Berkumpul.
Buka puasa dengan kurma, air sirap limau, kuih muih budak2 ni buat.
"Bile korang buat benda2 ni? Aku rasa semua orang pun sampai rumah kul 4 tadi."
"Ni kat Malaysia ke Mesir?"
Solat Maghrib.
Bagi salam.
Blackout.
"Hmm. Memang."
Lampu kecemasan dipasang. Henset masing2 keluar.
Solat sunat.
Duduk dekat balkoni baca Quran app jap.
Masuk balik makan nasi beriyani ayam masak merah sayur dalca.
Makan slow2.
Panasnya. Belakang ni ada lampu, penting. Tapi lampu sumber haba, tanpa kipas.. Bertahan, semua pun berpanas.
Huda berjalan cari ummi dia. Dia berhenti sebelah menyapa Acik Je yang dikasihi.
Naluri membuli. Pegang hujung dress dia. Huda nak teruskan perjalanan mencari ummi dia. Tak boleh berganjak, dress tersangkut.
Puas hati tengok muka comel tu mencebik.
Habis makan.
"Hana, nak polisterin tu."
"Nah. Nak buat apa?"
Syaimaa guna jadi kipas tangan. Lulz.
Perhati sekeliling. Suasana bising. Biasa la bila semua dah berkumpul. Sepatutnya masa ni baca Quran tunggu Isya.
Aisyah Zahirah dan Syaimaa Shayuthy bincang kertas MCQ tadi. Maryam join bincang. Semakin lama dengar semakin rasa kejadah aku salah sume ke?
Sengih sorang dalam sayup kegelapan. Kalau la ada ruang justify jawapan MCQ tadi, best juga. No problem, better kill a patient on paper if it helps you save a real patient.
Bangun. "Bye. Aku dah tak boleh dengar dah."
Pergi ceruk belakang satu bulatan akhawat. Sandar di dinding dan tulis blog.
Diorang pas karipap. Dijah suapkan. Tangan sebelah terus menaip.
20:17. Power's back. Shukrulillah ala nikmatil mirwahah.

No comments:
Post a Comment