Dedicated to the sometimes [always] senile Atiqah; a lesson for her to avoid being a jerk next time. Please be warned that this post is one long soap opera.Sekarang dalam fatrah imtihan, but that doesn't mean the patience-challenging pathological condition of our imarah takes a break as well.
Dalam ketika saya singgah sebentar di sebuah rumah, penghuninya menyerbu saya dengan "Atiqah, tahu dah ke sakhonah kitorang terbakar?"
"Macam mana saya nak tahu? Korang ada bagitahu ke?"
No one should expect me to memorize verbal complaint like that. Least when it was told one at a time.
Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku berulang kali sehingga menipiskan my already volatile patience membrane, saya pun menaikkan notis di dalam lif [tempat semua orang boleh nampak] kira-kira jam 12 tengahari, 7 Januari 2009 yang lalu.
Saya meminta mereka untuk tolong tuliskan laporan lengkap kerosakan rumah dan submit kepada saya selewat-lewatnya Jumaat, 5 petang, 9 Januari 2009.
I mean, saya pun perlu study juga. Tujuan utama JPA menaja saya ke Mesir ini adalah untuk belajar perubatan di Kasr el-Ainy Medical School. Kan, Encik Hazam, kan?
Dengan adanya laporan bertulis lengkap 'A-Z. Pathological.' dari mereka, insya-Allah tugas mengatur pembaikian akan lebih tersusun dan mudah. Mereka happy, saya pun lega, kan?
Study pun senang bila dah tak ada benda kacau.
Dan 5 petang, 9 Januari 2009 pun berlalu.
Saya pulang ke rumah dari menderma darah pada jam 6.45 petang. Di atas meja saya cuma ada laporan dari empat buah rumah sahaja.
Terus terang, saya marah. Saya tahu baki enam buah rumah ada masalah teknikal, tetapi saya tak ingat apa masalahnya. Perlu ke saya naik ke setiap rumah, mengetuk pintu dan minta daripada mereka?
Bukankah mereka menggunakan lif setiap hari? Bukankah sudah lebih 53 jam notis itu ditampal?
Kenapa nak susahkan saya, sedangkan saya cuma mahu menolong mereka? Roommate saya senyap sahaja sedang mata ini sudah berair menahan kemarahan.
Saya segera mencabut notis terdahulu dan menggantikannya dengan notis yang baru.
Aslmwbt,
Thank you rumah W, X, Y dan Z.
Rumah lain, aku assume semuanya OK. Tahniah. Dalam fatrah imtihan ni, aku tak nak dengar lagi apa-apa KO.
SHUKRAN!
Laporan yang saya sudah dapat akan disettlekan dengan segera. Mahu sahaja saya ungkapkan "Mapuh gi!" kepada rumah-rumah yang lain.
---
Pagi tadi, semasa menunggu kuliah Cardiovascular System oleh Dr. Mounir yang amatlah dihormati untuk bermula. Saya duduk di sebelah ketua rumah T.
"Atiqah, aku cakap ni, kau jangan marah, tau." Sedikit teragak-agak dapat dikesan dari nada percakapannya.
"Apende?" Saya boleh meneka apakah topik perbualan kami ini.
"Kalau aku nak hantar laporan kerosakan tu ke kau, boleh ke?"
"Tak payah la." Saya mengalihkan pandangan melihat papan putih di hadapan. "Kan dah lepas pukul 5 petang."
Dia tunduk, kelihatan sedih dan kecewa.
Saya menahan diri dari rasa bersalah.
Di akhir kelas, sekali lagi dia menanyakan hal yang sama.
"Bagi je la."
---
Pulang ke imarah selepas niat membawa rakan-rakan untuk membuka akaun di National Bank of Egypt tertangguh, saya ternampak notis saya di dalam lif di-highlight-kan dengan highlighter merah.
It piqued my interest.
Aslmwbt,
Thank you rumah W, X, Y dan Z.
Rumah lain, aku assume semuanya OK. Tahniah. Dalam fatrah imtihan ni, aku tak nak dengar apa-apa KO, ye.
SHUKRAN!
Tertulis di atasnya dengan pensel merupakan:
Hope to be more polite next time :]
dan
Sila guna laras bahasa lebih sopan kepada kawan-kawan,
jaga hati dan hormati orang lain.
dengan dua tulisan tangan yang berbeza.
Saya tertawa sinis. Oh, begini ya? Saya perlu bersopan, menjaga hati dan menghormati mereka, kan? Mereka pula boleh sesuka hati sahaja bersikap sombong, menyusahkan dan mensia-siakan niat saya untuk menolong mereka, kan?
Kawan-kawan? Hah, lucunya. Apakah mereka sehingga mengaku sebagai kawan saya? Apakah saya sehingga diangkat darjat menjadi kawan mereka?
Tidak, saya tidak akan mencabut notis itu. Terserahlah.
Saya tidak mahu memegang tanggungjawab ini lagi tetapi saya akan settle-kan kerosakan rumah saya dan empat buah rumah yang lain serta uruskan kemasukan talian internet dengan sepenuh hati.
Selesai sudah, saya akan lepaskan tanggungjawab ini. Samada ianya digalasi orang lain atau tidak, saya tidak peduli. Tetapi saya pasti akan memberikan kerjasama andai ada hamba Allah yang lebih sabar dan tabah dari saya dalam memikul amanah ini.
Ketua-ketua rumah meletakkan nama saya sebagai ketua imarah dihadapan Allah, sohib imarah dan para senior. Harapan saya pada waktu itu hanya satu sahaja, iaitu agar tanggungjawab ini disertai dengan kerjasama dan bantuan dari mereka.
Nampaknya, harapan saya sampai hari ini sahaja.
Niat saya sudah tidak ikhlas lagi. Kalau tak ikhlas, kerahan tenaga saya akan sia-sia dan masa yang terluang tidak akan diberkati lagi. Maka untuk apa saya membantu mereka lagi?
Saya tidak pernah ingin dihargai atau ucapan terima kasih. Ini antara saya dan tuhan saya.
Hati amat tak tenang, maka saya segera ke bilik mencapai tafsir Al-Quran. Membaca dan menangis.
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.
[Ar-Ra’d, 13:22]
Allah menyuruh agar saya bersabar, tetapi saya tidak bersabar dan berputus asa terhadap mereka.
Allah menyuruh agar saya membalas kejahatan dengan kebaikan, tetapi saya berkasar kembali dalam ketidaksopanan mereka yang mengaku sebagai kawan.
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
[Al-Hasyr, 59:9]
Allah menyuruh agar saya mengutamakan orang lain, tetapi saya mengutamakan kesenangan dan perasaan sendiri dalam hal ini.
Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
[Al-Imran, 3:134]
Allah menyuruh agar saya menahan marah, tetapi saya dengan terburu-burunya menyatakan kemarahan.
Tangisan saya semakin teruk.
Saya mengaku sebagai seorang Muslim, tetapi akhlak Islam langsung saya tak amalkan dalam menghadapi ujian kecil ini.
Saya mengharapkan bantuan dan kesenangan dariNya, tetapi saya langsung tidak mengikut sepenuhnya suruhanNya.
Saya mendoakan keselamatan saudara-saudara di Palestin dan di seluruh dunia, tetapi bagaimana janji kemenangan dari Allah akan tertunai andai saya sebagai seorang Muslim sendiri menolak ajaran kebenaran ini?
Bagaimanakah laluan saya di atas ilmuNya hendak dipermudahkan, apatah lagi laluan saya ke syurgaNya?