Kasr el-Ainy, 31 Oktober - Bahang kemenangan Kelantan meraih gelaran juara Piala Malaysia 2010 turut dirasai anak-anak Kelantan di perantauan dengan 14 orang mahasiswi perubatan tahun 3 Universiti Kaherah bersepakat memakai serba merah sempena meraikan kemenangan bergaya menentang Negeri Sembilan 2 berbalas 1.
"Kami cuba mempamerkan semangat ukhuwwah serta meraikan perkembangan di tanah air," ujar
Nur Hana Akmal, penganjur
Red Hijab Day ketika ditemui. "Ini antara cara untuk mensalurkan semangat anda selain daripada memperkenalkan budaya dan berita Malaysia kepada warga Mesir."
Beliau turut menafikan semangat asobiyyah negeri Kelantan yang diwar-warkan pihak tertentu dengan menyatakan bahawa
Red Hijab Day turut disertai anak-anak negeri Melaka, Perlis, Selangor dan Kuala Lumpur.

Red Hijab Day.
Menjawab pertanyaan wartawan, sambutan ini bukan sahaja tertumpu kepada rakan kuliah di Universiti Kaherah malah turut disebarkan kepada
sahabat di Canterbury, UK dan senior-senior di Universiti Ain Shams termasuklah memonopoli senior yang sedang
study leave untuk peperiksaan akhir.
Di Kelantan pula, sambutan ini bertambah meriah dengan pengumuman 31 Oktober sebagai cuti umum oleh YAB Menteri Besar disamping merayakan 20 tahun pemerintahan negeri di bawah Parti Islam Malaysia (PAS).