بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Saturday, August 23, 2014

Report Raya untuk Kak Junaidah

P/s: Gambar bukrah baa.

1 Syawal 1435, Isnin 28 Julai

2am
Jahit kaki jubah.
Nyanyi lagu Raya. "Lagu ni sedih tapi suara kita lagi menyedihkan," komen Syitaro adik Adakun.

3.30am
Solat Subuh.

4am
Call rumah nak ucap Selamat Hari Raya, diorang tengah bersiap nak amik gambar tahunan. Along suruh on Hangout dia nak amik gambar sekali.

5am
Breakfast mee goreng lebihan iftar semalam.
Solat Aidilfitri di Masjid Ibrahim. Khutbah imam pesan birrul walidain.
Jahitan tertetas. Jahit kaki jubah sekali lagi.

8am
Naik teksi pergi Beit Falah di Sabie. Makan lodeh dan kuah kacang tersedap abad ini.
Bagi tazkirah tajuk Pengurusan Perasaan dan Amalan Sunat di 1 Syawal.
Jahitan tertetas lagi. Malas aku nak jahit banyak kali, nasib la.

10am
Beraya di majlis kedutaan di Asyir. Makan char kuey teow, sate, kek gula hangus, bahulu. Secebis lemang dan secebis rendang daging.

12pm
Beraya di rumah Ummu Qays di Tabba. Nasi putih lauk ayam gulai lemak dan terung dan zucchini goreng sambal.

2pm
Balik Falah solat Zohor. Tidur 3-5pm. Tak tidur lagi dari semalam, haha.

6pm
Balik rumah.
Makan lodeh dan kuah kacang tapau dari Falah.

9pm
Aimi Asrina datang rumah nak amik barang. Bagi tazkirah tajuk Fokus Demi Kehidupan yang Cemerlang.

"Masa cuti main puas2. Better pergi panjat gunung or kahwin daripada buat attachment. Tahun klinikal proaktif dalam kelas, jangan malas amik history, exam patient. Pastu nak komplen clinical skill di Mesir kurang, padahal sendiri malas. HO nanti tagging betul2."

10pm
"Oh Tuhan, aku membebel di hari terakhir sebagai budak 23 tahun."

---

2 Syawal 1435, Selasa 29 Julai

Hai, selamat hari jadi. Tahun ni berazam untuk tidak kebudak-budakan dengan tidak memakan makanan panas sampai lidah melecur.

Bukak FB nampak Mohamed Zeyara post. "Stay sincere, you can never tell when your time is coming."

Okay dua ni moto hidup tahun ni.

11am
Naik teksi pergi ARMA. Jem dekat Salah Salem sebab raya kedua Arab ziarah kubur ramai2.

11.45am
Tiba di majlis raya PERUBATAN (MESRA). Makan secebis nasi impit kuah kacang dan biskut2 raya yang sedap.

Tak habis makan geng panggil naik coaster. Kami 23 ketul nak gi beraya satu batch yay! Sumbat lebihan makanan dalam plastik pastu lari naik coaster.

Rahim tak masuk2. 

"Kalau camni meh nak masuk ARMA semula nak makan kuih raya."

"Tak payah nanti satu kerja pulak nak cari enti," Roy tak bagi.

"Tapi ana nak biskut sedap!"

Wani hulur biskut yang dia tapau. "Aku sayang kau Waniii!"

"Macam budak kecik, nak berjalan kena sediakan snack," Roy walaupun badannya kecik tapi dia matang. Hulur sebiji biskut pada Roy dan tunduk makan.

"Selamat hari jadi~ selamat hari jadi~" Tetiba coaster nyanyi. Jap birthday sape lagi harini? Tunduk teruskan mengunyah.

"Selamat hari jadi Hana~" Okay dah boleh angkat muka. Bawa keluar henset.

"Selamat ha~ri jadi~"

"Terima kasih semua. Nyanyi skali lagi aku nak rakam."

Diorang suruh bagi ucapan. Okay skema mode.

12.20pm
Coaster bergerak.
Roy bagi tazkirah pasal syurga dan neraka, pasal sebab kita beribadah.

"Ada orang beribadah sebab takutkan neraka, so dia ni jadi sebenar-benar hamba yang takutkan tuannya. Ada yang beribadah sebab nakkan ganjaran.

Para nabi dan salafussoleh beribadah sebagai orang yang bebas. Mereka beribadah sebab ni memang hak Allah sebagai Tuhan yang layak disembah."

Okay tiga poin untuk moto hidup tahun ni. Thank you Roy.

1pm
Sampai 37 Road 104 Maadi. Salam dengan Dr. Heba dan nenek dan sengih dekat atuk.
Makan om ali, mahallabiyyah dan ruz billaban Dr. Heba buat. Ruz billaban lagi sedap daripada kedai mahallabiyyah Syarie Mawardy tu! Serius!

2pm
Pergi rumah bos JPA di Mohandesin!
Ustaz Zikril jamu. "Jemput la makan, ada laksam-"

"Laksam??!!" Serbu.

Rahim pandang penuh takjub. "Hana kau tak kenyang lagi ke rumah Dr. Heba?"

"Please aku dah lama mengidam laksam."

Seterusnya ratah sup tulang paling sedap abad ni. Sedap gila, mashaAllah sedap gilak. Sup dia sangat clear dan suci dari elemen keladak dan sebagainya. Serius sedap.

Pak Ku duta kami sampai. Ustaz Zikril dan Kak Ita pergi sambut mereka bersama Wafi yang dari tadi pegang seluar abah dia.

Saya umumkan kepada kawan sebelah. "Pak Ku sampai."
Pak Ku dukung Wafi. "Pak Ku tangkap Wafi."
Wafi mengeliatkan badan ingin bebas dari pelukan Pak Ku. Apa ini budak. "Wafi meronta-ronta."

Wafi sambung pegang seluar abah dia.

4.30pm
Balik rumah.
Nak makan kek tapi panas dan malas.

---

3 Syawal 1435, Rabu 30 Julai
Duduk rumah dan plan masa hadapan.
Nak kek.
Dah 24 harap boleh bertenang.

---

4 Syawal 1435, Khamis 31 Julai
Pukul 6am baru berjaya tidur. Terlepas Raya PKS di Hadiqah Asyir depan Masjid Nuri.
Nak kek! Hana, nak kek!

---

5 Syawal 1435, Jumaat 1 Ogos

Puasa hari pertama.
Iftar di Coffeeshop Company Maadi order Molten Chocolate Cake dan Iced Latte sebab ada budak meroyan. Dah 24 ingatkan boleh je tahan tak makan kek, rupanya masih lagi a sentimental idiot. Celebra sendiri di tempat sama celebrate birthday Sashi-kun hehe.

Happy belated birthday, idiot.

Pengajaran hari ini adalah. Hidup kena bermaruah. Walau di tahap mana kehidupan pun, semiskin mana pun, maruah kena sentiasa dipelihara.

Baru sedar tak makan rendang lagi (raya first secebis je tak kira). Atau tart nenas. Adeh gilak sedih.
Meracau dekat WhatsApp family nak rendang daging mama!

---

6 Syawal 1435, Sabtu 2 Ogos

Raya IKRAM di Dewan Masjid Tantawi.
Ikhwah masak nasi tomato ayam masak merah dan biskut kacang dan cornflakes madu. Hebat juga budak2 ni.

Pak Ku dan pegawai2 kedutaan datang, Tuan Ishak pun ada. Pak Ku bagi pengisian tajuk Penyaksian Kebenaran ;)

Meriah :D

---

7 Syawal 1435, Ahad 3 Ogos

Puasa hari kedua.
Kelas Dr. Hussein resume kembali, beliau dengan gigihnya mengajar 8-10am. Sementara itu ada seketul mangkuk tu pukul 5 baru tidur bangun pukul 10. 

Cemerlang! Gemilang! Pergi mati.

Merewang untuk open house di Raqaiq esok. 

Angkut sayur 10kg termasuk kobis besar gergasi yang dipeluk dari Mounira ke Sayyeda Zeinab.
Gilak berat, entah kenapa kedekut duit teksi. Dalam kepala duk ulang "exercise, exercise."

Isu ini membuktikan saya seorang perempuan, tak katang macam lelaki. Sampai Raqaiq je flat.

Lagu harini adalah Satu Pagi di Hari Raya. Nyanyi sepanjang potong sayur halus2 demi nasi kerabu sejati.

---
8 Syawal 1435, Isnin 4 Ogos

Nak pergi kelas Dr. Hussein tapi tertidur. Saya dah bosan dengan diri sendiri tapi DILARANG GIVE UP.

Open house kami Iradah Qawiyah di Raqaiq rumah Roy. Jamu nasi kerabu, roti jala kuah kari, souffle Palestin Adakun, kekcis Nisa.

---

Kesimpulannya duit raya tahun ni adalah RM450 gambar-sahaja dan abang-hot-topless-pegang-wombat oleh Kak Jun.

Semalam 25 Syawal 1435, Khamis 21 Ogos Umair sampai Mesir membawa rendang mama buat, tart nenas Amway dan rendang Sir Man and Ustazah Nafisah buat. Semalam petang jumpa Nadhrah beliau bagi tart nenas.

Rendang daging dapat, tart nenas dapat. Saya juga dah habis puasa ganti maka boleh la meninggal dengan aman. I think.

Terharu siot mama buat surprise. Beliau busy tapi masih layan budak 24 tahun ni. Terima kasih Allah, mohon Kau panjangkan usia kami untuk dipertemukan lagi.

Terharu juga Sir Man dan Ustazah Nafisah dan Umeme sudi masakkan rendang meski mak saya kirimkan rendang juga. Terima kasih sir sekeluarga.

No comments:

Haru & Associates