Sedang saya membelek kembali nota-nota dalam perancangan saya untuk menakluki dunia, saya terjumpa bahagian ini.
Perkongsian bersama. Sila ambil manfaat.
Kepentingan teman yang soleh:
1- kita tidak mampu membuat sesuatu itu berseorangan
- impian masyarakat
- tugas-tugas keagamaan
- kewajipan ekonomi
2- asas dalam kehidupan
- menuju puncak ketaqwaan dengan bantuan dan dorongan rakan-rakan sehala tujuan
3- memerlukan orang lain
- teman
- kawen
4- terkesan perangainya tanpa disedari
Jangan kawan dengan orang jahat!
- Al-Furqan : 27-29
- An-Nisa' : 140
- Hud : 113
Pengertian ukhuwwah:
Hati-hati, ruh-ruh terikat atas dasar aqidah.
Serendah-rendah: Berlapang dada.
Setinggi-tinggi: ايثار
Syarat-syarat ukhuwwah fillah:
1- ikhlas lillah
2- disertai iman dan taqwa
3- ikut manhaj Islam
4- berpaksikan saling menasihati
5- saling menolong dalam susah dan senang
Hak-hak ukhuwwah:
1- sukakan kebaikan untuknya
2- berusaha memenuhi hajatnya
3- memaafkan dan menutup aibnya
4- setia dan ikhlas 24/7
5- saling membantu
6- memudahkan urusan yang susah
Ni saya baru tambah:
7- tidak mengugut untuk melempang sesuka hati
- kasar itu mesra, lemah lembut itu mulia.
Hehe~
Taktik mengukuhkan ukhuwwah:
1- ucapkan "Ana bihibbik lillah!"
2- smile
3- bersalaman dengan bersungguh-sungguh
4- panggil dengan gelaran yang disukai
5- ziarah dan tanya khabar
6- ucap tahniah ketika dia bergembira
7- empathy [sila bezakan dengan sympathy ye]
8- berusaha memenuhi hajatnya
9- buka ruang untuknya dalam majlis
10- beri hadiah
11- minta dia tolong doakan kita
12- berdoa untuknya tanpa diketahui
13- tunaikan semua hak-hak ukhuwwah
Adakah persahabatan saya dengan kalian berpaksikan ukhuwwah lillah?
Semoga kita sama-sama diberkati.

7 comments:
uhu.
awk, aa~
akak sdg rindukan sahabt2 semasa mula kenal tarbiah..
bace pulak n3 awk..
agak menyentap jiwa!!
adeh.
sakit.
terima kasih kerana mengingatkan :)
"Ana bihibbik lillah!"
"Sila mengambil manfaat"
oh, sungguh penjepunan bahasa berlaku di situ.
Punca:
Penjepunan minda yang kuat oleh anime-anime yang masuk ke dalam pasaran tempatan.
Bukan?
kak fatimah:
ngehehe
saya pun perlu sentiasa diperingatkan juga
terima kasih kak tim
ana bihibbik lillah bardu
p/s: tak perasan saya tertulis in arab mesir. hehe.
hariz:
apekah? bagaimanakah 'sila mengambil manfaat' boleh digolongkan dalam penjepunan bahasa?
walaupun saya tidak nafikan, mmg banyak je anasir jepun dalam kehidupan seharian.
selipar jepun amat selesa.
haha
sepatutnya,
Sila ambil perhatian.
bukan?
ayat sila mengambil perhatian tu banyak je jumpa dalam buku2 shin chan, det conan, dr slump dan juga slam dunk. oh, buku lain malas baca. tak membina sense of humor selaku 6th sense terpenting.
Kuih Jepun pun sodap.
hariz:
benda yang diambil perhatian tidak semestinya diambil manfaat. hehe.
atau bagaimana?
setuju dengan penyataan tuan. sense of humor mmg penting.
kuih jepun tu kuih ape? ala-ala dorayaki ke?
so, sila ambil manfaat ke?
saya tukar sekarang.
kenapakah terdapat perkataan 'lempang' di situ?
0.o
hehe
mengugut nak lempang orang tu agak kasar, tapi diniatkan sebagai tanda mesra.
betul ke? entah. to each his own.
tapi lemah lembut itu lebih mulia.
Post a Comment