
Gambar hiasan. Tiada kaitan dengan hidup mati aku.
Selepas Subuh, aku naik bosan. Or macam si kecil Ikbal Hariz kata, puah.
Ulang-alik dari bilik ke sink. Hish. Aku heret Tasnim ke taman. “Jom lah, kita gi jogging! Ajak la orang lain jugak!”
Nik ajak Nadhrah, Umairah dan Khadijah. Mantap. Aku minta dia pesan ke Umai suruh bawak kamera sekali.
Aku tengok cermin. Muka dah basuh, gigi dah gosok. Apa lagi belum? Oh ya. Mandi.
Mana ada orang mandi before jogging, kan? Gasak r. Aku pakai tudung and saut sweater over my short-sleeved France black tee.
Turun bawah. Tunggu Khadijah. Kami bergambar sebentar.
Sampai di taman. Aku malas lari. Budak-budak ni humban handphone atas aku. Aku jalan keliling taman tiga kali, berlari jugak in between. Poket dan tangan aku sarat dengan handphone.
Aku perasan ada budak yang tengok aku semacam je. Tak kesah la.
Kami stop di gelanggang skaters. Aku letak barang. Pandang gelanggang dan sengih.
Aku berlari dari satu hujung ke satu hujung. Sampai top dia. Steady... kasut getah aku licin gak. Aku gelongsor turun, full momentum atas lutut.
Terduduk atas court. Ketawa. Berdiri dan sapu lutut.
Rasa amat puas.
“Ya Rabbi...” Khadijah cakap.
“Best. Rasa cam budak.” Aku tersengih lebar.
“Tau tak pe.” Yang lain ketawa je.
Kami buat senam robik dan Pocho-pocho. Nadhrah pasang muzik.
Sambil-sambil tu kami kutuk MT lelaki. Muhammad, sorry deh. Umairah start.
Kami berjalan pulang. Diorang ajak gi breakfast. “La... yang pergi bakar kalori tadi tu, semata-mata nak isi balik la ye?”
“Apa lagi?” Kami ketawa.
Jogging tadi adalah rehat last aku. Kene sambung balik IFF yang dah seminggu aku tinggalkan ke Akmal dan Khadijah sementara aku berfoya-foya di BTN.
Call Puan Umi. Dia tanya pasal BTN. “Mantap je.”
Dia kata, dia tak call aku awal-awal sebab nak bagi aku rehat. Aku ketawa. Baik kan, lecturer-lecturer INTEC?
So tugasan disambung kembali. Aku tukar note on my handphone dari ‘Choleric no more’ to ‘Phlegmatic no more’.
Habis breakfast di Wira Sejati jam 10 pagi. Aku mengambil laptop dan sambung buat kerja di tempat Pak Guard.
Bincang dengan Khadijah pasal IFF. Settled sikit. Baru je nak call Akmal, dia dan Asyraf lalu. Macam tahu-tahu je. Aku suruh dia panggil semua yang terlibat masuk meeting pukul 12.01. Pukul 3 aku kene pergi shopping ngan Puan Umi.
“Saya maybe tak masuk meeting kot. Family datang. Saya dah bagitau hampir sumer ke Khadijah.”
“Pergi entertain family tu.” Aku sengih.
Pukul 11. Khadijah naik ke atas untuk mandi. Dia suruh aku naik atas jugak, tapi aku stayed back untuk settlekan refinement.
Aku call Papa. Dalam pukul 12 Papa and the gang sampai Shah Alam.
Aku tersengih. Ada chance aku lari dari meeting.
Terhenti sejenak. Leh caya ke diorang ni? Seminggu aku minta diorang carikan anak buah untuk unit aku, tu pun nak kene tunggu aku balik. Aish.
Hujan rintik. Aku simpan laptop. Nampak DAF 6565 parking dekat ngan Rafi Bistro.
Happy! Lari jumpa diorang.
Ternampak Akmal. Lari keluar jumpa dia sekejap. Maklumkan dia apa yang aku perlukan untuk IFF meeting kali ni dan maklumkan pasal family aku datang.
“Dah, dah. Pergi.” Tersengih menghalau aku.
Aku ketawa penuh penghargaan.
Kami brunch di Bistro. Sejam kemudian, diorang bertolak meneruskan perjalanan back to Kelantan.
Mama bagi aku lima dodol kecil, empat tart telur, tiga tin susu Dutch Lady dan satu bungkus kerepek.
Wah!
Meeting dah lama tamat. Aku call Akmal. “Sudah la tu. Pergi entertain family tu.”
“Pak cik, diorang dah balik la.”
Akhirnya pada hari itu, Atiqah mandi pagi jam 1.15 petang. Tahniah, kambing.

2 comments:
what?! dont tell me 1.45pm is ur longest record? u sooo can't beat moi. hahaha!
b4 lembu, then kambing. next~ ...?
lemme suggest itik serati. happy ramadhan! ;)
nanti belajar senam ruhul jadid pulak ye. :D
Post a Comment