بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Friday, April 17, 2009

Yuuno's Day Out

"Okay, buku Physio, pen... Orait, Yuuno, jom."

Aku memandang dia yang sedang tersengih mencangkung di sisi penghadang kayu kandang yang sering menyekat kebebasanku.

Atiqah cakap dengan aku ke? Aku sambung mengunyah salad.

Tiba-tiba, aku terasa diri aku diangkat. Aku mencakar-cakar angin meminta dilepaskan. Tak suka lah, lepas!~

Budak itu meletakkan aku ke dalam kotak yang tersedia beralaskan daun anggur yang hampeh tak sedap. Aku memandang sekeliling. Sempit siot.

Oh, ada salad. Aku mula menghampiri salad-salad tersebut.

Aku terhenti dan merenung Atiqah yang asyik tersengih je.

Ceh, nak buat baik ye? Elok sangat la tu.

"Hari ni kita nak pergi taman. Ikut tau."

Dengan itu, dia separa menutup kotak sempit ini. Dan aku kegelapan.

Oi, apa ni?!

---

Atiqah membuka kotak dan mengangkat aku. Hah, tahu pun. Penganiayaan betul.

Dia letakkan aku di atas tanah.

Eh? Tanah? Rumah kita mana ada tanah.

Aku menjenguk sekeliling. Kelihatan ramai manusia. Eh, pokok ke tu? Wah, daun!~ Jom ke sana!


Aku mengeluarkan kepala. Mendongak. Budak itu masih lagi tersengih. Aku berjalan beberapa langkah.

Dia tak halang. Kedengaran manusia bersorak.

Ceh. Mesti mereka ingat kami kura-kura sekadar batu yang makan salad je, kan? Ape r.

Baik, mari lari!~ Atiqah bukan baik sangat pun.

Tiba-tiba...


"Yuuno jangan pergi jauh sangat."

Oi, lepas r! Aku mencakar-cakar angin. Lepas lepas lepas r!

Dan dia meletakkan aku di sebelah dia. Aku bangun dan berjalan kembali.


"Yuuno, orang dah kata dah kan. Nanti hilang susah pulak."

Atiqah ni kecoh r. Aku mencakar-cakar dia. Rasakan kamu!

Dia tak rasa apa-apa. Oi, aku tengah mencakar, bukan menggaru! Kamu patut menjerit kesakitan!

Dia menyentuh kepala aku. "Dengar tak?"

Aku terdiam. Ye, mak.

"Cat cengkerang tu warna pink baru tahu. Takde la susah nak mencari nanti."

Aku memandang dia dengan pandangan tidak puas hati.

Dia meletakkan aku kembali. Tak nak r main dengan kamu.

Dan aku menuju ke arah seorang budak comel. Aku memandang dia.


Hai, saya Yuuno. Mahu berkenalan?

Dia menjerit.

Woi, apa ni? Tak pernah nampak kura-kura ke?

Atiqah ketawa.

Aku bergerak menghampiri budak itu.

Dia menjerit dan berselindung di belakang mak dia.


Gasak r. Aku terus berjalan pantas menuju jauh dari Atiqah.

Sunday, April 12, 2009

Imarah 11: To Obtain The Soul

Baiklah, semua. Ini projek musim panas kami. Doakan segalanya berjalan lancar, ye.

BPP presents

A blood-curling epic thriller


Imarah 11
To Obtain The Soul

Director:
To be announced

Writer:
Haru Mitsui

Release date:
Summer 2009, bi iznillah

Genre:
Thriller, horror

Tagline:
The hunt never ends. Where it starts.

Plot:
"Cut it. It is long."

"This is my hair, missy bossy."

"It's an eyesore."

He laughs. "Suck it up, then."

His hair is his soul. His pride and joy.

Too bad for him, it's her demise.

Cast:
Hafiz Adam as himself
Jackster as himself
Radin as herself
Boisterous juniors of Imarah 11 as themselves
(Ketua imarah yang dimuliakan dikecualikan)

---

Nantikan dengan penuh kesabaran. Sekian.

Study first, summer later.

Wednesday, April 08, 2009

Persaudaraan itu Indah

Sedang saya membelek kembali nota-nota dalam perancangan saya untuk menakluki dunia, saya terjumpa bahagian ini.

Perkongsian bersama. Sila ambil manfaat.


Kepentingan teman yang soleh:
1- kita tidak mampu membuat sesuatu itu berseorangan
- impian masyarakat
- tugas-tugas keagamaan
- kewajipan ekonomi

2- asas dalam kehidupan
- menuju puncak ketaqwaan dengan bantuan dan dorongan rakan-rakan sehala tujuan

3- memerlukan orang lain
- teman
- kawen

4- terkesan perangainya tanpa disedari

Jangan kawan dengan orang jahat!
- Al-Furqan : 27-29
- An-Nisa' : 140
- Hud : 113

Pengertian ukhuwwah:
Hati-hati, ruh-ruh terikat atas dasar aqidah.
Serendah-rendah: Berlapang dada.
Setinggi-tinggi: ايثار

Syarat-syarat ukhuwwah fillah:
1- ikhlas lillah
2- disertai iman dan taqwa
3- ikut manhaj Islam
4- berpaksikan saling menasihati
5- saling menolong dalam susah dan senang

Hak-hak ukhuwwah:
1- sukakan kebaikan untuknya
2- berusaha memenuhi hajatnya
3- memaafkan dan menutup aibnya
4- setia dan ikhlas 24/7
5- saling membantu
6- memudahkan urusan yang susah

Ni saya baru tambah:
7- tidak mengugut untuk melempang sesuka hati
- kasar itu mesra, lemah lembut itu mulia.

Hehe~

Taktik mengukuhkan ukhuwwah:
1- ucapkan "Ana bihibbik lillah!"
2- smile
3- bersalaman dengan bersungguh-sungguh
4- panggil dengan gelaran yang disukai
5- ziarah dan tanya khabar
6- ucap tahniah ketika dia bergembira
7- empathy [sila bezakan dengan sympathy ye]
8- berusaha memenuhi hajatnya
9- buka ruang untuknya dalam majlis
10- beri hadiah
11- minta dia tolong doakan kita
12- berdoa untuknya tanpa diketahui
13- tunaikan semua hak-hak ukhuwwah


Adakah persahabatan saya dengan kalian berpaksikan ukhuwwah lillah?

Semoga kita sama-sama diberkati.

Tuesday, April 07, 2009

Stray Cat #2


This is me right now.

Please stay away for fear of rabies.

Especially if you are:
- the stinking humanoid with the obtusest statement ever.
- our landlord
- Rodhi

Unfortunate commoner who happens to stumble by may just be lempang-ed.

Enough. I'm out.


Edited tiga minit kemudian:

Huh. Manusia membuatkan saya bengang, dan manusia juga menenangkan saya.

Dimanakah sifat syukur pada nikmat pada ketika sedang marah ini?

Insaflah.

Friday, April 03, 2009

Kempen Kuih Keria untuk Semua

Kempen Akhlak Mulia
untuk Semua

Fasa pertama: Berbuat baik sesama jiran.

Dianjurkan oleh:
Briged Rakan-rakan Yuuno

Tarikh:
1 dan 2 April 2009

Tempat:
Haret Sayyeda Zainab


1.0 Pendahuluan:

1.1 Akhlak mulia adalah manifestasi kemantapan iman seorang Muslim. Ianya jauh lebih berharga dan dihargai daripada pakaian emas mahupun keputusan peperiksaan yang mumtaz bi sharaf.

1.2 Pelajar-pelajar perubatan, khususnya pelajar Melayu di Haret Sayyeda Zainab turut tidak ketinggalan dari berakhlak mulia sebagaimana yang diajurkan Al-Quran dan Sunnah.

1.3 Pun begitu, akhlak mulia ini sekadar diamalkan sesama masyarakat Melayu di Mesir ini sahaja, seterusnya mengabaikan kewujudan komuniti Arab di kawasan Haret Sayyeda Zainab ini.

1.4 Berikutan sikap ini, banyak salah faham yang telah timbul antara masyarakat Melayu dan masyarakat Arab lantas menjadi pencetus kepada usaha menghidupkan kembali amalan berbuat baik sesama jiran.

2.0 Objektif

2.1 Menggalakkan pengamalan akhlak mulia di dalam kehidupan.

2.2 Memupuk semangat cintakan Rasul sepanjang zaman dengan mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.

2.3 Membina hubungan baik antara penghuni Imarah 11 dengan jiran-jiran Arab di sekitar.

2.4 Meningkatkan kualiti kehidupan penghuni Imarah 11 dan jiran-jiran setempat.

2.5 Memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat Arab.

2.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab Ammiyah Mesir dengan berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

3.0 Anjuran
Briged Rakan-rakan Yuuno

4.0 Tarikh perlaksanaan
1 dan 2 April 2009

5.0 Lokasi cadangan
Imarah 20, Haret Sayyeda Zainab

6.0 Sasaran
20-30 orang jiran yang sering berlegar-legar di hadapan Imarah 11.

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengarah
Nur Atiqah M. H.

Unit Tugas-tugas Khas
Khairunnisa A. R. (Ketua)
Nur Atikah S. I.

8.0 Bidang tugas

Pengarah
1. Mengatur dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana
2. Memastikan setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik dan teratur
3. Mengetuai proses perancangan dan perbincangan dasar program
4. Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara jawatankuasa dengan pihak luar

AJK Tugas-tugas Khas
1. Melaksanakan apa sahaja yang diarahkan Pengarah

9.0 Pelan tindakan

1 April 2009
Membeli keledek dan tepung.
Mengopek keledek.
Merebus keledek.
Melenyek keledek.
Menguli keledek dan membentuk kuih keria yang presentable.
Menggoreng keledek.

2 April 2009
Menyira kuih keria.
Memberikan kepada jiran sebagai tanda ‘We come in peace’.
Membincangkan isu-isu social setempat bersama jiran tetangga.

10.0 Anggaran belanjawan

11.0 Penutup

Semoga apa yang direncanakan dalam kertas kerja ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dengan pertolongan dan izin daripada Allah S.W.T. demi mencapai semua objektif yang digariskan.


Disediakan, disemak dan disahkan oleh;


…………………………………..
(NUR ATIQAH M. H.)
Pengarah,
Kempen Akhlak Mulia untuk Semua.


12.0 Feedback

Ada budak datang rumah aku dengan linangan air mata.

Budak-budak gila depan imarah mengganas lagi. Kali ini di bawah sinaran mentari di pagi hari.

Aku bengang. Aku tak suka perbuatan mereka yang buat budak perempuan menangis. Dan aku tak suka sebab aku tak tahu nak buat apa lagi.

Nisa putuskan supaya tidak payah memberi kuih kepada jiran-jiran kami yang siot.

Nampaknya kempen aku sudah gagal.

Saturday, March 28, 2009

KPI 2: A Journey towards Amendment

We had our second installment of Kursus Pengenalan Islam for First Grade of Cairo just now. The hall was merely half-filled with participants, considering the event was held in the spacious Ain Shams University Conference Center.

It started late, as usual. Surely we need a good tadabbur of Surah Al-'Asr.

Proceeded with the recitation from ex-boss Akmal.

And the ever volatile person I was, I stared off space with watery eyes as he recited the last part of Surah Al-Furqan.

والذين لا يشهدون الزور واذا مروا باللغو مروا كراما
Those who witness no falsehood, and, if they pass by futility,
they pass by it with honourable (avoidance).
(Al-Furqan : 72)

Ira, my dearest in Jordan, once pointed out the irrationality behind reacting to people's stupidity. Sadly, I've been against her advice lately.

I am so sorry.

Enough self-reproach; let's get down to business.

The first segment entitled Pengurusan Rohani dalam Kehidupan Pelajar Muslim saw the ustaz discussing the importance of rohaniyyah management, among other things.

The second segment, a much awaited topic of Kebejatan Sosial: Apa Peranan Kita? saw me losing focus. I listened to the recitation of Surah Al-Kahfi while browsing the net instead.

Such a genius, am I not? Urgh. My loss.

The third segment was a briefing with PERUBATAN's Unit Bait Muslim. Frankly speaking, I can't help smirking all through the segment.

It was relatively illuminating and I was really looking forward for some form-filling at that moment as my hands were itching already to write down the qualities I want in a spouse.

Alas, no forms to be filled.

I might as well write it down here. I'd like someone much more matured than me, please.

You have my consent to laugh.


Next was from Jabatan Keselamatan Sosial Islam [JAKSI]. I didn't really get what JAKSI was all about, until he said, "Turut dikenali sebagai Unit Hisbah."

Oh, the irony. Today seems to be the day of amelioration.

Either way, it was greatly helpful. I gained new insights on how things work in the Malaysian community in Egypt, thus enhancing my gratitude towards the lot.

Let's not be a pengkufur nikmat.

And remind me to send the unit a full-length email for consultation. I can't have those suddenly atrocious kids wielding their horny hands up our lives any longer.

There should be a limit to harassment.

Finally, we had an open debate on Kebejatan Sosial: Salah Siapa?. It was fun watching people devouring with enthusiastic speech, laid albeit not-so-carefully with facts.

I was with the Community team, so we ganged up to lay the blames on Parents and Individual.

Ellya was great! She synchronized our points and rebutted with style. Well, nothing least should be expected from her in the first place.

In the end, it's actually useless to blame anyone for whatever social problem we are faced with. We all have a part to play. So play them well.

Though I can't help but point out how greatly the situation is affected by one's ability to judge good from bad. "Seorang yang mantap pasti dapat memperoleh kebaikan walau dalam situasi seburuk mana sekali pun."

Abang Hafiz recorded the whole program on tape. Let see when we can grab a hold of one copy.

Overall, the program was highly informative with topics mostly covering our responsabilities in a community and how to memantapkan diri towards that goal.

It was also a good escape from Respiration.

Now I need to get back to my studies.

p/s: I've decided to write my blog my own way, instead of copy-pasting a dictionary. Hah.

Thursday, March 26, 2009

Cutting off Ties


Definition:

cut
· v. (cutting; past and past part. cut)
1) make an opening, incision, or wound in (something) with a sharp tool or object.
2) remove (something) from something larger by using a sharp implement.
3) divide into pieces with a knife or other sharp implement.

In Bahasa Malaysia, it translates into memotong or memutuskan.

ties
· n. (pl. ties)
1) a thing that ties.
2) a strip of material worn around the neck beneath a collar, tied in a knot at the front.
3) a rod or beam holding parts of a structure together.

In Bahasa Malaysia, it translates into hubungan.

By:

Not asking for their help with the sincere intention of not to burden them anymore. Other aspects, hopefully, will not change.

Consequences:

1) Belajar berdikari dengan sebenar-benarnya.
2) Menyusahkan diri sendiri.
3) Dilabel manja, melebih-lebih dan mahukan perhatian semata.
4) Kalau terpaksa, maka senior la menjadi mangsa.

Sah ada seorang je senior menjadi mangsa. Aduh. Segan r nak balik rumah dekat Malaysia macam ni.

Penat r. Okay. Jom sambung study.

Monday, March 23, 2009

Kempen Mushrif Untuk Semua

Kali pertama perasaan benci pada orang Arab timbul.

Depan mata, sahabat seimarah dikacau segerombolan budak-budak lelaki Arab.

Geram teramat geram.

Sebab mereka berdua sahaja pada waktu itu dihadapan imarah yang memang sedia gelap pada waktu malam.

Sebab pintu imarah jam pulak tengah-tengah saat genting sebegitu.

Sebab bilangan kami yang bertujuh [saya pulang bersama empat lagi rakan menjadikan kami semua dihadapan imarah seramai tujuh orang] tidak melunturkan semangat budak-budak siot itu dari mengganggu kawan-kawan saya.

Sebab herdikan dengan bahasa yang jelas difahami orang Arab, hempukan dan penghalauan pergi oleh saya sekadar menambah petrol ke atas api.

Sebab herdikan dan hempukan terpaksa diminimakan sebab RAMAI JE ORANG DEWASA ARAB DEKAT DEPAN IMARAH WAKTU TU! For God sake, gerai kibdah depan imarah bukak je! Dan kedai ahwah, kedai runcit, kedai emas... to name just a few!

Sebab hati terdetik, andai kaum Adam yang marahkan budak-budak tadi, adakah reaksi mereka akan berbeza?

Sebab ada juga budak imarah yang respon, "Ala, budak kecil je."

Sebab diri terasa helpless.

Sebab bila chatting dengan Ruqayyah, dia kata mereka turut diganggu namun dibantu pakcik jiran yang menyimbah air dekat budak-budak tu.

Sebab saya masih lagi tidak bertenang.

Sebab perkara ini sepatutnya boleh dielak.

Sebab tombol pintu imarah tu selalunya smooth je. No prob at all.

Sebab saya masih lagi, astaghfirullah, masih lagi tidak bertenang.

Sebab suara saya terus naik dengan orang yang ambil ringan benda ini.

Sebab saya terasa sifat Choleric diri semakin menebal dan menebal dan menebal.

Sebab saya risaukan mereka.

Sebab saya penat apabila sampai imarah, dan benda ini pula yang berlaku.

Sebab mata saya pedih sekarang ni. Pedih nak menangis. Dasar perempuan.

Sebab saya berkasar dengan kanak-kanak. Mereka yang sepatutnya dihempuk tadi adalah orang dewasa yang buat dunno.

Saya patut tukar tombol imarah esok.

Saya patut pasang lampu dekat depan imarah. [Apa jaminan mereka tidak akan menjahanamkan lampu itu nanti? Pintu imarah sudah berlubang berkat usaha gigih mereka. Duit imarah bukannya duit saya.]

Saya patut pergi kelas Quran malam esok. 1930 hingga 2130. Saya tak tahu kenapa kelas kami lewat sangat. Rub3ah bukannya tempat yang dekat untuk pergi malam-malam. Dan saya masih lagi belum habis menghafal apa yang sepatutnya dihafal.

Saya patut menggadaikan ego dan minta bantuan orang sekali sekala, demi keselamatan jangka panjang bersama.

Saya patut tidur sekarang.

Harap benda buruk tidak akan berulang lagi. Dan harap tiada yang mencabar benda buruk dari berlaku lagi.

p/s: Siapa yang saya benci sebenarnya? Bila dibaca kembali list mengapa saya tidak tenang malam ini, terang lagi bersuluh bukan orang Arab yang saya benci.

Sunday, March 15, 2009

Capriccio of Hours

And (the unbelievers) Plotted and planned, And Allah too planned,
And the best of planners Is Allah.
(Al-Imran : 54)

Enough said.

0500: Homework Al-Diwan

Bangun pagi dan khidmat diri. Membakar almari dengan renungan memikirkan riwayat baju kurung yang tiada tudung yang sepadan.

0800: Physio lecture

Breakfast sambil preview Circulation.

Fuul. Hmm. Takde la sedap sangat.

1000: Histo lecture

Siapkan lukisan Histo sambil menjawab soalan lecturer. Do not try this at home.

1200: Histo practical

Siapkan homework Al-Diwan sambil menyahut dan menyoal lecturer.

Kelas habis setengah jam lebih awal. Mari melapah syawarma!

1430: Arab ammiah di Al-Diwan

InsyaAllah kelas akan bersurai jam 1700. Sms untuk mendapatkan khidmat mushrif mengiringi perjalanan ke Rab3ah usai kelas nanti.

"Tolong tunggu kat Metro pukul 5.30pm, ye?"

1700: Ziarah big boss

Kelas arab tak habis lagi. Bila Cik Asma' nak tamatkan kelas ni?

1730: Bertolak ke syarahan qiraat ganti di Rab3ah. [which starts at 1700]

Kelas tamat. Berlari ke Metro.

Mushrif! Sila tunggu!

1740: Tiba di Metro. Feen pak cik-pak cik Mushrif?

Beli tiga tiket siap-siap. Call mushrif. Siot. Mereka fit toriik.

1800: Bertolak dari Sayyeda Zainab ke Ghamra. Menaiki mikrobas ke Rab3ah.

1830: Tiba di Rab3ah. Nak nangis rasa. Kelas ganti syarahan qiraat berakhir jam 1900.

1840: Sampai ke pintu rumah ustazah. Loceng ditekan. Pintu dibuka.

Mereka baru sahaja tamatkan syarahan.

Wargh!


1900: Pulang ke Sayyeda.

Kak Battah ajak datang ke rumah dia. Kalau ikut jadual, saya free sampai pukul 2100.

Okay. Tersenyum tanda setuju.


2100: Study Physio

Makan keropok dan belek-belek tudung yang Kak Battah dan Kak Nik jual.

2130: "Terima kasih. Lain kali kami datang lagi!"


2200: Study Histo

Memulakan perjalanan kaki pulang dari Metro Sayyeda Zainab ke Imarah 11.

2215: Tiba di imarah yang gelap. Tersentak buat kali yang entah keberapa. "Alamak! Tak ingat nak tukar lampu!"

2230: Makan malam.


2300: Muhasabah dan bersiap untuk tidur.

Macam mana nak tidur bila baru je makan? Haish.



Can't make this a habit.

p/s: Bagi yang tak faham, bolded was what the author planned on doing. Italicised was what the author did.

Wednesday, March 11, 2009

Duulab: Case Closed.

Dah beli almari. Akhirnya.

Terasa nak buat kenduri kesyukuran pulak.

Pergi selepas Isya' beberapa hari lepas. Bersama Nisa dan seketul mushrif yang lucu.

Maka, tamatlah chapter almari di dalam kehidupan saya di Mesir ini.

*smiles* We're going to have an amazing 6-years-and-a-half together, aren't we?

---

Okay, I admit I am skema. Like one of my colleagues said, "Skemarama."

I can't get anything done without laying them all on the table. It's hopeless.

I've just printed an hourly sheet of my week, with tiny columns to jot down what I'm planning on doing.

And I'm doing the same for my complex monetary issue.

Let's not go there. Not really keen on doing so.

Btw, we had our batch meeting yesternight. They elected me as next-year's AJK Perumahan batch.

Pergh.

Let's see where this leads us. I can't think forward when I'm stuck by simple present issues.

I'll get there, someway.

Once I write down my weekly timetable. Argh, my skema-ness is killing!

To help me feel better, a senior told me, "Skema itu tangga kejayaan." with such smiles I was automatically motivated and continued reading that blasted English textbook.

Like, no one really read that book, right? I'm just doing it out of respect for ilmu and of course, my skema-ness.

I'm sure the world will prosper with more people like me.

Sunday, March 08, 2009

Manifestasi Kementahan

"Ketua yang baik adalah yang nampak macam tak buat kerja, tetapi kerja berjalan."

"Huh? Maksud awak apa?"

"Maksudnya, dia pandai mengatur dan memberi arahan. Ketua kena pandai organize; bukan dia sorang je yang buat kerja. Kalau dia sorang je buat kerja, apa fungsi organisasi?"

"Oh. Perli saya ek?"

"Manade. Sekadar kongsi je. Kita kan kawan."

Ketawa.

---

Zaman kanak-kanak hingusan yang lampau, memang diri ini 24-7 ditegur dek sering buat kerja sorang-sorang.

Mungkin di sekolah, teguran diterima macam span. Soak up and spill them out.

Di INTEC, hah. Lucu juga mengenangkan respon saya terhadap nasihat daripada mereka yang mengambil peduli.

"Oh, terima kasih atas nasihat." Senyum macam kucing dan tunduk hormat sedikit. "Pergi dulu, ye." Pusing, short salute, lari.

Di Mesir, lagi lucu. Dah berusaha men-delegate tugas sehabisnya. Tapi mungkin saya tak berusaha sekuat yang sepatutnya.

Biasa r. Step by step and I'll finish it my way. [Ni ayat pengelat.]

Buat kerja sorang-sorang ni best sebab satu je. We're the boss and we're the worker. We know what we want and we know what we should do.

Relaying said information to second party can be a pain since human are carved at different wavelengths.

[Again, ni ayat pengelat. I deserve a good smack up my stiff head.]

Kesan buruk buat kerja sorang-sorang pula ada banyak. Antaranya termasuklah:
1) Tak sempat nak buat semuanya. Even benda priority pun akan terlepas pandang [Family ties, studies, etc].

Bak kata orang dulu-dulu [او كما قال]:
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

2) Kerja yang siap [kalau siap la] akan menjadi cincai. Banyak loopholes. Akan rasa menyampah di kemudian hari memikirkan "I could have done better."

Dimanakah akhlak seorang Muslim pada ketika itu?

3) Masyarakat setempat akan menyampah dengan anda. Jika anda bernasib baik, anda akan dihujani dengan rasa kasihan dan simpati.

4) Dan paling tak best sekali. Terasa kesunyiaan.

Dan major loophole apabila kesunyiaan adalah takde orang nak tolong kejutkan kita dari lamunan duniawi bila iman mula menghakiskan diri.

Rasulullah mengajar sifat ihsan, kan? Buat setiap benda seperti Allah nampak kita mengerjakannya. Tak pun, sedarlah yang Allah sentiasa perhatikan gerak geri kita.

Tambah pulak dengan خشية الله. Lagi takut kita kepada Allah, lagi berkejaran kita ke sisiNya.

Maka seharusnya buat semua benda dihadapan Tuhan kita yang kepadaNya semata kita mengharapkan segalanya dengan bersungguh-sungguh. Senang cakap, do your best.

And no, doing your best does not mean doing it alone.

Don't walk in front of me; I may not follow.
Don't walk behind me; I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

-Anonymous-

Bullseye.

But first, you've got to be someone else's friend, right?

---

"Daripada susahkan orang lain, saya lebih rela susahkan diri sendiri."

"Mengarut betul. Pernah dengar istilah 'minta tolong'?"

p/s: Teringat zaman purba dulu. SMI Aman, saya rindukan kamu.

Sila sediakan karpet merah menyambut kedatangan saya, ye.

Tuesday, March 03, 2009

Bringing Him Home


Hari ini kami pergi membeli kura-kura.

Kedai ianya berada amat sadis sekali. Anjing-anjing saling menyalak, kucing-kucing pasif di dalam kandang and kura-kura berasak-asakan sesama sendiri.

Dalam kedai, lagi la. Ada seekor anjing putih menyondolkan diri pada kandangnya seorangan. Bulunya tidak terurus. Kelihatan seperti tidak sihat.

Dahsyat r kedai tu. Maka kami niatkan ke kedai tadi sebagai 'Operasi Menyelamat Kura-kura.'

Berikutan harga kura-kura yang sedikit lari daripada bajet sebilangan kami, maka hanya saya sahaja yang membeli kura-kura tadi.

Terasa gembira. "Nak call semua orang la. Nak bagitahu dah beli kura-kura."

"Macam dapat anak." Ara ketawa.

Bersemangat saya beli playing mat untuk dia. Juga membeli blok-blok binaan rumah supaya Yuuno boleh bermain nanti.

Dah beli baru saya teringat. Kura-kura tidak bermain dengan building blocks.

Saya dah susun blok-blok menjadi rumah ladang. Ianya saya ubah supaya menjadi bekas letak alat tulis di atas meja study saya.


Yuuno ini bukanlah seperti Percy si red-eared slider yang kami pelihara di Malaysia dulu. Ianya kura-kura darat, bersisik kepala dan limbsnya dan saya rasa, ianya desert tortoise.

Rasa. Assume. Agak. Entah la. Kalau salah?

Dan sebab suhu sekarang masih lagi sejuk, kebanyakan kura-kura darat masih lagi dalam fatrah hibernation. Dan itulah yang si Yuuno buat sejak kami menyelamatkannya dari kedai tadi.

Saya rasa, Yuuno betina. Tetapi bila fikir semula, ekornya macam panjang sikit dan ianya terselit ke sisi.

Yuuno tengah tidur sekarang. Tak sampai hati nak kacau semata-mata nak periksa ekor dia.

Esok je la.

Kak Insyirah pesan, jangan zalimi binatang. InsyaAllah saya akan jaga Yuuno baik-baik.

Lagipun, dia dah ada ramai kakak angkat kat sini. Sarah, Anah, Umai, Syaimaa', Nisa and the rest dah volunteer nak tortoise-sit dia kalau saya tak sempat.

Hehe.

p/s: Teringatkan Percy yang melarikan diri dulu.

Edited 080309, 1558 hour

I'm reposting this post. Something happened and Yuuno has proven once and for all that he is a male.

Saturday, February 28, 2009

Mortal Student

Kelas Tajwid terbaru di Bait Hanan. [betul ke? Kantoi tak ingat nama rumah jiran.]

"Faham ke, mereka-mereka yang tak datang kelas minggu lepas? Syuhada? Syaimaa? Atiqah?"

Saya segera mengangguk dan menutup separuh muka dengan lembaran tajwid. Saya datang r kelas minggu lepas, kak.

Kantoi selalu ponteng kelas.

---

Cuaca tidak menyebelahi saya kali ini.

Paru-paru tidak sihat. Kerongkong juga.

Hari pertama, demam kebah dengan tidur. Hari kedua, buat-buat tidak perasan.

Hari ketiga, iaitu hari ini, saya tewas.

Sudah makan Panadol? Along pasti akan tanya. Sudah tentu la belum. Siapa nak makan benda pahit tu?

Lagipun, immunity badan perlu dilatih sekali-sekala. Ah, I can the word 'bongok' flashing through your mind.

Mulanya ingin ponteng kelas Al-Quran, tetapi kaki automatik je berjalan menunggu bas.

Saya kantoi dengan ustazah tadi. Kalau tersengguk sahaja, tidak mengapa. Tetapi kepala saya terjatuh terus ke atas meja.

Memalukan Maryam sahaja.

Masuk hari ini, sudah tiga hari berturut-turut saya pulang dari kelas dan terus mencampakkan diri di bawah lihaf.

Dan hari ini juga, hari ketiga saya memakai sweater di dalam rumah semenjak pertengahan musim sejuk yang lalu.

Selepas ini ada kelas Ustaz Syed Kadir di Imarah 9.

Kak Bella suruh pergi, menggantikan SC kami pada minggu ini.

Pergi je la. Dekat sangat pun.

Ingin sahaja ponteng dan tidur awal malam ini, tetapi kalau masih mampu berlegar-legar dan mengemaskini blog, sudah pasti masih mampu menghadiri majlis ilmu, kan?

Kak Khadijah [KD] yang akan pulang ke Malaysia malam ini berpesan,

"Jangan beri alasan untuk menjadi lemah."

Sudah lama saya tak bagi alasan. Agaknya. Sebab saya tak pasti apa perbezaan alasan dan sebab.

Ada pemikir abstrak yang boleh tolong jawab?

Edited 2246 hour

Selamat kembali bertiga ditemani mushrif. Shukran walau siapa pun anta.

Perbincangan kitab Bidayatul Hidayah tadi menarik dan membuka minda saya terhadap ibadah solat kita yang seringkali dipandang enteng dengan ustaz mengupas bab Adabul Imam wal Qudwah.

Perbincangan kitab seterusnya yang dimulakan pada 2130 jam pula... maaf, saya syahid.

Nadiah beri keizinan untuk saya menggunakan dirinya sebagai bantal dan dia sahkan saya demam. Haha!~

Baiklah, saya bersikap kebudak-budakan.

Seronok bila boleh bersandar pada orang lain.

p/s: Internet imarah kami tak settle lagi. Haha, lembab betul siput ni buat kerja.

Sunday, February 15, 2009

Duulab: The End

Tak senang duduk.

Terasa nak balik. Tapi kalau balik, apa yang boleh saya buat?

Tidak mahu bermadah panjang dan membuang lebih banyak masa. Teruskan hidup, budak.

Tadi, tiga kali berulang alik ke pasar Sayyeda Zainab untuk membeli almari bersama Radhi dan Lin.

Terasa selesa dapat keluar. Bukan selalu ada alasan untuk keluar.

Walaupun saya mengharapkan yang terbaik untuk diri saya, saya masih dapat menjangkakan bahawa keluar hari ini tidak akan membawa sebarang hasil.

Selain daripada kaki seluar saya kotor tempias lopak air di pasar, saya pulang ke rumah dengan tangan kosong.

Sedangkan mereka berdua sudah pun bertemu jodoh dengan almari yang diidami.

Fuh.

Dah hampir empat bulan bertapak di Imarah 11. Sedangkan beg kargo jiran-jiran sudah mula mengumpul debu Sahara di bawah katil, saya punya masih lagi berfungsi sebagai tempat menghumban [maksud saya, lipat dan letak elok-elok] pakaian.

Saya dan Cik Duulab memang tiada jodoh, kan?

Rasanya, semua orang dah ada almari. Maka saya kehabisan idea untuk mengajak siapa untuk diajak teman untuk membeli almari.

Saya bukanlah jenis yang pandai membeli-belah benda-benda besar bersendirian. Berteman sudah pasti diperlukan agar saya tidak menyesal dengan pembelian.

Hah. Apa dah jadi, ni?

Terasa diri semakin hopeless.

Terasa diri semakin merosot.
Haru & Associates