Ceramah seterusnya oleh imam yang sama, Syeikh Usama.
Kak Madihah kata orangnya best.
Malang sekali kami tak berkesempatan mengetahui sendiri kebenaran penyataan tersebut kerana mengetahui tentang program tersebut kira-kira sejam sebelumnya.
Our loss. Besides, kami ada solat hajat beramai-ramai di imarah kami.
Afterwards, Kak Madihah [melalui senior-senior] hantar makanan kepada kami. Sedulang Nasi Yaman.
Tahun 1 Perubatan Universiti Kaherah 08/09. Rakusnya mereka [kami].
Ianya bergigi. Kak Radin, nampak tak?
Sebaris gigi hitam di bahagian proximal laterally dan sejemput gigi putih distal anteriorly.
Budak-budak imarah ambil bahagian masing-masing. Kakak Imarah 9 pun datang sekali.
Diiringi kemeriahan jamuan jiran Arab kami yang berkahwin.
Tak mampu untuk study semalam, sebab lantai rumah saya bergegar dengan vibrasi yang keluar dari amplifier mereka.
Alhamdulillah saya jenis yang boleh tidur dalam keriuhan. Seharusnya mengasah bakat untuk belajar dalam keriuhan, juga.
Saya doakan mereka bahagia dan hati-hati mereka dipaut pada kasih sayang lillah abadan.
p/s: Nasi dah habis petang tadi. Semput perut Rodhi nak menghabiskannya.

1 comment:
lol.. nk mnta msk PO, haru org gelak bce entry nih dlm nti..
hehehe.. thnx yer.. dpt gak akk tgk pic nasi yaman kambing bergigi.. ke gigi kambing.. eyt... ape2 aje lah=P
tk cre!
Post a Comment