1) got bested for using english in a group of kelantan-speakers. so unfair, i am not going to be awkward with people i care because of language!
2) rasa macam i'm having a relationship with a frenchman, urgh. foreign and cocky.
Maka tuan puan disarankan jauhkan diri dari blog saya, terima kasih.
---
Tinggal seminggu je di Malaysia maka kena betul-betul bersungguh minggu ni. Dan juga sebab ayah dah kembali bekerja maka tak best duduk rumah sorang-sorang (ayat ni ada unsur keganjilan dan penipuan sebenarnya).
Bermula dengan menghadiri Sambutan Aidilfitri 1432 SRI Aman untuk berjumpa guru-guru dan adik-adik tercinta
Which reminds me, terlupa nak jenguk pokok belakang sekolah yang di-vandalize 9 tahun yang lalu. Lusa datang balik kita tengok what happened to it okay. *tulis dalam To Do List*
Dia minta belanja ais-krim tapi saya bagitahu "Sorry ada dollar je, takde ringgit" maka macam mana nak belanja ais krim dan inilah kebenaran yang sebenar.
Masuk kereta ayah persoalkan kenapa tetiba segan minta duit belanja (sebenarnya kali ni sendiri rasa dah terbanyak belanja on tiket flight hehe, pergi KL punya pasal) dan mak pun hulur RM19 sebab kesian tengok dah 21 tahun tapi takde ringgit tunai dalam beg (duit tunai aka duit raya dah habis dengan terbelinya beg baru (curse me) serta ice-blended latte yang penting bagi penerusan kehidupan).
Sebenarnya semua ini alasan sebab dah komited simpan duit untuk beli rumah.
Seterusnya ke bandar dan menindik telinga. Benda ni sebenarnya dah buat 14 tahun yang lalu tapi dipendekkan cerita lubang tinggal sebelah je. Pakai subang sebelah je nanti salah di sisi agama pulak, maka hari ni akhirnya terlaksana lah misi untuk tidak menyerupai Ryota Miyagi ;D

Berkenalan dengan Kak Anita pemilik Anita Jewels dekat Jalan Tok Hakim. Kedai dia baru bukak lima hari sebelum raya, sebelum ni dia kerja dengan ayah dia. Anak dia ada sorang darjah 5 dekat Sekolah Zainab.
Masa dia tindikkan telinga tadi, dia layan ketakutan pelanggan dengan sangat cemerlang! Para bakal doktor boleh la kiranya mendalami bed-side manner dengan Kak Ta ni :P
Dah alang-alang di kedai emas, hantar terus rantai nama dan cincin minta dia tolong krom bagi nampak baru. Benda ni dah overdue sekurang-kurangnya dua tahun, si senget ni seorang penangguh sejati.
Selepas ini akan ke kedai Amway cari moisturizer serta mak heret ke Nirwana untuk beli blouse baru (sebab saya takde duit tunai maka kalau betul nak beli barang kena la bawa ibu bapa bersama).
Esok cuti peristiwa SRI Aman sempena sambutan pagi tadi. Dia ajak dating KB Mall (quite a flirt yo. This kid really is something.. Tetiba rasa culture shock.) tapi dah janji bawa adik-adik baca buku di Pustaka Az-Zahra.
Keluarga didahulukan, membaca diutamakan. Haha.

3 comments:
hai cik adik. cepat pulang. sini sudah rindu!
is it raimi? haha. eh. budak tu dh form 1... hue.
ehm. ade lagi watak dr slam dunk haha~
@Sufi:
aik aik I didn't mention anyone's name :|
btw budak2 tu baru habis UPSR sekarang tengah UPSRI
haha slam dunk epic kot ;)
Post a Comment