بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, November 01, 2015

Haru manja nakkan attention

Khamis oncall 5pm sampai Wad Bendahara aku terbatuk-batuk dan terus pakai mask.

Jumaat postcall batuk makin menjadi-jadi. Still non productive. Rasa nak demam terus makan PCM. Mohon ihsan bapak dan abang belikan ubat batuk. Tidur awal dengan terjaga sebab batuk dengan dahsyat.

Sabtu masih batuk-batuk dengan serabutnya. Pergi kursus Medical. Balik tu temperature 38.5 kejadah. Bapak suruh makan PCM dan rest. Aku pun sambung tidur sambil mempeluhkan diri. Malam tu start T. Augmentin 625mg BD serta T. Loratadine 10mg OD sebab dah mula berhingusan. Tidur awal dengan terjaga sebab batuk dengan dahsyat.

Ahad. Kerja. Aku bangun dengan serabut kenapa aku kena kerja harini. Aku sedih sebab bapak manage kes aku tapi takde mention pasal MC. Aku tak layak MC ke.

Anyway. Temperature pagi tadi 37.6. Mak suruh makan ubat dan kalau rasa tak segar jugak, pergi la ED cari Klinik Warga dan minta MC. Hmm ada ke masa aku nak buat benda camtu? Daripada aku jalan gi ED baik aku buat kerja wad.

Sampai wad terus pakai mask dan review patient macam biasa. Dalam round Dr. Haziq nampak aku dan tanya "Papa sihat?"

Aku jeling dia yang kesengihan dan terus jawab "Sihat." Dude aku yang tak sihat tanya pasal bapak aku apehal.

No comments:

Haru & Associates