بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Sunday, November 30, 2008

Surat kepada Ketua Imarah 11

Dur xx, Imarah 20,
Haret Sayyeda Zainab,
Sayyeda Zainab,
Cairo, EGYPT

29 November 2008

Assalamualaikum wbt, cik ketua imarah.

Sihat? Ana harap anti sihat dan terus berusaha melangkah kehadapan dengan penuh kesungguhan dan keceriaan. Ana sekarang sedang sejuk, tapi salah sendiri sebab malas beli dhifayah. Haha.

... Baiklah, ana tahu. Small talk yang membosankan hanya akan di skip, kan. Ana straight to the point je lah.

Sebenarnya, nak ucap terima kasih sebab bersusah payah pegang jawatan yang membosankan ini. Sudahlah anti kena balancekan kehidupan pelajar dengan kemelut seorang ketua imarah, si Bahiran juga dah letak anti jadi Biro Perumahan.

Anti sabar je la, ye. Apa-apa, contact ana. Nanti ana tolong.

Kadang-kadang, ana ada terdengar juga anti kene bebel dengan budak imarah sebab banyak benda tentang imarah kita tak settle lagi. Contoh paling ketara adalah isu line telefon yang tak masuk-masuk (despite dah dipasang) dan internet yang masih tidak dipasang.

Telan je la, ye. Mungkin diorang tak tahu yang anti dah cuba yang sedaya mungkin. Mungkin diorang tak faham bukannya senang nak deal dengan orang Arab ni.

Asal kene bebel je, mesti anti diam. Ana ucapkan tahniah; nampaknya kita sama-sama faham dengan hadith Rasulullah:

من كان يؤمن بلله واليوم الأخر فليقل خير او ليسكت



Kadang-kadang anti nampak ceria je. Senyum entah pape. Bila ditanya, anti akan mengiyakan kalau ana kata anti teringatkan si dia.

Yang sebenarnya, mesti sebab anti tak nak kitorang asyik kacau anti, kan? Kalau anti menzahirkan keserabutan, mesti kitorang samada tambahkan keserabutan anti atau beria-ria nak bantu.

Both of which you despise, ne?

Ana harap, anti akan menambah keikhlasan dalam senyuman. The only time I could see you smiling sincerely was when you were out walking alone. Or any time you were alone.

Erm, ana tegur sikit, boleh?

Anti kadang-kadang lambat balik imarah, walaupun anti selalu laju je jalan keluar dari pagar gami'ah. Anti sengaja berjalan perlahan-lahan ke? Atau anti penat? Lain kali, kita naik teksi sekali. Tiga geneh je pun.

Kalau balik pun, selalu tak ada di bilik. Anti pergi mana? Sutuh ke? Mish ma'ul kidah... Sutuh amat sejuk.

Handphone pun selalu ditinggalkan di bilik.

Anti hanya charge battery bila dah flat je. Ana dengar hari tu, senior risau sebab anti tak dapat dihubungi. Dia ingat ada apa-apa terjadi masa pak cik Arab tu datang rumah anti.

Niat anti tak nak susahkan senior, tapi nampaknya, anti merisaukan mereka lagi, adalah.

Entah apa yang anti fikirkan. Best sangat ke isolatekan diri dari jama'ah?

But then again, Rasulullah pun mencari ketenangan jauh dari kelompok masyarakat.

Tapi anti tu perempuan! Bahaya. Ana nak teman, anti tak nak. Ke nak ana carikan mushrif tetap untuk anti? PERUBATAN ada je Unit Bait Muslim.

*melarikan diri dari lemparan scalpel beracun anti*

Jangan larikan diri. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidup kita, bukan kah begitu?

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.
(Yusuf : 87)


I wish you all the best, all the rahmah and blessing of His. Ana harapkan anti terus cekal dan tidak luntur dek a small thorn on your rosy path.

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
(Al-Baqarah : 214)


Semoga diri terus mantap. Take care, wassalam.

Yours sincerely,
Budak Imarah 11

p/s: Pasal shovel tu, tanya la senior ikhwah. Or tanya Rahman. Kalu dia tak nak tolong, report kat abang anti. Apa susah.

*kali ini, melarikan diri dari lemparan scalpel-scalpel beracun anti*

Sunday, November 23, 2008

Warkah Rindu buat Kamu

Di kala malam yang dingin ini, angin sejuk Mesir telah membekukan otak saya, sekaligus mengaktifkan secara hyper aktiviti cervical cortex saya.

Maka saya ada pengakuan emosi yang perlu diterjemahkan demi mengelakkannya dari terus menyerabutkan fikiran ini.

Saya lapar. Walaupun dah makan malam yang sedap (telur sweet sour dan sup sayur... tak mungkin tak tambah), meratah sebungkus Tiger dan seketul Molto chocolate, saya masih lapar.

Perlukah saya meratah lagi biskut Tiger itu? Nampaknya, esok terpaksa beli finuu LE3.

Selingan: Saya tak suka buah zaitun.


Saya juga sejuk. Baiklah, salah sendiri sebab tak menambah jumlah lapisan pakaian.

Saya rindukan mama saya.

Saya rindukan papa saya.

Aduh, saya terasa macam seorang budak kecil di sini.

Saya rindukan guru saya. Akhirnya saya menghantar offline message kepada dia semalam menyatakan kerinduan.

Saya rindukan abang saya. Saya dah biasa ada abang, tetapi abang saya tiada di Mesir. Dah lama tak gaduh dengan dia.

Huh.

Duduk di sini mengajar saya lebih menghargai mereka yang saya ada.

Baiklah. Pengakuan dah dibuat. Sila jangan membuli saya berkenaan apa yang sudah ditulis.

Jom sambung study.

p/s: Rindukan keropok.

Friday, November 21, 2008

'Abid

Mood tak tenang. Iman terasa merudum.

Mungkin sebab salah makan kot. Ikan masak kicap tadi terasa semacam. Ara, aku buat lawak je. Ko masak memang sedap.

Menghadap buku Physio. Membaca tanpa sebarang input.

Apa ni?

Maka pelajaran tanpa kualiti itu dihentikan dan input yang lain dicari.

Mencapai al-Quran.

Jika tidak mampu menjadi seorang 'alim, maka jadilah seorang 'abid.

Thursday, November 20, 2008

Ukhuwwah Beras

Pagi ini, macam biasa, nak masak bubur. Potong kacang buncis, carrot dan ayam.

Semua dah sedia. Perencah sup sayur sudah dicuba-rasa dan bersedia untuk dituangkan ke dalam periuk nasi nanti.

Baiklah, bersedia menghadapi air paip yang sejuk. Lipat lengan baju anda! Mari membasuh beras!

Mencari beras di tempat biasa di tepi rak.

Eh? Feen?

"Radhi. Ooo Radhi. Beras pergi mana?"

Radhi menyahut. "Alamak! Lupa nak bagitau awak. Beras dah habis la."

-___-'' "Boleh ke masak bubur kalu tak de beras?

Maka saya pun melangkah dengan penuh bersemangat memanjat tangga ke tingkat dua.

"Assalamualaikum~ Korang, pinjam beras."

"Beras ada ke?" Amar yang sedang mengemop menyoal Nasywa.

"Ada, ada. Amik la."

"Shukran!"

Maka bubur pun selamat dimasak dengan jayanya. Menjamu ahli biit dan Bad dan Nisa' yang datang jauh dari Mounira dan Maniyal.

Saya pernah dinasihati pada zaman purba yang lampau dengan, "Kita ada jemaah yang besar, so gunakan sebaik-baiknya..."

Terima kasih. Saya sedang berusaha menghayati dan mengamalkan nasihat tersebut.

Ukhuwah pun dapat dikukuhkan sambil-sambil tu, kan?

Berjalan, Bermusafir.

"Pagi-pagi pergi kelas naik ape?" Abang itu bertanya pada aku.

"Naik kaki je."

"Kenapa tak naik teksi atau tremco? Ade je, kan?"

"Exercise pagi-pagi."

Dan dia ketawa. "Bagus nye, budak-budak tahun satu."

"Terima kasih." Aku sedar, kami memang amat mantap pun.

Aku suka berjalan di pagi hari. Ya. Ianya menyeronokkan.

Mengulangi mathurat sepanjang perjalanan.

Mengambil masa memerhati geografi Mesir.

Melihat keindahan langit ciptaanNya.

Senyum dan ucapan salam kepada mak cik-mak cik di jalanan.

Menghidu bau 'ish yang masih panas.

Menyegarkan. Sedikit sebanyak menghilangkan keserabutan.

Dan mereka bertanya mengapa aku suka berjalan bersendirian.

Jika berjalan dengan mantap dan penuh semangat, dalam 20 minit akan sampai Kasr el-Ainy Medical School. Biasanya velocity akan dikurangkan di atas jambatan, sebab nak tenung Cairo Tower nun lateral di sebelah kanan.

Semoga nikmat iman dan kesihatan ini berkekalan.

p/s: Aku penat sebenarnya. Aku rindukan basikal aku.

Sunday, November 02, 2008

Things Supposed to Be

Tanggungjawab yang diberikan adalah amanah dari yang orang lain, kan?

Ianya tanda kita dihormati dan dipercayai oleh mereka, kan? Kalau tak, takkan mereka nak amanatkan sesuatu pada kita, kan?

Sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka dan dilaksanakan dengan penuh ihsan, kan?

Rasulullah sendiri pun mahukan umatnya bersikap ihsan dalam setiap perkara, kan?

Kalau terasa berat, sepatutnya dianggap sebagai satu cabaran dan titik tolak bagi memajukan diri sendiri, kan?

Kalau terasa berat, sepatutnya luahkan kepada sesiapa, kan?

Sepatutnya minta tolong, kan?

Sepatutnya terus tabah, sabar dan berusaha, kan?

Sepatutnya terus senyum, kan?

Sepatutnya berjalan maju ke hadapan dengan langkah yang penuh bersemangat, kan?

Tak sepatutnya berputus asa, kan?

Tak sepatutnya distancekan diri dari mereka, kan?

Tak sepatutnya malas jawab telefon, kan?

Tak sepatutnya menyampah dengan mereka, kan?

Tak sepatutnya update blog menyatakan keserabutan, kan?

Kalau betul-betul tak larat, sepatutnya stop je, kan?

Serahkan kembali amanah yang diberikan, kan?

Hidup tak sepatutnya seserabut ini, kan?

Sepatutnya boleh merenung langit tanpa sebarang di hati melainkan kekaguman tak terhingga padaNya, kan?

Sepatutnya boleh duduk di bawah pokok dan tak buat apa-apa tanpa diganggu, kan?

Sepatutnya boleh tersengih melihat gelagat Nada mengejar kawan-kawannya, kan?

Sepatutnya boleh duduk di balkoni dan memerhatikan daun di pokok bergoyang dengan selesa, kan?

Sepatutnya boleh terus berjalan dengan hati yang bersemangat, kan?

Sepatutnya boleh terus berlari dengan hati yang girang, kan?

Sepatutnya...

Sepatutnya...

Sepatutnya...

Sepatutnya boleh menjadi diri sendiri, kan?

Tuesday, October 14, 2008

Egypt in Sentences

Seriously, I really wanted to update on life in Egypt. It's just, there's so much to say. And I owe my family one of these, too.

Okay, I admit to my laziness.

Life is okay here. Am still living and learning.

Struggling to increase the amount of ibadah.

Loving the back alleys of Sayyeda Zainab.

Enjoying every second in the bus.

Liking the language. And the people on the bus.

Really wanted to strangle that old geezer selling tissues by the bridge.

Loving the Best apple juice.

Liking ruz billaban.

Tolerating the dusty road.

Irritated with some of ikhwah of the same batch.

Focusing on study.

Chasing cats.

Enjoying the thrilling road-crossing experience.

Cooking day by day.

Appreciating my family day by day.

Missing keropok and all Malaysia has to offer.

Slurping the cold water that tasted like tap water. [It is, by the way.]

Some more studying.

Doing laundry.

Carefully drying them without making them dusty again.

Ironing clothes before classes.

Tolerating the noisy classmates.

Loving my family. Friends at home. At Brighton.

Struggling like hell to not think of someone.

Being eaten inside out.

Wanting to cry and hit myself hard because of the two above stated.

Really hoping for His guidance, forgiveness, rahmat and everything He is always offering.

Struggling to be better. Spiritually. Emotionally.

Being stronger day by day.

Life is still life, no matter where. Egypt is still His land. With optimism, I'm sure ease will come my way.

Fainna maal 'usri yusra. Inna maal 'usri yusra. - Al-Insyirah:4-5

Wednesday, October 08, 2008

Ini Kami


Baiklah, ini gambar keluarga kami pada 1 Syawal 1429.

Duduk di atas sofa dari kiri adalah: Mak Lang, Mama, Papa meriba Hakim, Mira.
Duduk di lantai dari kiri: Yaya, Atiqah, Harith, Along, Hazim.

Kita mulakan satu persatu.

Mak Lang atau nama glamournya Zan bt Amir adalah sepupu kepada Mama. Berusia agak tua. Suaminya sudah meninggal dan anak-anak tirinya amat-amat besar serta mempunyai keluarga sendiri.

Mak Lang menetap bersama kami dan dibuli Hakim apabila kami semua ke sekolah/kerja/Egypt.

Mama atau nama sebenarnya tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan negara adalah Unit Manager di Hospital Pakar Perdana. Itu hanya secara zahirnya.

Sebenarnya jawatan dia jauh lebih besar, iaitu Timbalan Ketua Keluarga. Juga merupakan Menteri Dapur.

Berusia... nehi, ini rahsia negara.

Papa atau nama sebenarnya turut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan negara. Bertindak sepenuh masa sebagai Ketua Keluarga dan meliputi portfolio-portfolio penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan dan lain-lain lagi.

Dia menyamar sebagai Ketua Jabatan Pediatrik di Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Akan bersara dalam tiga tahun dan akan terus berkhidmat di hospital yang sama.

Lebih berusia dari saya.

Hakim atau nama sebenarnya Pocoyo adalah the youngest child of the family. Suka membuli dan bercakap sorang-sorang. Suka menonton Playhouse Disney dan minum susu segar dan Pediasure.

Makanan kegemaran adalah apa-apa sahaja yang disuap. Kadang-kadang minta Krabby Patty, tetapi di mana nak cari Krusty Krab? Lautan Pasifik amat luas, tau.

Berusia 4 tahun pada 12 Oktober ini. Tidak bekerja. Unless membuli dikira sebagai satu profession.

Mira atau nama sebenarnya L Lawliet adalah anak ketiga. Menjadi mangsa pembulian abang dan kakaknya sehingga meninggalkan trauma yang teruk, iaitu inability to stand up straight. Sentiasa terbongkok.

Mempunyai taste yang ganjil. Meminati orang yang ganjil. Berkebolehan melayari internet sehingga jam tiga pagi. Suka tidur petang.

Sentiasa menyusahkan. Apa lagi?

Berusia 16 tahun. Kurang berumur dan sememangnya kurang berpengalaman daripada saya.

Yaya atau nama sebenarnya Yahya adalah anak keempat. Bossy. Senang menangis menyebabkannya selalu dibuli Hakim. Seorang yang bijak.

Kadang-kadang suka minta benda bukan-bukan. Selalu beli benda bukan-bukan. Walaupun kuat merepek, dia tetap akan mengikut arahan yang diberikan.

Boleh diharap. Sayangkan ahli keluarganya.

Berusia 8 tahun.

Atiqah or her field name Haru Mitsui bercita-cita membuka kedai sushi di Mesir bernama Mitsui Sushi. Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dapat diperolehi memandangkan failnya dikunci di dalam vault super super duper ketat with access only to those with AAA security level.

Dia juga inginkan handphone baru. Dan penyangkut baju. Dan ubat selsema yang lebih mudah ditelan.

Harith atau nama glamournya... Maaf, tiada nama glamour kerana dia tidak glamour. Suka menjengkelkan saya.

Further information could not be disclosed kerana ana berpaksikan 'Man kaana yu'mim billahi wal yaumul akhir falyakul khoira au liyaskut.'

Berusia 14 tahun. Semoga dia segera matang.

Along atau nama sebenarnya Eduwardo Haido adalah ronnin sesat dari Dinasti Meiji. Bakal bergelar doktor gigi dalam kira-kira tiga tahun lagi.

Baru pulang dari Indonesia dalam pencariannya mencari tudung hitam getah untuk Mama. Seterusnya berhajat untuk ke Mesir bagi misi seterusnya.

Ceh, sebenarnya nak ngintip orang.

Seorang yang tua dan sering membebel. Berusia 20 tahun.

Hazim atau nama sebenarnya Robin of Gotham City adalah anak didik kepada Batman. Berkebolehan gimnastik yang tinggi kerana bekerja di circus sebelum berkecimpung dalam bidang menegakkan keadilan. Baru selesai menentang lawannya pada tahun ini iaitu Urban Pirate for Security and Ransom.

Seorang yang kreatif dan berdaya saing tinggi. Semakin meningkat tinggi dan bertambah amplitude suara.

Suka membuli Hakim dan menyebabkan suasana bertambah gamat. Agak malas dan perlu dipaksa untuk bertugas.

Mempunyai handphone yang hanya digunakan sebagai loceng penggera. Sememangnya seorang yang ganjil.

3 Oct: Mercun on a Syawal

Kami balik Perak pada 2 Syawal. Boleh tahan jumlah kerabat yang ada di sini.

Seperti yang disangka, tiada bunga api. Apatah lagi mercun.

3 Syawal. Iaitu hari ini. Sekarang dah malam, and Chik and the gang baru je sampai. Chik, Chik Na, Syahmi (Abang), Zafira (Yaya a.k.a. Adik), Bibik dan si kementot yang baru dua minggu lahir; Rayyan.

A.k.a, aku tak tahu. Kalu kakak dia dah dapat nickname 'Adik', Rayyan ape? Baby?

Tapi budak itu kecil. Merah jugak mukanya. Berkerut macam orang tua.

"Nampak tak stabil."

"Ape yang tak stabilnye, Ikah?" Chik Na menyoal.

Bajunya hijau. Mitten dia tercabut sebelah. Stokingnye pun. Aku amik topinye dan pakaikan.

Merenung. Aku cabut balik.

"Kecik sangat la, Chik." Aku letak topinya atas meja; nadaku hopeless. "Topi dia pun tak muat."

Ateh bawak penimbang berat tadi. Aku dah kira berat beg cargo aku. Tahniah, 32kg sahaja.

Aku timbang cabin luggage. Okay... 17kg. Gasak r. Aku dah tak tau nak buang ape dah.

Limit aku? Haha, 30kg and 5kg.

Kepulangan Chik membawa bersama sekotak bunga api yang terselit belambak mercun. Kanak-kanak yang tak matang segera melarikan isi kandungan kotak itu ke laman depan.

Mercun sahaja; mereka tak main bunga api.

Aku rembat dua bunga api. Sememangnya aku matang. Sensible. Name it.

Ateh, seperti tahun-tahun sebelumnya, supervised our mercun-lighting session. Eleh, aku tahu dia memang nak main sekali.

Mereka bakar mercun yang bila dinyalakan, berpusing sambil mengeluarkan sparks emits cloud of smoke.

"Woi!" Aku menepis gaya ayam. "Jangan la bakar dekat sangat dengan orang!"

Harith tidak melayan seruan aku. Sememangnya aku tak kan bawak balik plushie unta ke dia nanti.

Mercun yang tadi dibakar dan dibakar. Asap berkepul. Dan berkepul.

Harith bakar sumbu mercun itu dan baling ke langit.

"Aaaahhhh!!!" Aku menepis gaya ayam. Lagi. "Mana dia pergi? Mana dia pergi?"

Dan mercun itu jatuh dua kaki dari aku.

"Jangan baling dekat orang!"

Bunga api aku masih lagi belum dibakar. Aku pandang keliling. Hanya aku, 18, dan Adik, 5, sahaja yang main bunga api.

=.=

"Ateh, ateh!" Syahmi berlari dengan mercun yang kelihatan agak besar. "Bakar yang ni!"

Aku melihat deruan sparks yang keluar dari mercun yang Hazim bakarkan.

Tiba-tiba...

*BOOOM!!*

"Aaaaaaahhhhhhh!!!" Aku menutup telinga. Dua-dua. Melarikan diri dari sumber letupan di sebelah hujung kiriku.

Ateh, 48, Harith, 14, Hazim, 12, Syahmi, 7 dan Adik stared at me with unexplained expresses on their faces.

"Bahaya! Jangan main mercun yang tu!"

Sekali lagi, aku tidak diendahkan.

Mereka bakar lagi mercun gila itu.

*BOOOM!!*

dan *BOOOM!!*

dan *BOOOM!!*

dan *BOOOM!!*, *BOOOM!!*, *BOOOM!!*

Jantung aku dah laju macam masa aku jumpa dia hari tu.

Menakutkan, tetapi amat mengujakan.

Hazim bakar mercun yang awal-awal tu. Baling ke langit.

Oh. Nehi.

Aku menutup kepala aku. "Mana dia pergi? Mana dia pergi?"

Dan sekali lagi, ia jatuh dua kaki dari aku.

Nak kene ni, nak kene.

Bunga api aku bakar. Aku pegang hulu dia yang paling hujung dan hala dia jauh-jauh. Pejam mata. Paling muka dari kepulan sparks and asap.

Dia dah padam. Aku bakar satu lagi.

Dengan gaya yang sama.

Mercun masih lagi berdentum. Aku masuk rumah.

"Chik, apsal Chik beli ke Syahmi mercun besar gile? Bahaya la."

"Tak pe." Chik Na jawab. "Ayah dia bomba."

... "Adakah itu menjamin keselamatan dari segala bahaya?" Dan aku berlalu untuk membuli Rayyan.

Mercun masih lagi berdentum at the interval of every half minute. Opah aku membebel. Dia terkejut.

Aku keluar.

"Woi korang. Dah la tu main, opah dah terkejut dah."

"Ika urut la belakang opah." Chik aku berkata. Harith terus membakar sumbu mercun.

"Banyak la urut. Korang la patut berhenti main."

"Suruh la opah tutup telinga." Hazim menyarankan. Tersengih dan membuat gaya.

"Kurang ajar kamu." Aku dan atuk ketawa.

Chik kata, "Urut la belakang opah. Yang ni last."

"Okay." Aku caye. Masuk rumah dan dengar ia berdentum.

Opah merungut lagi.

"Tak pe, pah. Chik kata yang tadi tu last."

Sesuku minit kemudian...

*BOOOM!!*

"Woi! Tadi kata last! Penipu betul!"

Tuesday, September 30, 2008

Student and Brother

I tagged along after dad to the airport to pick up Hadi. He was the last man standing in USIM (lol) after all his friends left home for the upcoming Eidul Fitr.

He was due at 2330 hour, so we arrived ourselves approximately 2320.


While waiting for His Excellency to arrive, I leaned on the cold wall and renamed nearly all the contacts in my handphone.

Hmm. I was never patient enough to wait. Kept glancing around for anything worthwhile to stare at, apart from the opposite wall.

That's when I saw him.

Shorter than me, hair slightly rusty, clad in a pristine white jubah. The one and only Ilham Shah, class monitor of 4 Ikhlas 2008.

The young boy with a fetish for knocking his teachers off with Backstreet Boys' Inconsolable.

"Hey, Ilham!" I called out as the young boy passed in front of me. Okay, so he didn't hear me.

"Ilham!"

He glanced around. His slightly chubby face lit up in a smile.

"Assalamualaikum, Ilham." I held my hand out in a short salute, still practically leaning on the wall. What are you, Atiqah? Some spineless sotong?

"Waalaikumussalam. Bila balik?"

"Lebih kurang minggu lepas."

"Oh. Kitorang baru je balik." True enough, I saw his pride of siblings some distance away.

"Oh."

"Kenapa tak balas mesej?"

"Eh?" I pulled out my handphone. "Tak de dapat pun."

He opened his mouth to continue, but I picked up what he meant. "Mesej Friendster ke? Dah balas lama dah, budak."

He smirked. "Saya bukak Friendster sebulan sekali."

"Bertuah."

We smiled and he ran off towards the entrance.

His Excellency Hadi finally showed up. He remarked something insensitive, to which I rewarded him with a full punch to his right arm for such keen and remarkable observation.

I won't be punching him for quite a while now. It's now or never.

Hoho. I'm such an adorable sister.

Saturday, September 27, 2008

Grocery Shopping: Wet Market

I read about these whilst waiting for my brothers' hair to be cut off. Enjoy.

Sayuran
Pilih yang kelihatan baru dan segar. Macam baru dipetik. Tidak tua atau muda sangat. Semestinya tiada bekas gigitan ulat atau berkudis tanda serangan penyakit.

Kubis.
Pilih yang ringan. Jika ianya dibelah, akan nampak rongga-rongga yang besar. Kobis camni biasanya lagi sedap and manis.

Sawi.
Cari yang berbatang halus dan berdaun lebat. Batang besar biasanya pahit.

Tomato.
Ambil yang agak kehijau-hijauan. Yang macam ni biasanya lebih padat and sedap.

Timun batang.
Pilih yang berbatang lurus dan kurang warna hijau gelap di hujungnya. Warnanya yang gelap can be taken as an indication of its bitterness.

Bawang.
Pangkalnya tidak busuk atau lembik. Baunya tidak sepatutnya berubah dan tidak berair di mana-mana bahagian.

Ubi dan keledek.
They're supposed to be lurus.

Ikan.
Ikan yang segar isinya pejal dan insangnya masih merah. Kalau ikan yang fresh gile, insang dia still berdarah, tau. Jangan amik ikan yang insang dia hitam atau hematoma dah muncul.

Kalau ikan yang bersisik, pastikan sisiknya penuh and tak mudah tanggal.

Ayam.
For first-timer, ayam dibeli mengikut jumlah dan bukannya kilo. Unless you're asking for body part.

Ambil ayam yang bersaiz sedang. Elakkan amik ayam yang besar sangat sebab:
- ia mungkin ayam tua yang berdaging tidak sedap.
- lemak je banyak, isi kurang.

Kita nak otot, people!

Nenas.
Nenas yang masak biasanya matanya kurang timbul. Kalau ikut warna, pilih antara tiga ini:
- kuning tua
- kuning keemasan
- kuning kemerahan
Ianya bergantung kepada spesis nenas tu jugak.

Daunnya pulak... kalu tak salah saya ianya mudah tanggal.

Tembikai.
Kulitnya agak licin dan ianya berpangkal gemuk. Dari pangkal sehingga ke hujung, warna kulitnya sepatutnya putih kuning air.


Happy grocery shopping, people!

Pass the Appreciation Baton

Hari ini result rasmi dikeluarkan untuk pelajar-pelajar MEG tajaan pak cik JPA. Result tak rasmi aku dah tahu Rabu baru ni and I only told Akmal, Muhammad and Raihaana of it because they happened to be online when I'm around. Gah.

..... Pagi-pagi lagi aku dah emailkan ke semua pelajar, sms ke MT dan kelas rep dan buat announcement di group Friendster kami.

Semalam aku tidur lambat untuk synchronize kan email-email budak-budak ini in preparation for sending out 95 emails.

One word. Tedious. yawning I should get myself a personal assistant.

Lepas tu pulak, ada 8 email yang silap dalam simpanan kami. Which adds to the agony. I mean, we should have triple-checked all emails before establishing them in our database.

Database sudah selamat dengan Fahmi. Lega, yang tu aku tak payah isikan dah! Photobucket

Aku baru balik dari shopping for fresh herbs and gunting rambut budak-budak ni. Hakim amat comel bila dikerat rambut!~ embaressed

Ehem. Let's not be distracted.

Balik je, aku sambung download dictionary and checked my email. Ada seorang ikhwah balas mass message pagi tadi dengan ucapan syukran awiy ya ukhti..

I was like... touched. Small gesture does tickle me pink.byebye

Spooks

Spoilers, beware!

I was on the award-winning Spooks just now, rerunning the episode where Riff and B's son Alfie was kidnapped.


Since I'm online, I wikied the series and found out Fiona will be gunned down by her Syrian ex-husband and will die in Adam's arms, deteriorating him to a breakdown.

That show is one cruel one.

Whaat? What is wrong with me spoiling myself with advanced details? I mean, at least I'm well-prepared for the future.

Although I am fine with death and am comfortable with the fact that it is a daily occurence, I just don't fancy the idea of killing off characters just like that.

I mean, it's the same rage I felt when Rowling killed off Sirius!

Ehem. Back to our topic.

One of the reason why I am so not looking forward to Fiona's demise is because she and Adam were married. They're the MI5 and they're building a family.

I like stories with happily married couples. At least something's right.

People watch tv for a happily-ending life. If we want real-life drama of frustration and sorrow, I might as well stare at the people hanging out at the mall; completely at loss of their way of life.

Duh.

Anyway, Spooks is an excellent spy drama. Its pace is not as fast as 24 that I got lost midway, nor is it slow as a siput.

Actions and blood uncensored. Controversional presentation and style.

Good mental preparation for the young doctors.

Friday, September 26, 2008

Enter Chef Atiqah

Guess what I did today.


I cooked. Hoho. Which is a rare occurent in the Hanifah household.

Mom helped me as I cooked up the ever famous Nasi Maqlouba. And the kuah bamya.

Quite a feast we had. Hakim ate three times while Harith, Hazim and Mira had two servings each.

I had half plate. I can't bring myself to eat what I cook.

Come on, people. I know you wanted to say wow right now. Come on, say it, say it!

Cooking, my dear fellow, is simple. The key ingredient to a heartening dish is love. As you cook, picture your beloved's happy smile when they have that meal.


I'm sure a cook will be born.
Haru & Associates