بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Tuesday, May 12, 2009

The Joy of Lentils

This post is dedicated to Umai and her PERDESK gang. Also wishing an all the best to the latest member; Atiqah. May you remain faithful to your regime and tajdid your niat always.

Nadh had written a beautiful piece on the ultimate diet; the one taught by our beloved Prophet Muhammad s.a.w. So I will not be playing a broken record here.

As I studied Physiology to the point of boredom, I started a new reading on something completely unrelated, which is on lentils.

Kacang dal berlatar belakangkan buku-buku yang tak mula habis baca lagi.

It is publicly known as حمص in Egypt and we Malaysians call it kacang dal.

Lentil, as Wikipedia said, is high in proteins including isoleucine and lysine which are essential amino acids we studied in Biochemistry.

Apart from that, it is also rich in dietary fiber, folate, vitamin B1 and minerals.

And to add some Physiology in this post, lentil is also a good source for iron, which is exceptionally important for hemopoiesis.

Self.com itself suggests lentils as one of the superfoods for weight loss. Being high in proteins and fibers, lentil will be fulfilling quickly and nicely thus making an excellent study companion.

Since those on a diet will most likely succumb to the evil of ghrelin and grab that oh-wickedly-sinful Borio, my suggestion is go grab one of these yellow sunshine instead.

It is satiating, high in nutrients, suitable for people on diet, and only cost LE3.50 for a quarter of kilo!

Go grab your lentils today!

p/s: I'm currently promoting healthy eating style. Which includes no more Twinkies and large bag of Rotato.

Saturday, May 09, 2009

Fresh Kill

Atiqah: apa hukum seksa binatang?
Syemak: haram berdosa
Syemak: ko seksa sape?
Atiqah: manade
Atiqah: kalau kita rebus hidup2
Atiqah: kira seksa tak?
Syemak: seksa r tu
Atiqah: ok
Syemak: ko nk rebus yuuno ke?
Atiqah: weh
Atiqah: aku sayang dia la
Semakin kita maju dalam bidang sains, semakin kita purba dalam bidang akhlak dan ketamadunan.

Buktinya, kita merebus udang galah hidup-hidup demi mengekalkan kesegaran rasanya yang manis. Kita juga membela ikan dengan penuh teliti kemudiannya kita rebus hidup-hidup terus dari akuariumnya.


Kita juga membiak ayam tanpa bulu demi menjimatkan kos dan penggunaan air, kerana bulu yang tebal memaksa para penternak di kawasan panas menggunakan penghawa dingin bagi mengekalkan ayam pada suhu 20 darjah.


Kita mengaburi mata hati dengan berpendapat, tanpa bulu untuk ditumbuh, segala nutrien yang diperolehi ayam akan didedikasikan kepada pembinaan otot-otot yang sedap dimakan.

Nafsu sendiri didahului penghormatan terhadap nyawa.

Manusia. Bila mahu bertaubat?

Wednesday, May 06, 2009

Menyelami Kepala Sendiri

Kerana kebosanan, saya telah membuat kuiz untuk melihat sejauh mana saya dikenali oleh orang sekeliling saya.

Kesan respon mereka, saya berpendapat bahawa saya masih lagi belum dikenali, even oleh teman sebilik saya.

Adakah ianya loophole di dalam ukhuwah kami? Atau saya sahaja yang bersikap misteri macam Kakashi?


Tapi, adakah keakraban persahabatan diukur dari kebolehan menjawab soalan-soalan berikut?

1) Paling suka makan
a) Keropok lekor yang nipis dan rangup
b) Keropok keping
c) Kepok gote!

2) Ringtone saya
a) Selalu berubah-rubah, tetapi semuanya nasyid
b) Selalu berubah-rubah, tetapi semuanya lagu Jepun
c) Selalu berubah-rubah, tetapi semuanya membingitkan

3) Saya paling suka warna
a) Hitam, sebab kalau kotor orang tak nampak
b) Hitam, sebab matching dengan apa-apa warna
c) Hitam, sebab dah suka, nak buat camne?

4) Perkataan pertama bila saya call orang adalah
a) Hello
b) Assalamualaikum
c) Yo

5) Ayah saya panggil saya apa?
a) Ika
b) Atiqah
c) Kak ngah

6) Paling tak suka
a) Berlari
b) Berjalan
c) Naik kenderaan awam

7) Cara tidur
a) Ganas
b) Tidak akan bergerak sampai la dia bangun
c) Merengkot macam fetus di bawah selimut

8) Teknik membunuh serangga [contohnya lipas]
a) Hempuk dengan tenang
b) Hempuk sambil menahan geli
c) Hempuk dengan muka simpati

---

Baiklah, jawapan pula:

1. B
Sebab soalan dia adalah paling suka. Saya suka keropok lekor yang nipis dan rangup, tapi paling suka keropok keping.

Kepok gote, kalau panas sedap juga. Kalau dah sejuk memang tak makan dah. (Sebenarnya, saya akan elak memakan apa-apa sahaja yang dah sejuk.)


2. C
Hampir tepat jawapan B, tapi saya pernah guna lagu Melayu. Kadang-kala sengaja tukar ringtone untuk menjengkelkan Ara.

3. B
I go for practicality.

4. A
Dulu memang mulakan dengan assalamualaikum, tetapi pernah sekali, orang bukan Islam yang angkat panggilan.

Sejak itu, saya memang greet dengan "Hello, assalamualaikum."


5. B
Agak ganjil, tapi ianya benar. Ayah je panggil sedemikian. Oh, and only blood-family gets away with calling me Ika.

Kak ngah adalah panggilan ahli keluarga apabila mak ada. Sebab mak marah adik-adik panggil saya Ika.


6. A
Dulu memang suka berlari, sehingga suatu hari, Muallimah Nazahiyah tegur sebab saya berlari atas court.

Sejak hari itu, saya tidak suka berlari lagi. Even rentas desa anjuran sekolah pun, memang saya berjalan dari awal sampai akhir.

Patut la saya bela kura-kura.


7. B
Kalau dah bergerak tu, maksudnya dah bangun lah tu. Biasanye memang saya akan tidur gaya C, tapi apa-apapun cara, B tetap dipraktikkan.

Despite my active demeanour, I'm a polite sleeper.


8. A
Sebab itulah, sepanjang saya di SMI Aman dan INTEC [even di Mesir ni pun], mesti diorang serahkan hal-hal membunuh lipas kepada saya.

Tak faham kenapa perempuan geli ngan lipas.


---

Setakat ni, cuma Ara, Syaimaa dan Asyraf berjaya dapat 3/8 daripada kuiz ini. Tertinggi la tu. Tahniah saya ucapkan, walaupun tak faham macam mana yang terakhir tu boleh dapat markah sama macam diorang. Pandai menyelami kepala orang? Anda wajar menjadi psychiatrist!

MokNik juga dapat 3/8. MokNik yang sama sekolah rendah dan sekelas dari tingkatan 1 hinggalah 5.

Lepas ni nak tanya Tasnim pulak.

p/s: Atiqah, nampaknya memang ada lubang yang besar dalam ukhuwah kamu.

Sunday, May 03, 2009

Burnin' Up

Yesterday, I took this quiz on Facebook. It impressed me, to say the least.

I'll leave you to that.

You have a need for other people to like and admire you, and yet you tend to be critical of yourself.

While you have some personality weaknesses you are generally able to compensate for them.

You have considerable unused capacity that you have not turned to your advantage.

Disciplined and self-controlled on the outside, you tend to be worrisome and insecure on the inside.

At times you have serious doubts as to whether you have made the right decision or done the right thing.

You prefer a certain amount of change and variety and become dissatisfied when hemmed in by restrictions and limitations.

You also pride yourself as an independent thinker; and do not accept others' statements without satisfactory proof.

But you have found it unwise to be too frank in revealing yourself to others.

At times you are extroverted, affable, and sociable, while at other times you are introverted, wary, and reserved.

Some of your aspirations tend to be rather unrealistic.

Slumber Party: Nutshell

Sorry I'm late. Meant to report [report?] directly after the event, but crying leaves one extremely drained.

The party was surprisingly lively. I especially liked the reception, which was Sarah ambushing me with a love-shaped sticker on my nose and a star-shaped one on my left cheek.

And had Anah... erk, let's not go there. *blushes*

Rumah 6 was prettily decorated. The balloons were intimidating though the words on them were cute. Kudos to EllyaNa and her team.

I can't believe balloons rendered me helpless.

The first video was pretty corny. The storyline was crappy and the music; dude, come on. Don't tell me Bouken Desho Desho? was the only one crossing your mind.

The beautiful and funny pictures made up for the flaws, though. I think.

Whoever did it could have done better. Just keep practicing. And forgo the usage of blown-up picture of tortoise.
Ni ngutuk diri sendiri ni. Bukan menagih simpati. Ngehehe.

Dijoh's capub session was heart-smashing. We should get her to capub more often, you know. What with those throaty voice.

And the words were killer. It struck my heart and refused point-blank to budge. I hope the message does the same to the rest of you guys, too.

Second video, which was video-napped from YouTube went smoothly with what Dijoh delivered. Kudos to Farah for such discovery.

Third video was lamely done. Did you guys noticed it was only two third finished? Nope? Well, it was. Trust me.

Though I liked the camel part. Both. Haha.

Kudos to Asyraf and Dijoh who suggested Taburkan Jasa, Semaikan Budi by Inteam and the gang.

Great minds think alike.

Overall, the event was a blast. I had fun, ate some finuu-ed ice cream [am a fan of vanilla uncontaminated], a bite of Farah's famous cornflakes, and loads of Syaimaa's to-die-for popcorn.

Kudos to Nadh and her allies for such efficient food distribution. And kudos to Baher for the projector and speakers.

Thank you all for such a wonderful night. You guys are the best.

p/s: Have I told you I love you? Nope? Well, too bad.

Wednesday, April 29, 2009

Akhawat First Year's Slumber Party


SLUMBER PARTY!

'Kita-kita aje~'

Objektif:
Refresh semangat sayangkan sahabat inclusive of all defect.


30 April 2009 (Khamis)
7.45 pm - 9.00 pm
Rumah 6, Imarah 11

Anjuran:
Akhawat tahun satu 08/09 Universiti Kaherah

Kehadiran:
Budak perempuan batch kita!~


Aturcara program:

7.45 - *Pap!* "Saya sayang awak!"

8.00 - Sesi mencapub Anah Lorh

8.05

- Ais krim mula bergerak.

- Video 1: "It's our Adventure."
aka sesi mencapub Atiqah Hanifah

- Sesi mencapub Dijoh Daud
"Saya sayang awak!"

- Video 2: Curtain fall.

9.00 - Bersurai

Kepada budak perempuan, sila datang ye. Budak imarah sila bawa sudu bersama~

Orait. Nak bawa tambahan makanan, amat-amat dialukan. Sebarang pertanyaan sila ajukan. Sekian.


p/s: Perempuan tahun 1 sahaja ye. Cukup la Yuuno seekor sahaja jantan.

p/s 2: Menu adalah ais krim dan finuu~ PERDESK sila bercuti umum ya.

p/s 3: Aku terasa malas nak buat video ni. Storyline yang aku nampak hanyalah cerita seram sahaja.

Kalau aku buat video seram, nanti Ara jerkah aku.

Ada orang nak tolong aku buat? Datang je la bilik aku malam ni tau.

Terasa sedikit gelabah sebenarnya. Rasa macam banyak benda kena buat, tapi aku tak tahu la. Study, benda alah ni, bil telefon, internet...

Ada lagi ke?

Oh, ada orang pecahkan pintu imarah. Lubang besar sangat. Aku tak tahu aku patut buat apa.

Aku... cuak.

Monday, April 27, 2009

When Diligency is Misused

Once upon a time, there was a very diligent blog owner. She will study smart and hard and put her time to good use.

Until one day, which is actually yesterday, she grew tired of Histology-ing and acted on impulse to register a community site for her school.

And so she stared at the screen, bulging at what the heck had she done.

She cannot just leave it lying around, can she? That is a very immoral thing to do.

She cannot just kick into webmaster mode and finish what she started, can she? For God sake, she did so on impulse! It was totally her call. No students of Aman nor teachers were consulted.

Such imperative prick, isn't she?

On second thought. Oh yeah, of course she can!

So she jumped back onto bed [her study table is currently invaded by annoying blood-suckers] and revised more of Histology, whilst her mind reeled like some hyperactive hamsters with the glee of starting a community site for her school.

After the examination...
She bullied the Biro Tugas-tugas Khas of Badan Pengawas Aman into submitting to her cause.

Edited here and there to form what she call the ultimate paperwork for Amanians webteam.

Forcing poor Ain to be online up to 12am. And she will feign innocent if Pak Cik Fattah got mad.

And she waited in glee.

Soon her idea will be submitted to the head of Biro Tugas-tugas Khas. Hazim will wonder which malicious senior put forth the unrelenting project.

It will soon be brought to Pak Naim's attention. He will sigh and wonder how could the malicious senior still bully them though they are separated by oceans and 14 hours of flight.

He will be torn between approving the project and submit to her iron fist, or disapprove and suffer her thundering wrath.

Smart Pak Naim he is, he will approve. Oh yes he will. The evil blog owner will ensure so.

Ustaz Rashid will soon be proposed with such idea. He will shake his head and approve; somewhat reminiscing on what a bully the blog owner is.

And soon, her quest to conquer the world will proceed.

She evil-laughed in glee.

And waited somewhat giddily for her idea to brew. While of course, not forgetting the Anatomy notes calling for her attention.

Tuesday, April 21, 2009

Tag #2 - Saya Sebuah Blog

As a favour to Sufi, I decided to spare 10 minutes to have this done. May she be at peace and forever under His care, ameen.

Kamu kahwin nanti, sila ajak jemput tau.

Kali ini, kita ulangkaji sejarah penubuhan Haru's Bucket.


1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama sekarang adalah Haru's Bucket.

Saya memilih nama itu kerana saya agak meminati Suzumiya Haruhi yang extra havoc. A pure Choleric tensai.
Sort of saw myself in her.
Itu kisah dua tahun yang lalu.

Dan, tidak, nama blog ini tiada kaitan dengan Haru Glory hero Rave Master.


2)Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://atiqahhanifah.blogspot.com/

Itu nama saya. Sekarang saya terpaksa memperkenalkan diri sebagai Atiqah Hanifah, sebab nama penuh agak panjang ada lebih dari seorang Atiqah di sini.

Sebenarnya pemilihan link blog sedikit sebanyak menampakkan izzah terhadap nama sendiri. Kalau tidak, http://harumitsui.blogspot.com/ lah yang menjadi pilihan.


3)Apakah method penulisan dalam blog anda?

Diskripsi blog ini adalah 'scribbling incoherent drabbles'.
Dalam Bahasa Melayu bermaksud merapu.

Kadangkala cuba menjadi serius, tetapi jarang berjaya.


4)Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

Sekali je, kot. Selepas mengetahui blog ini dibaca umum.
Walaupun selama ini ianya memang untuk bacaan umum, umum biasanya bijak untuk mengabaikan kewujudan blog ini.

Haha. Tetapi, menghapuskan jejak hanya akan menutup masalah, bukannya menyelesaikannya.


5)Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

Sufi seorang yang mudah dibuli. Tidak terkira jumlah bulian yang saya kenakan terhadapnya. Huahaha~

Beliau seorang yang sabar dan mantap. Kebanyakan junior terpaksa melayan kerenah saya, namun si Sufi ini kelihatan gembira sahaja.

Saya sememangnya disukai ramai.

[Teringatkan korang r. Apa khabar budak-budak nakal SMI? Hikmah, Najah etc?]


6)Senaraikan orang yang akan anda TAG.

Ia bergantung kepada kerajinan individu. I'm a bit low in that department.

---

Orait. Kholas.

Semoga post ini menyenangkan hati Sufi dan menguraikan pertanyaan sesetengah pihak. Sekian.

Monday, April 20, 2009

Tag #3 - Diligent Monkey

Revised on 12th September 2010 for the sake of maturity :)

When you didn't channel your diligency to the right place, this is what happens.

To Atiqah, hopefully you've had enough.

Okay monkey, now go study!

Would you shave your head if a family member asked you to because they had cancer?
- If it will be of any moral help, I will.

What would you do if the doctor told you that you were pregnant?
- I suppose that's my ticket to bully my husband into fixing me a strawberry and cantaloupe cocktail at 2 in the morning. Happy days!~

Did the one person who hurt you the most in your life apologize?
- I have no idea. I forgot them already.

Are you good at hiding your feelings?
- When I get real pissed, I'd get real quiet. Other than that, I don't think I'm half that bad.

Are you wasting your time on someone?
- I did around four hours ago, but it was my fault for choosing to stick with them. In terms of romance, the answer is no. I'm too smart for that.

Explain the last time you threw up:
- One morning in INTEC. I realized I had so much on my plate and instantly threw up at the thought.

Last thing that made you cry:
- Realizing I can no longer depend on certain others.

Do you have a bad temper?
- With a very short fuse.

Do you think you'll be married in 10 years?
- 10 years?? Why should I wait that long??

How many funerals have you been to in your lifetime?
- It should have been four, but I missed the last three.

How often do you think about suicide?
- Never.

What is your deepest fear?
- If I tell you, I will be blackmailed with it.

Do you REALLY love all your family?
- Yes. Inclusive of all the defect.

What do you want to believe in?
- That I will never go through my deepest fear.

Do you have a secret crush on someone?
- Right now, no. I figured out he is better off with someone else.

Are you proud of who you are?
- Oh yeah!~

Do you feel alone even in crowded rooms?
- Sometimes. Solitary is tranquiling.

What is the worst thing a person could do to you and still be forgiven?
- I wouldn't know. You have to try me.

You're dying in 10 seconds, what are your last words to your best friend?
- [To FCR] You know I love you.

...to your worst enemy?
- Let's meet again, shall we? I sort of enjoy pissing you off.

Do you care if people hate you?
- Nope. But it will be helpful if I know why. I could improve myself if I want to.

Freedom or safety?
- Freedom, baby!~

Think of a random person, and give them a message here, no names:
- Get. A. Haircut.

Has a song ever made you cry?
- Nehi.

A book ever made you cry?
- I curse J. K. Rowling for this.

Is the world crumbling to pieces?
- It is destined to.

Name on moment where you couldn't control your rage:
- When undeserving people were condemned.

Friday, April 17, 2009

Yuuno's Day Out

"Okay, buku Physio, pen... Orait, Yuuno, jom."

Aku memandang dia yang sedang tersengih mencangkung di sisi penghadang kayu kandang yang sering menyekat kebebasanku.

Atiqah cakap dengan aku ke? Aku sambung mengunyah salad.

Tiba-tiba, aku terasa diri aku diangkat. Aku mencakar-cakar angin meminta dilepaskan. Tak suka lah, lepas!~

Budak itu meletakkan aku ke dalam kotak yang tersedia beralaskan daun anggur yang hampeh tak sedap. Aku memandang sekeliling. Sempit siot.

Oh, ada salad. Aku mula menghampiri salad-salad tersebut.

Aku terhenti dan merenung Atiqah yang asyik tersengih je.

Ceh, nak buat baik ye? Elok sangat la tu.

"Hari ni kita nak pergi taman. Ikut tau."

Dengan itu, dia separa menutup kotak sempit ini. Dan aku kegelapan.

Oi, apa ni?!

---

Atiqah membuka kotak dan mengangkat aku. Hah, tahu pun. Penganiayaan betul.

Dia letakkan aku di atas tanah.

Eh? Tanah? Rumah kita mana ada tanah.

Aku menjenguk sekeliling. Kelihatan ramai manusia. Eh, pokok ke tu? Wah, daun!~ Jom ke sana!


Aku mengeluarkan kepala. Mendongak. Budak itu masih lagi tersengih. Aku berjalan beberapa langkah.

Dia tak halang. Kedengaran manusia bersorak.

Ceh. Mesti mereka ingat kami kura-kura sekadar batu yang makan salad je, kan? Ape r.

Baik, mari lari!~ Atiqah bukan baik sangat pun.

Tiba-tiba...


"Yuuno jangan pergi jauh sangat."

Oi, lepas r! Aku mencakar-cakar angin. Lepas lepas lepas r!

Dan dia meletakkan aku di sebelah dia. Aku bangun dan berjalan kembali.


"Yuuno, orang dah kata dah kan. Nanti hilang susah pulak."

Atiqah ni kecoh r. Aku mencakar-cakar dia. Rasakan kamu!

Dia tak rasa apa-apa. Oi, aku tengah mencakar, bukan menggaru! Kamu patut menjerit kesakitan!

Dia menyentuh kepala aku. "Dengar tak?"

Aku terdiam. Ye, mak.

"Cat cengkerang tu warna pink baru tahu. Takde la susah nak mencari nanti."

Aku memandang dia dengan pandangan tidak puas hati.

Dia meletakkan aku kembali. Tak nak r main dengan kamu.

Dan aku menuju ke arah seorang budak comel. Aku memandang dia.


Hai, saya Yuuno. Mahu berkenalan?

Dia menjerit.

Woi, apa ni? Tak pernah nampak kura-kura ke?

Atiqah ketawa.

Aku bergerak menghampiri budak itu.

Dia menjerit dan berselindung di belakang mak dia.


Gasak r. Aku terus berjalan pantas menuju jauh dari Atiqah.

Sunday, April 12, 2009

Imarah 11: To Obtain The Soul

Baiklah, semua. Ini projek musim panas kami. Doakan segalanya berjalan lancar, ye.

BPP presents

A blood-curling epic thriller


Imarah 11
To Obtain The Soul

Director:
To be announced

Writer:
Haru Mitsui

Release date:
Summer 2009, bi iznillah

Genre:
Thriller, horror

Tagline:
The hunt never ends. Where it starts.

Plot:
"Cut it. It is long."

"This is my hair, missy bossy."

"It's an eyesore."

He laughs. "Suck it up, then."

His hair is his soul. His pride and joy.

Too bad for him, it's her demise.

Cast:
Hafiz Adam as himself
Jackster as himself
Radin as herself
Boisterous juniors of Imarah 11 as themselves
(Ketua imarah yang dimuliakan dikecualikan)

---

Nantikan dengan penuh kesabaran. Sekian.

Study first, summer later.

Wednesday, April 08, 2009

Persaudaraan itu Indah

Sedang saya membelek kembali nota-nota dalam perancangan saya untuk menakluki dunia, saya terjumpa bahagian ini.

Perkongsian bersama. Sila ambil manfaat.


Kepentingan teman yang soleh:
1- kita tidak mampu membuat sesuatu itu berseorangan
- impian masyarakat
- tugas-tugas keagamaan
- kewajipan ekonomi

2- asas dalam kehidupan
- menuju puncak ketaqwaan dengan bantuan dan dorongan rakan-rakan sehala tujuan

3- memerlukan orang lain
- teman
- kawen

4- terkesan perangainya tanpa disedari

Jangan kawan dengan orang jahat!
- Al-Furqan : 27-29
- An-Nisa' : 140
- Hud : 113

Pengertian ukhuwwah:
Hati-hati, ruh-ruh terikat atas dasar aqidah.
Serendah-rendah: Berlapang dada.
Setinggi-tinggi: ايثار

Syarat-syarat ukhuwwah fillah:
1- ikhlas lillah
2- disertai iman dan taqwa
3- ikut manhaj Islam
4- berpaksikan saling menasihati
5- saling menolong dalam susah dan senang

Hak-hak ukhuwwah:
1- sukakan kebaikan untuknya
2- berusaha memenuhi hajatnya
3- memaafkan dan menutup aibnya
4- setia dan ikhlas 24/7
5- saling membantu
6- memudahkan urusan yang susah

Ni saya baru tambah:
7- tidak mengugut untuk melempang sesuka hati
- kasar itu mesra, lemah lembut itu mulia.

Hehe~

Taktik mengukuhkan ukhuwwah:
1- ucapkan "Ana bihibbik lillah!"
2- smile
3- bersalaman dengan bersungguh-sungguh
4- panggil dengan gelaran yang disukai
5- ziarah dan tanya khabar
6- ucap tahniah ketika dia bergembira
7- empathy [sila bezakan dengan sympathy ye]
8- berusaha memenuhi hajatnya
9- buka ruang untuknya dalam majlis
10- beri hadiah
11- minta dia tolong doakan kita
12- berdoa untuknya tanpa diketahui
13- tunaikan semua hak-hak ukhuwwah


Adakah persahabatan saya dengan kalian berpaksikan ukhuwwah lillah?

Semoga kita sama-sama diberkati.

Tuesday, April 07, 2009

Stray Cat #2


This is me right now.

Please stay away for fear of rabies.

Especially if you are:
- the stinking humanoid with the obtusest statement ever.
- our landlord
- Rodhi

Unfortunate commoner who happens to stumble by may just be lempang-ed.

Enough. I'm out.


Edited tiga minit kemudian:

Huh. Manusia membuatkan saya bengang, dan manusia juga menenangkan saya.

Dimanakah sifat syukur pada nikmat pada ketika sedang marah ini?

Insaflah.

Friday, April 03, 2009

Kempen Kuih Keria untuk Semua

Kempen Akhlak Mulia
untuk Semua

Fasa pertama: Berbuat baik sesama jiran.

Dianjurkan oleh:
Briged Rakan-rakan Yuuno

Tarikh:
1 dan 2 April 2009

Tempat:
Haret Sayyeda Zainab


1.0 Pendahuluan:

1.1 Akhlak mulia adalah manifestasi kemantapan iman seorang Muslim. Ianya jauh lebih berharga dan dihargai daripada pakaian emas mahupun keputusan peperiksaan yang mumtaz bi sharaf.

1.2 Pelajar-pelajar perubatan, khususnya pelajar Melayu di Haret Sayyeda Zainab turut tidak ketinggalan dari berakhlak mulia sebagaimana yang diajurkan Al-Quran dan Sunnah.

1.3 Pun begitu, akhlak mulia ini sekadar diamalkan sesama masyarakat Melayu di Mesir ini sahaja, seterusnya mengabaikan kewujudan komuniti Arab di kawasan Haret Sayyeda Zainab ini.

1.4 Berikutan sikap ini, banyak salah faham yang telah timbul antara masyarakat Melayu dan masyarakat Arab lantas menjadi pencetus kepada usaha menghidupkan kembali amalan berbuat baik sesama jiran.

2.0 Objektif

2.1 Menggalakkan pengamalan akhlak mulia di dalam kehidupan.

2.2 Memupuk semangat cintakan Rasul sepanjang zaman dengan mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.

2.3 Membina hubungan baik antara penghuni Imarah 11 dengan jiran-jiran Arab di sekitar.

2.4 Meningkatkan kualiti kehidupan penghuni Imarah 11 dan jiran-jiran setempat.

2.5 Memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat Arab.

2.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab Ammiyah Mesir dengan berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

3.0 Anjuran
Briged Rakan-rakan Yuuno

4.0 Tarikh perlaksanaan
1 dan 2 April 2009

5.0 Lokasi cadangan
Imarah 20, Haret Sayyeda Zainab

6.0 Sasaran
20-30 orang jiran yang sering berlegar-legar di hadapan Imarah 11.

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengarah
Nur Atiqah M. H.

Unit Tugas-tugas Khas
Khairunnisa A. R. (Ketua)
Nur Atikah S. I.

8.0 Bidang tugas

Pengarah
1. Mengatur dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana
2. Memastikan setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik dan teratur
3. Mengetuai proses perancangan dan perbincangan dasar program
4. Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara jawatankuasa dengan pihak luar

AJK Tugas-tugas Khas
1. Melaksanakan apa sahaja yang diarahkan Pengarah

9.0 Pelan tindakan

1 April 2009
Membeli keledek dan tepung.
Mengopek keledek.
Merebus keledek.
Melenyek keledek.
Menguli keledek dan membentuk kuih keria yang presentable.
Menggoreng keledek.

2 April 2009
Menyira kuih keria.
Memberikan kepada jiran sebagai tanda ‘We come in peace’.
Membincangkan isu-isu social setempat bersama jiran tetangga.

10.0 Anggaran belanjawan

11.0 Penutup

Semoga apa yang direncanakan dalam kertas kerja ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dengan pertolongan dan izin daripada Allah S.W.T. demi mencapai semua objektif yang digariskan.


Disediakan, disemak dan disahkan oleh;


…………………………………..
(NUR ATIQAH M. H.)
Pengarah,
Kempen Akhlak Mulia untuk Semua.


12.0 Feedback

Ada budak datang rumah aku dengan linangan air mata.

Budak-budak gila depan imarah mengganas lagi. Kali ini di bawah sinaran mentari di pagi hari.

Aku bengang. Aku tak suka perbuatan mereka yang buat budak perempuan menangis. Dan aku tak suka sebab aku tak tahu nak buat apa lagi.

Nisa putuskan supaya tidak payah memberi kuih kepada jiran-jiran kami yang siot.

Nampaknya kempen aku sudah gagal.

Haru & Associates