Oh. Hari ini sudah 10 Zulhijjah. Salam Aidiladha, semua. Kullu 'am wa antum bilkhair. Semoga kita terus mantap bermujahadah dan berkorban fi sabilillah dalam style masing-masing.
Andai anda seorang pelajar, teruskan berkorban masa dan tenaga menuju ke majlis ilmu itu. Walaupun ianya sekadar liqa' yang kecil sahaja, ianya still majlis ilmu. Salah satu dari taman syurga.
Dinaungi malaikat. Diberkati suasananya. Insya-Allah mendapat keberkatan dan pahala darinya.
Maka ikhlaskan niat lillah, kerana keberkatan dariNya lebih diingini bagi memastikan kejayaan dalam perjuangan. Jangan lupa adab majlis ye, sahabat sekalian.
Selingan: Belakang ana ada Ira Sahri, diimport khas dari Jordan. Dia sedang MENARIK RAMBUT ANA! LEPASKAN!!!
"Tidur sini!" Katanya sambil menarik-narik. "Tidur sini tak?"
"Ye, ye!" Nehi, ana tewas!
Maka malam ini, ana tidur di Baitul Hanan. Pasni nak balik rumah amik bantal and lihaf.
Kepala ana sedang berdenyut-denyut.
Teruskan berkorban perasaan rindukan mama, papa serta kerabat-kerabat tercinta di Malaysia dan tumpukan pada usaha pengislahan dan study.
Teruskan berkorban meninggalkan manga-manga dan anime-anime yang menarik itu dan capailah kitab Riyadhus Solihin atau Histology [Exam midterm 20hb ni!].
Selingan: Wah, daku rindukan Chi!
Teruskan berkorban mengetepikan rasa penat itu dan bantulah rakan-rakan yang berhempas-pulas dengan pintu imarah mahupun paip sinki dapur yang masih bocor.
Teruskan usaha bersabar dengan kerenah pak-pak Arab yang perlu memantapkan lagi penghayatan pada Surah Al-Asr serta jiran-jiran yang perlu lebih pemahaman pada kalimah "An-nazofatum minal iiman".
Tidak dilupakan, kerenah senior yang sering membuli.
Selingan: Budak, ada dua sebab why female constitute the most of population dalam neraka.
Satu, banyak mengeluh. Dua, tak dengar cakap suami.
Kamu ni, nak mengeluh lagi ke?
Insya-Allah, ujian yang sedikit hanya sekadar dugaan dari Allah bagi meningkat iman sendiri dan darjat ketakwaan disisiNya.
Teruskan berkorban nus geneh itu demi senyuman manis mak-cik mak-cik yang menjual tisu di jalanan. Semoga hari mereka diberkati, dan semoga kesenangan menanti dalam pelajaran hari ini.
Teruskan berkorban melayan kerenah Ira yang kebudak-budakan itu. Nanti dia balik Jordan, sendiri juga yang teringatkan dia.
Kerana pengorbanan yang berlandaskan iman dan taqwa akan menatijahkan butiran kejayaan yang manis. Pengorbanan hanya sedikit berbanding kejayaan yang terbaik bagi diri sendiri juga.
Not just here, but thereafter as well.
Bahagia dunia, akhirat syurga.
-Dr. Noordin Darus, Gerak Keusahawanan Mesir 2008-
Just one drop of sabar for the sweetest success. Now that's what I call the best investment ever.
p/s: Pengorbanan manifestasi kehambaan.

1 comment:
Bro i cant read malay nowadays. In my head is all english because i cant curse in mother tongue.
And i have strayed from the path. I am not pious. You would have hated me if you see me now.
Post a Comment