Friday, January 02, 2009
31 Dec: Arabic Renewing Us All
It was Arabic class, and Ustazah Heba was asking the class as we furthered our discussion of significance of Hijri New Year and Miladi New Year.
“Well, yeah.”
“Why are there non-Muslims in Malaysia? Why aren’t all Malaysians Muslims?”
Blinked. “Erm, it’s…”
“Don’t you speak to them into Islam?”
Tongue-tied.
Any contractile person could easily counter back with, “Well, why aren’t all Egyptians Muslims?”
But this is the time to be matured.
That question is rhetorical; a question which requires no answers, yet more for thought-provoking and deep insight.
A question of chain-questions.
Do I speak to them into Islam? No, scratch that. Do I even behave myself as a Muslim?
Not just mere Muslim of the syahadah ‘La ilaha illallah, Muhammadan rasulullah’, but a Muslim who fully understands the significance of being a Muslim and practices whole-heartedly the teachings and rulings that came with the package.
Let’s be one of them.
It was another excellent Arabic class. Increased vocabulary and a refined awareness for the continuation of Rasulullah’s teachings.
29 Dec: A New Year, a Better Me
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :]
My sincerest congratulation to us all on being given yet another chance to continue striving for another new year, 1430H, markedly showered with His favors of Islam and iman.
Congratulation for yet another chance to keep on practicing His deen and to better ourselves to a more mantap phase.
[Sorry, my poor English is finally catching up. Besides, what’s mantap in English?]
Since a new year is worthless if we remain at the same level of iman as the year previous, I’ve listed three major flaws that need to be wiped gradually for me to become a better person, thus increasing the ability to contribute to our beloved ummah.
1) Be patient
2) Cease whining
3) Organized and time-wise
May my intention remains sincere and He ease all for me. [3:159]
May I have fellows ready to correct me had I forgotten any of these. [51:55]
Happy New Hijri Year to me and the rest of you, folks. May life continue to be blessed.
Keep your faith.
Ukhtukum fillah;
Nur Atiqah Mohd Hanifah.
p/s: Am using this opportunity to apologize deeply and sincerely to all for being a siput at replying messages; particularly to Papa, Along, Mlmh Sakinah, all seniors and Ira.
Oh man, I can’t believe I haven’t reply messages dated as Ice Age as 14th December!
Perhaps I should throw in ‘Reply all messages before they decay’?
…
Nah. Maybe next year.
Sunday, December 28, 2008
Hati pada Hak-haknya
Jiran
Pernah sekali, terpaksa menebalkan muka meminta 'am sebelah untuk bercakap dengan mak cik Toshiba yang tak faham-faham bila aku bagi direction ke imarah kami.
Malu, sebab tak pernah bercakap dengan mereka. Tiba-tiba sahaja meminta pertolongan.
Pernah sekali, paip di hadapan imarah kami bocor dan membanjiri imarah yang bertentangan. Jiran marah dan minta diselesaikan segera.
Dejected, sebab abang senior tak angkat telefon.
Elevated, sebab ikhwah sebatch bagi pendapat yang boleh dipakai.
Bangga, sebab ada dua kawan yang temankan untuk bercakap dengan jiran-jiran tersebut.
Lega, sebab semuanya selesai dengan segera.
Agak kecewa dengan diri kerana tidak bergaul sangat dengan jiran setempat. Bukan tidak mahu, tetapi kekangan bahasa dan keselamatan menjurangkan niat tersebut.
Sememangnya hanya alasan yang dapat diberikan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Pernah meminta pendapat ketua batch. Budak lelaki, mungkin lebih mudah bagi mereka.
If it's going to be, it's up to me.
Sekarang sudah mula memberi salam kepada 'am yang sering duduk dihadapan lorong sejak sebulan yang lalu.
Harap dapat terus menunaikan hak-hak kepada jiran.
Rakan sebaya
Pernah sekali, terasa perit hati kerana tak tahu nak call siapa untuk minta tolong.
Pernah sekali, terasa gusar sepanjang perjalanan; bimbang tertembung dengan senior dan dimarahi kerana berjalan tanpa teman.
Itu kenyataan yang saya buat di profile Friendster. Sekarang, ia membuatkan saya berfikir semula siapakah the minute cluster of friends I have.
I... I think I left them all, somewhere.
Mungkin saya tidak menghargai mereka. Mungkin saya terlalu tidak mahu menyusahkan mereka.
Mungkin saya cuma menganggap mereka teman ketika suka sahaja.
Sememangnya saya tiada masalah untuk menolong sesiapa. Even to the most tedious task, I'll help them if they ask for my favor.
Tapi, siapakah yang saya cari andai ada perkara yang perlu diselesaikan?
Harap dapat dilembutkan hati untuk menunaikan hak-hak sebagai seorang sahabat.
Ikhtilat
Semalam, saya amat bersyukur kerana saya berada bersama mereka.
Amat bersyukur kerana diberkati dengan pengetahuan dan pemahaman untuk mengamalkan pergaulan mengikut ciri yang dibenarkan.
Amat bersyukur kerana hati ini masih lagi dijaga.
Amat bersyukur kerana ada kekuatan untuk menegur on the spot.
Amat bersyukur kerana teguran diterima.
Mama pesan, fokuskan pada diri dan bantulah yang lain.
Harap hati-hati ini akan terus berpaut pada agamaNya.
p/s: Mahu menulis on senior. Lain kali la.
Tuesday, December 16, 2008
13 Dec: Finuu Tickles Us Pink
Happiness level: 7/10
Passed in front of the bakery and smelt something sweet.
My salivary gland was kicked to overdrive.
Turned around towards the shop. Halted momentarily. Walked away from said bakery while counting the cash in my purse.
Exactly LE 2 was left. I smiled gailily.
Happiness level: 8.5/10
Walked back towards the bakery.
"Assalamualaikum, sir. Can I have LE 2 of finuu, please?"
He smiled and nodded. Took a dozen of finuu from the shelf. Handed to one grinning Atiqah.
I walked out of the bakery after expressing my gratitude. Restraining myself from jumping with a whoop.
Happiness level: 10/10
Saya masih ingat janji manis awak dulu.
-Rodhi-
Resumed my journey back home with extra bounce in every step. Turning the corner towards our imarah.
Suddenly...
"Dear miss, can give me one of your finuu?"
Huh? I turned towards the voice. It was a homeless hagah by the street.
"You would like one?" I asked her with a genuine smile.
She nodded.
I opened my shantoh and gave her one.
"Shukran."
"No problem."
And I resumed the journey back home, one less finuu in hand. Bouncier steps.
Happiness level: Endless.
p/s: Small gesture tickles Atiqah pink.
2 Aug: Cocky and Stubborn
Shamirul later came to hand in his Introduction to Islam and Medicine assignment. I grinned; reminded I haven't started on mine yet.
He stayed back and chatted. Boy, was he talkative.
Somehow, in between his endless chatters, I managed to spill, "I like being alone in public. It's naturally tranquiling."
"But if you're alone, how can people help you if you have problem?" He and ustazah sort of said.
"I'll manage."
Boy, was I cocky.
I don't think I'm a loner, nor am I in deep problem or something. I just... I like to be alone.
When I feel like being in company, I'll drag myself in. As simple as that.
It's not good, is it? I'm adding more reasons to the list of 'Why Atiqah Should be Kicked.'
Saturday, December 13, 2008
"Mind giving me a good thump?"
Sekarang sedang dilanda a series of penyakit.
Hidung sedang tersumbat sekarang. Ditambah dengan angin yang berderu penuh kesejukan dan debu yang melayang-layang.
Selingan: Rasanya kan, blog ni penuh dengan ulasan mengenai saya yang tersumbat hidungnya. Haish.
Teringin nak pakai mafla. Tapi corak yang saya nak dah habis masa saya nak beli.
Dasar perempuan. Corak yang nak dah habis, beli la yang lain. Ni dah jadi keperluan dah ni. Nak kene betul.
Selingan: Bagi Salahuddin Al-Ayubi yang amat pemurah, duit dan debu itu lebih kurang sama je.
Sampaikan bendahari dia terpaksa tak bagitahu jumlah simpanan perbendaharaan negara yang sebenarnya kepada dia, in case dia dermakan duit tu and kegunaan waktu kecemasan tak ada.
Maaf, hidung. Nampaknya cuaca di Mesir ini tidak menyebelahi awak.
Selain itu, saya juga diserang chronic laziness.
Yes, chronic. Not acute. Kalau acute okay jugak. Amat merisaukan la.
Alhamdulillah, saya sentiasa fokus dalam kelas. Kalau dekat dalam universiti, rajin je baca buku lectures. On the way back ke rumah, senyap sepanjang perjalanan dengan minda yang ligat recall and rewind apa yang dah dipelajari.
Amat ligat, sampai tak sedar berjalan tanpa teman disisi.
Selingan: It is dangerous walking alone. Please don't try this at home. Oh, the hypocrite in me.
Sampai je imarah kami, a whole new dimension fall upon me. And a new me is born.
Unfortunately, that new me is darn lazy.
Lazy as in, kaslanah muut nak baca buku. Sentuh pun tak.
Atiqah, kamu amik medic ke apa ni???
Huh. Bagus betul kalau Fatimah ada sekarang. Boleh dia tolong hempuk/sepak kan, bagi rajin sikit.
Doakan cepat sembuh, ye. I can always tolerate that runny nose, but laziness? I just don't see me surviving long in such circumstance.
Syafakillah, ya Atiqah. Robbuna ma'aki.
p/s: Tanggungjawab jauh lebih banyak daripada masa. So what the hell are you doing now?
Monday, December 08, 2008
Harapan dalam Pengorbanan
Andai anda seorang pelajar, teruskan berkorban masa dan tenaga menuju ke majlis ilmu itu. Walaupun ianya sekadar liqa' yang kecil sahaja, ianya still majlis ilmu. Salah satu dari taman syurga.
Dinaungi malaikat. Diberkati suasananya. Insya-Allah mendapat keberkatan dan pahala darinya.
Maka ikhlaskan niat lillah, kerana keberkatan dariNya lebih diingini bagi memastikan kejayaan dalam perjuangan. Jangan lupa adab majlis ye, sahabat sekalian.
Selingan: Belakang ana ada Ira Sahri, diimport khas dari Jordan. Dia sedang MENARIK RAMBUT ANA! LEPASKAN!!!
"Tidur sini!" Katanya sambil menarik-narik. "Tidur sini tak?"
"Ye, ye!" Nehi, ana tewas!
Maka malam ini, ana tidur di Baitul Hanan. Pasni nak balik rumah amik bantal and lihaf.
Kepala ana sedang berdenyut-denyut.
Teruskan berkorban perasaan rindukan mama, papa serta kerabat-kerabat tercinta di Malaysia dan tumpukan pada usaha pengislahan dan study.
Teruskan berkorban meninggalkan manga-manga dan anime-anime yang menarik itu dan capailah kitab Riyadhus Solihin atau Histology [Exam midterm 20hb ni!].
Selingan: Wah, daku rindukan Chi!
Teruskan berkorban mengetepikan rasa penat itu dan bantulah rakan-rakan yang berhempas-pulas dengan pintu imarah mahupun paip sinki dapur yang masih bocor.
Teruskan usaha bersabar dengan kerenah pak-pak Arab yang perlu memantapkan lagi penghayatan pada Surah Al-Asr serta jiran-jiran yang perlu lebih pemahaman pada kalimah "An-nazofatum minal iiman".
Tidak dilupakan, kerenah senior yang sering membuli.
Selingan: Budak, ada dua sebab why female constitute the most of population dalam neraka.
Satu, banyak mengeluh. Dua, tak dengar cakap suami.
Kamu ni, nak mengeluh lagi ke?
Insya-Allah, ujian yang sedikit hanya sekadar dugaan dari Allah bagi meningkat iman sendiri dan darjat ketakwaan disisiNya.
Teruskan berkorban nus geneh itu demi senyuman manis mak-cik mak-cik yang menjual tisu di jalanan. Semoga hari mereka diberkati, dan semoga kesenangan menanti dalam pelajaran hari ini.
Teruskan berkorban melayan kerenah Ira yang kebudak-budakan itu. Nanti dia balik Jordan, sendiri juga yang teringatkan dia.
Kerana pengorbanan yang berlandaskan iman dan taqwa akan menatijahkan butiran kejayaan yang manis. Pengorbanan hanya sedikit berbanding kejayaan yang terbaik bagi diri sendiri juga.
Not just here, but thereafter as well.
Bahagia dunia, akhirat syurga.
-Dr. Noordin Darus, Gerak Keusahawanan Mesir 2008-
Just one drop of sabar for the sweetest success. Now that's what I call the best investment ever.
p/s: Pengorbanan manifestasi kehambaan.
Thursday, December 04, 2008
Dan lembu itu...
Nak gigit kepala orang sekarang ni.
Specifically, nak gigit kepala mereka berdua. Okay, mungkin seorang sahaja.
Kenapa? Sebab saya dibuli.
Dua kali dalam tempoh dua jam. Oleh orang yang sama pulak tu.
Membakar usaha selama hampir seminggu.
Sabar, Atiqah. [2 : 286]
Huh. Tengah penat sekarang. Baru selesai usrah.
Tak larat nak balik rumah, maka tidur di sini sahaja.
Nota Anat tak revise lagi. Physio pun.
Atiqah, awak sedang merungut.
Ye, saya tahu.
Saya tidak mahu think twice on menjadi seorang yang baik, tapi mungkin I should learn how to say 'no'.
At least for once.
Sabar, Atiqah.
p/s: Berhenti jadi budak yang manja!
Atiqah [Raksasa] yang Comel
| What Your Cute Monster Says About You |
You are a deep, thoughtful, down to earth person. You don't put much stock in appearances. You are never superficial or flippant. You take time in life to study, learn, and get to know people well. You inner demon is laziness. You can get so caught up in your own world that you neglect everything around you. People think you're cute because you're intelligent. Your wit and wisdom are charming. |
Sunday, November 30, 2008
Surat kepada Ketua Imarah 11
Haret Sayyeda Zainab,
Sayyeda Zainab,
Cairo, EGYPT
29 November 2008
Assalamualaikum wbt, cik ketua imarah. من كان يؤمن بلله واليوم الأخر فليقل خير او ليسكت Kadang-kadang anti nampak ceria je. Senyum entah pape. Bila ditanya, anti akan mengiyakan kalau ana kata anti teringatkan si dia. Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat. p/s: Pasal shovel tu, tanya la senior ikhwah. Or tanya Rahman. Kalu dia tak nak tolong, report kat abang anti. Apa susah.
Sihat? Ana harap anti sihat dan terus berusaha melangkah kehadapan dengan penuh kesungguhan dan keceriaan. Ana sekarang sedang sejuk, tapi salah sendiri sebab malas beli dhifayah. Haha.
... Baiklah, ana tahu. Small talk yang membosankan hanya akan di skip, kan. Ana straight to the point je lah.
Sebenarnya, nak ucap terima kasih sebab bersusah payah pegang jawatan yang membosankan ini. Sudahlah anti kena balancekan kehidupan pelajar dengan kemelut seorang ketua imarah, si Bahiran juga dah letak anti jadi Biro Perumahan.
Anti sabar je la, ye. Apa-apa, contact ana. Nanti ana tolong.
Kadang-kadang, ana ada terdengar juga anti kene bebel dengan budak imarah sebab banyak benda tentang imarah kita tak settle lagi. Contoh paling ketara adalah isu line telefon yang tak masuk-masuk (despite dah dipasang) dan internet yang masih tidak dipasang.
Telan je la, ye. Mungkin diorang tak tahu yang anti dah cuba yang sedaya mungkin. Mungkin diorang tak faham bukannya senang nak deal dengan orang Arab ni.
Asal kene bebel je, mesti anti diam. Ana ucapkan tahniah; nampaknya kita sama-sama faham dengan hadith Rasulullah:
Yang sebenarnya, mesti sebab anti tak nak kitorang asyik kacau anti, kan? Kalau anti menzahirkan keserabutan, mesti kitorang samada tambahkan keserabutan anti atau beria-ria nak bantu.
Both of which you despise, ne?
Ana harap, anti akan menambah keikhlasan dalam senyuman. The only time I could see you smiling sincerely was when you were out walking alone. Or any time you were alone.
Erm, ana tegur sikit, boleh?
Anti kadang-kadang lambat balik imarah, walaupun anti selalu laju je jalan keluar dari pagar gami'ah. Anti sengaja berjalan perlahan-lahan ke? Atau anti penat? Lain kali, kita naik teksi sekali. Tiga geneh je pun.
Kalau balik pun, selalu tak ada di bilik. Anti pergi mana? Sutuh ke? Mish ma'ul kidah... Sutuh amat sejuk.
Handphone pun selalu ditinggalkan di bilik.
Anti hanya charge battery bila dah flat je. Ana dengar hari tu, senior risau sebab anti tak dapat dihubungi. Dia ingat ada apa-apa terjadi masa pak cik Arab tu datang rumah anti.
Niat anti tak nak susahkan senior, tapi nampaknya, anti merisaukan mereka lagi, adalah.
Entah apa yang anti fikirkan. Best sangat ke isolatekan diri dari jama'ah?
But then again, Rasulullah pun mencari ketenangan jauh dari kelompok masyarakat.
Tapi anti tu perempuan! Bahaya. Ana nak teman, anti tak nak. Ke nak ana carikan mushrif tetap untuk anti? PERUBATAN ada je Unit Bait Muslim.
*melarikan diri dari lemparan scalpel beracun anti*
Jangan larikan diri. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup kita, bukan kah begitu?
(Yusuf : 87)
I wish you all the best, all the rahmah and blessing of His. Ana harapkan anti terus cekal dan tidak luntur dek a small thorn on your rosy path.
(Al-Baqarah : 214)
Semoga diri terus mantap. Take care, wassalam.
Budak Imarah 11
*kali ini, melarikan diri dari lemparan scalpel-scalpel beracun anti*
Sunday, November 23, 2008
Warkah Rindu buat Kamu
Maka saya ada pengakuan emosi yang perlu diterjemahkan demi mengelakkannya dari terus menyerabutkan fikiran ini.
Saya lapar. Walaupun dah makan malam yang sedap (telur sweet sour dan sup sayur... tak mungkin tak tambah), meratah sebungkus Tiger dan seketul Molto chocolate, saya masih lapar.
Perlukah saya meratah lagi biskut Tiger itu? Nampaknya, esok terpaksa beli finuu LE3.
Saya juga sejuk. Baiklah, salah sendiri sebab tak menambah jumlah lapisan pakaian.
Saya rindukan mama saya.
Saya rindukan papa saya.
Aduh, saya terasa macam seorang budak kecil di sini.
Saya rindukan guru saya. Akhirnya saya menghantar offline message kepada dia semalam menyatakan kerinduan.
Saya rindukan abang saya. Saya dah biasa ada abang, tetapi abang saya tiada di Mesir. Dah lama tak gaduh dengan dia.
Huh.
Duduk di sini mengajar saya lebih menghargai mereka yang saya ada.
Baiklah. Pengakuan dah dibuat. Sila jangan membuli saya berkenaan apa yang sudah ditulis.
Jom sambung study.
p/s: Rindukan keropok.
Friday, November 21, 2008
'Abid
Mungkin sebab salah makan kot. Ikan masak kicap tadi terasa semacam. Ara, aku buat lawak je. Ko masak memang sedap.
Menghadap buku Physio. Membaca tanpa sebarang input.
Apa ni?
Maka pelajaran tanpa kualiti itu dihentikan dan input yang lain dicari.
Mencapai al-Quran.
Jika tidak mampu menjadi seorang 'alim, maka jadilah seorang 'abid.
Thursday, November 20, 2008
Ukhuwwah Beras
Semua dah sedia. Perencah sup sayur sudah dicuba-rasa dan bersedia untuk dituangkan ke dalam periuk nasi nanti.
Baiklah, bersedia menghadapi air paip yang sejuk. Lipat lengan baju anda! Mari membasuh beras!
Mencari beras di tempat biasa di tepi rak.
Eh? Feen?
"Radhi. Ooo Radhi. Beras pergi mana?"
Radhi menyahut. "Alamak! Lupa nak bagitau awak. Beras dah habis la."
-___-'' "Boleh ke masak bubur kalu tak de beras?
Maka saya pun melangkah dengan penuh bersemangat memanjat tangga ke tingkat dua.
"Assalamualaikum~ Korang, pinjam beras."
"Beras ada ke?" Amar yang sedang mengemop menyoal Nasywa.
"Ada, ada. Amik la."
"Shukran!"
Maka bubur pun selamat dimasak dengan jayanya. Menjamu ahli biit dan Bad dan Nisa' yang datang jauh dari Mounira dan Maniyal.
Saya pernah dinasihati pada zaman purba yang lampau dengan, "Kita ada jemaah yang besar, so gunakan sebaik-baiknya..."
Terima kasih. Saya sedang berusaha menghayati dan mengamalkan nasihat tersebut.
Ukhuwah pun dapat dikukuhkan sambil-sambil tu, kan?
Berjalan, Bermusafir.
"Naik kaki je."
"Kenapa tak naik teksi atau tremco? Ade je, kan?"
"Exercise pagi-pagi."
Dan dia ketawa. "Bagus nye, budak-budak tahun satu."
"Terima kasih." Aku sedar, kami memang amat mantap pun.
Aku suka berjalan di pagi hari. Ya. Ianya menyeronokkan.
Mengulangi mathurat sepanjang perjalanan.
Mengambil masa memerhati geografi Mesir.
Melihat keindahan langit ciptaanNya.
Senyum dan ucapan salam kepada mak cik-mak cik di jalanan.
Menghidu bau 'ish yang masih panas.
Menyegarkan. Sedikit sebanyak menghilangkan keserabutan.
Dan mereka bertanya mengapa aku suka berjalan bersendirian.
Jika berjalan dengan mantap dan penuh semangat, dalam 20 minit akan sampai Kasr el-Ainy Medical School. Biasanya velocity akan dikurangkan di atas jambatan, sebab nak tenung Cairo Tower nun lateral di sebelah kanan.
Semoga nikmat iman dan kesihatan ini berkekalan.
p/s: Aku penat sebenarnya. Aku rindukan basikal aku.
