بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, November 23, 2008

Warkah Rindu buat Kamu

Di kala malam yang dingin ini, angin sejuk Mesir telah membekukan otak saya, sekaligus mengaktifkan secara hyper aktiviti cervical cortex saya.

Maka saya ada pengakuan emosi yang perlu diterjemahkan demi mengelakkannya dari terus menyerabutkan fikiran ini.

Saya lapar. Walaupun dah makan malam yang sedap (telur sweet sour dan sup sayur... tak mungkin tak tambah), meratah sebungkus Tiger dan seketul Molto chocolate, saya masih lapar.

Perlukah saya meratah lagi biskut Tiger itu? Nampaknya, esok terpaksa beli finuu LE3.

Selingan: Saya tak suka buah zaitun.


Saya juga sejuk. Baiklah, salah sendiri sebab tak menambah jumlah lapisan pakaian.

Saya rindukan mama saya.

Saya rindukan papa saya.

Aduh, saya terasa macam seorang budak kecil di sini.

Saya rindukan guru saya. Akhirnya saya menghantar offline message kepada dia semalam menyatakan kerinduan.

Saya rindukan abang saya. Saya dah biasa ada abang, tetapi abang saya tiada di Mesir. Dah lama tak gaduh dengan dia.

Huh.

Duduk di sini mengajar saya lebih menghargai mereka yang saya ada.

Baiklah. Pengakuan dah dibuat. Sila jangan membuli saya berkenaan apa yang sudah ditulis.

Jom sambung study.

p/s: Rindukan keropok.

No comments:

Haru & Associates