Terbau benda. Ternampak benda kuning.
Oh tidak.
Maka aku pun beli pisang itu kerana tergoda dek esternya.

1.5kg. Agak berat bagi sesikat pisang.
Selepas ini kami akan ke KLIA dan berbuka di sana. Ada praktikal Bahasa Arab sambil-sambil menghantar budak-budak Yayasan Pahang yang akan berterbangan ke Mesir sebulan lebih awal dari kami.
Aku membeli kuih sayur yang hanya ada pada hari Isnin sebelum aku kempunan seminggu lamanya. Membeli roti kebab. Ternampak air kelapa laut.
Tapi Idayu kata air mata kucing sedap. Boleh percaya ke taste mak cik ni? Tak pe, kita cuba test.
Beg kertas aku dah berat berisi makanan.
Woi, kau biar betul. Nak bawak pisang pergi air port ke?
Wallahi, ana bigad.
Buat lawak...
Aku merenung pisang yang mengeluarkan godaan esternya. Hmm, boleh habis ke?
Tak pe la, nanti aku letak dalam beg kertas yang elok sikit. Bagi dekat Akmal.
---
Roti kebab aku habiskan. Kuih sayur aku kongsi dengan Tasnim. (Walaupun harganya RM1, ia amat mengenyangkan.)
Nak tahu? Aku sedikit berdendam dengan air mata kucing itu. Sudah lah tertumpah sedikit dalam beg kertas ku, ianya mengeluarkan ester yang ganjil dan rasanya pun ganjil juga.
Lain kali, aku takkan beli air mata kucing lagi. Taste Idayu sememangnya ada problem.
Aku beli Dinner Plate KFC. Tapau untuk sahur nanti.
Beg kertas aku dah buang. Aku pergi ke kedai majalah. Beli beg kertas dekat situ.
RM6.90. Reasonable la tu, considering the place itself.
Aku letak pisang dan ayam-ayam aku. Dan aku kelek beg itu sambil menunggu budak Yayasan Pahang.
“Atiqah, ada apa dalam beg tu?” Azfa tanya.
“Ada pisang. Dan ayam.”
“Pisang??” Dia tersengih, bertanya penuh keraguan.
“Wallahi, ana bigad.” Muka aku serius.
“Okay la, saya percaya.” Dia ketawa.
“Nak tengok?”
“Nak.”
Dan aku buka plastic KFC, menampakkkan isinya yang kuning. Azfa ketawa.
“Kenapa bawa pisang?”
“Sebenarnya saya nak makan, tapi saya dah kenyang. Ingat nak bagi Akmal.” Aku sengih, Azfa ketawa. “Sorry la, perangai tak berapa betul kebelakangan ni. Jom makan.”
Azfa amik satu. Aku jaja pisang aku dari seorang budak perempuan MEP ke seorang yang lain. Aku mesti kelihatan amat lucu, tapi aku kesah apa?
Pisang itu amat manis. Sedap. Isinya mantap. Sedikit keras, tapi kami semua ada gigi dan gusi yang masih segar lagi, so no hal.
Aku makan satu je. Dan pisang aku pun habis.
“Terima kasih, Atiqah.” Nadiah asyik mengulangi tiga perkataan tersebut. Aku tahu la nama aku sedap, kak. “Beli sendiri ke?”
“Ye.”
“Beli dekat sini?”
“Akak, mana ada orang jual pisang dekat KLIA.” Aku ketawa. “Beli dekat bazaar tadi.”
Pisang aku dah habis. Aku lapar balik. Mana nak cari pisang lagi?
Gi jumpa budak-budak Yayasan Pahang dulu la.
Berjalan. Berhenti. Tenung kelompok budak-budak MEP yang bersepah-sepah depan kaunter H. Apa yang aku nak buat sebenarnya, eh?
Yayasan Pahang... Akmal...
Eh! Ambil gambar MT Mesir!

No comments:
Post a Comment