bila saya jumpa kesilapan tatabahasa, ejaan, susun kata, apa-apa la yang saya perasan dalam sebarang penulisan PERUBATAN atau mana-mana web, benda yang saya buat adalah:
1- senaraikan kesilapan tersebut
2- cadangkan apakah pembaikian yang sepatutnya
3- PM kepada orang yang bertanggungjawab
atau kalau benda tu bawah bidang kuasa jabatan liputan atau kesilapan jabatan lain yang memang gila obvious atau saya ada kesempatan kerajinan dan masa, kadang-kadang saya log in dan terus baiki. save, siap. maklumkan kepada orang yang bertanggungjawab apa yang saya edit. setel.
sebab saya mampu, maka saya berusaha untuk mudahkan kerja orang. tidaklah saya bersikap komen komen komen tak puashati tak puashati tapi haram tak produktif pun. yang penting, ada perubahan yang kita buat.
dan inilah antara aktivisma praktikal yang seharusnya kita buat sementara bercita nak syahid di gaza. kan kalian semua ahli perubatan baru je habis berseminar.
---
mediaperubatan adalah sekumpulan budak medik, dentist, pharmacy yang sedang belajar bermedia melalui persatuan pelajar-pelajar perubatan malaysia mesir. major kita dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi masing-masing. kita bukan pekerja media prima, bukan ambil major language atau komunikasi.
sila serap benda ini menjadi kefahaman sebenar-benar kefahaman. bila dah bekerja bersama dalam mediaperubatan, kita semua perlu saling tolong-menolong. kalau tak sempat nak tolong pun, at least alertkan terus kesilapan orang lain sebolehnya sebelum orang bukan media yang tegur.
bila orang bukan media hentam kesilapan kali ini, saya takde masalah. sebab memang salah saya selaku editor yang bertugas tetapi saya away without leave padahal tiada siapa yang ada untuk menggantikan saya. benda ni memang dijangka akan berlaku dan saya menerimanya dengan senyuman girang, betulkan kesilapan saya dan minta maaf.
yang membuatkan saya tidak gembira adalah mereka yang kononnya bekerja bersama tetapi memberitahu kepada kami (saya?) apa yang patut kami (saya?) buat dalam keadaan sekadar memerhati dan mengomen dan tidak mengetahui kondisi kerja kami. orang yang bekerja sekali akan mengetahui bahawa media tak pernah cukup orang. bila cuti, lagi la tak cukup orang. saya tak boleh terima orang yang merendahkan moral rakan sepasukan. orang luar hentam, dimaafkan. orang dalam? oh tidak sama sekali.
---
kak radin rekrut saya masuk mediaperubatan semasa minggu pertama saya di mesir, asalnya sebagai jurugambar. tetapi assignment saya yang pertama merupakan temuramah kak battah selaku senior yang akan BFG (back for good) pada masa itu maka dikenalilah saya sebagai wartawan.
tahun tiga, saya pegang sebagai timbalan ketua jabatan liputan dan semakin kurang meliput sebaliknya lebih kepada news editing. tahun empat dan sekarang, wartawan makin ramai maka makin kecil tugasan saya. lebih aktif berbincang penetapan isu apa ingin dikupas pabila ada majlis besar dan menemubual orang-orang. kadang-kadang saya sendiri buatkan berita kalau saya seorang je krew jabatan yang ada pada event tersebut, atau temubual subjek yang saya rasa menyeronokkan.
hampir lima tahun. antara sebab saya stay adalah abang hafiz (dinmat) yang menyeronokkan
 |
| mesti bapis marah saya screencap dia sekali lagi. nanti saya belanja cupcake ya. |
dan junior-junior yang perlukan kasih sayang hahah. di sini jugalah saya belajar berkomunikasi dengan ramai orang dan mendapat tunjuk ajar daripada super senior yang saya kira menjaga saya sejak saya tahun satu lagi.
this feeling is called gratitude, i have a strong sense of belonging and loyalty. i am having fun. please have fun with me.