Kami balik Perak pada 2 Syawal. Boleh tahan jumlah kerabat yang ada di sini.
Seperti yang disangka, tiada bunga api. Apatah lagi mercun.
3 Syawal. Iaitu hari ini. Sekarang dah malam, and Chik and the gang baru je sampai. Chik, Chik Na, Syahmi (Abang), Zafira (Yaya a.k.a. Adik), Bibik dan si kementot yang baru dua minggu lahir; Rayyan.
A.k.a, aku tak tahu. Kalu kakak dia dah dapat nickname 'Adik', Rayyan ape? Baby?
Tapi budak itu kecil. Merah jugak mukanya. Berkerut macam orang tua.
"Nampak tak stabil."
"Ape yang tak stabilnye, Ikah?" Chik Na menyoal.
Bajunya hijau. Mitten dia tercabut sebelah. Stokingnye pun. Aku amik topinye dan pakaikan.
Merenung. Aku cabut balik.
"Kecik sangat la, Chik." Aku letak topinya atas meja; nadaku hopeless. "Topi dia pun tak muat."
Ateh bawak penimbang berat tadi. Aku dah kira berat beg cargo aku. Tahniah, 32kg sahaja.
Aku timbang cabin luggage. Okay... 17kg. Gasak r. Aku dah tak tau nak buang ape dah.
Limit aku? Haha, 30kg and 5kg.
Kepulangan Chik membawa bersama sekotak bunga api yang terselit belambak mercun. Kanak-kanak yang tak matang segera melarikan isi kandungan kotak itu ke laman depan.
Mercun sahaja; mereka tak main bunga api.
Aku rembat dua bunga api. Sememangnya aku matang. Sensible. Name it.
Ateh, seperti tahun-tahun sebelumnya, supervised our mercun-lighting session. Eleh, aku tahu dia memang nak main sekali.
Mereka bakar mercun yang bila dinyalakan, berpusing sambil mengeluarkan sparks emits cloud of smoke.
"Woi!" Aku menepis gaya ayam. "Jangan la bakar dekat sangat dengan orang!"
Harith tidak melayan seruan aku. Sememangnya aku tak kan bawak balik plushie unta ke dia nanti.
Mercun yang tadi dibakar dan dibakar. Asap berkepul. Dan berkepul.
Harith bakar sumbu mercun itu dan baling ke langit.
"Aaaahhhh!!!" Aku menepis gaya ayam. Lagi. "Mana dia pergi? Mana dia pergi?"
Dan mercun itu jatuh dua kaki dari aku.
"Jangan baling dekat orang!"
Bunga api aku masih lagi belum dibakar. Aku pandang keliling. Hanya aku, 18, dan Adik, 5, sahaja yang main bunga api.
=.=
"Ateh, ateh!" Syahmi berlari dengan mercun yang kelihatan agak besar. "Bakar yang ni!"
Aku melihat deruan sparks yang keluar dari mercun yang Hazim bakarkan.
Tiba-tiba...
*BOOOM!!*
"Aaaaaaahhhhhhh!!!" Aku menutup telinga. Dua-dua. Melarikan diri dari sumber letupan di sebelah hujung kiriku.
Ateh, 48, Harith, 14, Hazim, 12, Syahmi, 7 dan Adik stared at me with unexplained expresses on their faces.
"Bahaya! Jangan main mercun yang tu!"
Sekali lagi, aku tidak diendahkan.
Mereka bakar lagi mercun gila itu.
*BOOOM!!*
dan *BOOOM!!*
dan *BOOOM!!*
dan *BOOOM!!*, *BOOOM!!*, *BOOOM!!*
Jantung aku dah laju macam masa aku jumpa dia hari tu.
Menakutkan, tetapi amat mengujakan.
Hazim bakar mercun yang awal-awal tu. Baling ke langit.
Oh. Nehi.
Aku menutup kepala aku. "Mana dia pergi? Mana dia pergi?"
Dan sekali lagi, ia jatuh dua kaki dari aku.
Nak kene ni, nak kene.
Bunga api aku bakar. Aku pegang hulu dia yang paling hujung dan hala dia jauh-jauh. Pejam mata. Paling muka dari kepulan sparks and asap.
Dia dah padam. Aku bakar satu lagi.
Dengan gaya yang sama.
Mercun masih lagi berdentum. Aku masuk rumah.
"Chik, apsal Chik beli ke Syahmi mercun besar gile? Bahaya la."
"Tak pe." Chik Na jawab. "Ayah dia bomba."
... "Adakah itu menjamin keselamatan dari segala bahaya?" Dan aku berlalu untuk membuli Rayyan.
Mercun masih lagi berdentum at the interval of every half minute. Opah aku membebel. Dia terkejut.
Aku keluar.
"Woi korang. Dah la tu main, opah dah terkejut dah."
"Ika urut la belakang opah." Chik aku berkata. Harith terus membakar sumbu mercun.
"Banyak la urut. Korang la patut berhenti main."
"Suruh la opah tutup telinga." Hazim menyarankan. Tersengih dan membuat gaya.
"Kurang ajar kamu." Aku dan atuk ketawa.
Chik kata, "Urut la belakang opah. Yang ni last."
"Okay." Aku caye. Masuk rumah dan dengar ia berdentum.
Opah merungut lagi.
"Tak pe, pah. Chik kata yang tadi tu last."
Sesuku minit kemudian...
*BOOOM!!*
"Woi! Tadi kata last! Penipu betul!"

1 comment:
ahhh mercun!! sungguh tidak aci... >.<
Post a Comment