بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, October 04, 2015

Mood stabilising spectacles

Spek patah Khamis baru ni. Terjatuh dari poket masa tengah lari nak pergi request urgent portable CXR sebab Abang Chua desat masa tengah buat CVL. Maka harini pergi kerja tak pakai spek dan rasa pelik. I want my spec. Let me not wear it when I don't want to wear it, not because I cannot wear it.

Tengahari tadi tetiba Dr. H panggil aku dan bagi order management for patient. Kaunter ramai orang bercakap sambil-sambil tu tapi aku memang fokus dengar ape Dr. H tengah cakap pun. Nasri ada kat sebelah Dr. H dia pun kata "Atiqah dengar molek ape Dr. H cakap tu kesian dia cakap takde orang dengar."

"Saya dengar ni, dua-dua telinga saya tadah."

Dr. H said something yang macam kenakan aku tapi aku tak pickup vocab Kelantan yang dia guna while everyone was laughing at what he said. Aku pun tarik muka dan jeling dia as safe response to when someone is teasing you.

Nasri tetiba tukar topik. "Atiqah mane spek?"

Ni kali kedua Nasri address isu spek aku. One of these days I'll tell him aku dah buat LASIK.

"Spek saya patah!"

"Spek Atiqah patah masa dia tengah kejar Dr. H," Pofin membuat cerita.

"Ooh patut la nampak lain," Dr. H kata. Lol tak lojik langsung ayat.

Harini semua orang komen aku muka macam postcall sebab nampak serabut. And I did feel serabut. By 4pm aku dah membentak dengan rakan sebaya

Hanisah tengah passover. Meksu tetiba suruh dia tulis benda yang nak passover tu atas kertas.

"Kau tulis je la sendiri." Aku tetiba cakap kat Meksu.

"Bukan aku suruh kau pun," Meksu jawab balik.

"Kau menyuruh Hanisah, dia budak paling baik kot."

"Takpe tulis je tak susah," Hanisah mendamaikan keadaan.

dan menjawab dengan akak nurse.

"Doktor Black?"

"Ye. Kenapa." Tak pandang pun sebab tengah buat discharge.

"Patient temperature dah 38.1 dan still tachy-"

"Patient mane?" Suara keras malas layan. "Black ramai patient."

"Woah gedebe Atiqah." Afiq mencelah.

Kak nurse buat tak perasan aku tak jawab dengan sopan. "Patient mane lagi tengah blood transfusion, patient-"

"Ah bed 14."

Aku rasa spek aku berfungsi sebagai mood stabiliser.

No comments:

Haru & Associates