بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Monday, July 21, 2014

Proses penapisan dimana-mana pun berlaku

Dah tahun enam dekat Mesir, dah paling senior dalam kalangan budak medik. Dah pandai berdikari, dah pandai bawa diri. Lintas jalan memang power. Bab berjalan malam takde mushrif pun takde hal, takde orang heran. Sebab dah supersenior kan. Mesti la pandai nak buat ape kalau kena kacau, nak jerkah ape, etc.

Rasanya tu kot sebahagian pandangan ikhwah batch on kitorang.

Sebab dah kenal lama, maka akhawat batch pun tak heran dan tak expect apa-apa daripada ikhwah batch. Sebab kalau expect, akan kecewa. Maka tak perlu kata apa-apa.

Yang melangkaui expectation akan dihargai sepanjang hayat dan diangkat setinggi langit. Hehe.
Kitorang tahu ikhwah kat Mesir ni memang jaga akhawat, cuma segan la bila supersenior akhawat adalah separuh jumlah akhawat yang perlukan mushrif dari ARMA, tapi supersenior ikhwah yang tinggal ada tiga orang je. Selebihnya ramai-ramai ikhwah adalah junior.

Seolah-olah ikhwah batch lepas biarkan akhawat batch dijaga ikhwah batch lain. Cam abang sendiri tak jaga adik perempuan dia, dia pas kat sepupu. Walaupun kata sebatch, kata kawan. Haha, of course la, sebatch maksudnya graduate sama-sama je, faktor lain tak amik kira kan. Kitorang bukan calon isteri diorang pun kan.

Segan, tapi benda ni la yang meningkatkan kesyukuran kami kerana mempunyai ahli batch kacak seperti Am*rul, Am*r dan Bap*s serta junior-junior comel hensem dan sporting. #cougaralert

Terima kasih Am*rul, Am*r dan Bap*s sebab stay juga kat ARMA dan hantarkan kitorang balik sampai la 12.48am. Terima kasih sebab tunggu bas bersama. Terima kasih sebab tak balik awal tengok bola, study or kemas beg. Terima kasih sebab sabar dengan pakcik bas bawak lalu Sayeda Zeinab yang jam nak mati. Terima kasih sebab tunggu sampai orang yang last selamat masuk bangunan yang berkunci.

Terima kasih sebab jaga kitorang. Semoga Allah sentiasa menjaga kalian sekeluarga dengan penuh rahmat dan keberkatan. Jom graduate sama-sama.

Yang menghargai dan menyayangi,
H*ana Akmal

3 comments:

Anonymous said...

lelaki sembang lebat tetapi pemalas ini memang wajar dilmpang sampai pengsan

Haru said...

Ikut suka hati je nak lempang anak2 kesayangan mak depa, bakal2 suami orang

Anonymous said...

baik lagi daripada nak bakar satu wad hospital
haha

Haru & Associates