بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Friday, April 03, 2009

Kempen Kuih Keria untuk Semua

Kempen Akhlak Mulia
untuk Semua

Fasa pertama: Berbuat baik sesama jiran.

Dianjurkan oleh:
Briged Rakan-rakan Yuuno

Tarikh:
1 dan 2 April 2009

Tempat:
Haret Sayyeda Zainab


1.0 Pendahuluan:

1.1 Akhlak mulia adalah manifestasi kemantapan iman seorang Muslim. Ianya jauh lebih berharga dan dihargai daripada pakaian emas mahupun keputusan peperiksaan yang mumtaz bi sharaf.

1.2 Pelajar-pelajar perubatan, khususnya pelajar Melayu di Haret Sayyeda Zainab turut tidak ketinggalan dari berakhlak mulia sebagaimana yang diajurkan Al-Quran dan Sunnah.

1.3 Pun begitu, akhlak mulia ini sekadar diamalkan sesama masyarakat Melayu di Mesir ini sahaja, seterusnya mengabaikan kewujudan komuniti Arab di kawasan Haret Sayyeda Zainab ini.

1.4 Berikutan sikap ini, banyak salah faham yang telah timbul antara masyarakat Melayu dan masyarakat Arab lantas menjadi pencetus kepada usaha menghidupkan kembali amalan berbuat baik sesama jiran.

2.0 Objektif

2.1 Menggalakkan pengamalan akhlak mulia di dalam kehidupan.

2.2 Memupuk semangat cintakan Rasul sepanjang zaman dengan mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.

2.3 Membina hubungan baik antara penghuni Imarah 11 dengan jiran-jiran Arab di sekitar.

2.4 Meningkatkan kualiti kehidupan penghuni Imarah 11 dan jiran-jiran setempat.

2.5 Memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat Arab.

2.6 Meningkatkan penguasaan Bahasa Arab Ammiyah Mesir dengan berkomunikasi dengan masyarakat setempat.

3.0 Anjuran
Briged Rakan-rakan Yuuno

4.0 Tarikh perlaksanaan
1 dan 2 April 2009

5.0 Lokasi cadangan
Imarah 20, Haret Sayyeda Zainab

6.0 Sasaran
20-30 orang jiran yang sering berlegar-legar di hadapan Imarah 11.

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengarah
Nur Atiqah M. H.

Unit Tugas-tugas Khas
Khairunnisa A. R. (Ketua)
Nur Atikah S. I.

8.0 Bidang tugas

Pengarah
1. Mengatur dan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana
2. Memastikan setiap AJK melaksanakan tugas dengan baik dan teratur
3. Mengetuai proses perancangan dan perbincangan dasar program
4. Menyelesaikan masalah-masalah yang timbul antara jawatankuasa dengan pihak luar

AJK Tugas-tugas Khas
1. Melaksanakan apa sahaja yang diarahkan Pengarah

9.0 Pelan tindakan

1 April 2009
Membeli keledek dan tepung.
Mengopek keledek.
Merebus keledek.
Melenyek keledek.
Menguli keledek dan membentuk kuih keria yang presentable.
Menggoreng keledek.

2 April 2009
Menyira kuih keria.
Memberikan kepada jiran sebagai tanda ‘We come in peace’.
Membincangkan isu-isu social setempat bersama jiran tetangga.

10.0 Anggaran belanjawan

11.0 Penutup

Semoga apa yang direncanakan dalam kertas kerja ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dengan pertolongan dan izin daripada Allah S.W.T. demi mencapai semua objektif yang digariskan.


Disediakan, disemak dan disahkan oleh;


…………………………………..
(NUR ATIQAH M. H.)
Pengarah,
Kempen Akhlak Mulia untuk Semua.


12.0 Feedback

Ada budak datang rumah aku dengan linangan air mata.

Budak-budak gila depan imarah mengganas lagi. Kali ini di bawah sinaran mentari di pagi hari.

Aku bengang. Aku tak suka perbuatan mereka yang buat budak perempuan menangis. Dan aku tak suka sebab aku tak tahu nak buat apa lagi.

Nisa putuskan supaya tidak payah memberi kuih kepada jiran-jiran kami yang siot.

Nampaknya kempen aku sudah gagal.

21 comments:

c's said...

ayyoo.. siap ada kertas kerja, belanjawan.. mantap2..

adeh.. saba ye

Haru said...

kak radin, ngaku je akak nak kata saya skema.
hahaha
skema itu tangga kejayaan.

airu said...

ptutla ko sibuk mengadap laptop je time tu...busy membuat kertas keje rupenye..

h a r i z, H said...

hahaha.

kalau kempen kuih keria gagal, cubalah pula membuat kempen kuih lapis, ataupun kuih siput mahupun kuih muih.
(taktik cuba gagal Thomas Edison, tanpa mengkaji punca kegagalan)

er, cuba baca ini, kalau rajin. https://www.blogger.com/comment.g?blogID=5090320840726249685&postID=5478216547845719649&isPopup=true

berkenaan Thomas Edison, walau dia tak layak digelar saintis.

HafizAdam said...

anyone care to explain what is Kuih keria or perhaps, send some to my house? ;)) *hehe*

Haru said...

nisa:
ye la, dah malam tu ada dua orang budak kata ke aku,
"Ya tuan, kami patuh..."
hahaha


hariz:
setelah dianalisa, kempen kuih keria gagal kerana kuih2 keria yang dibuat dua orang pengikut setia adalah terlalu sedap untuk dikongsi bersama orang Arab yang entah makan atau tak.
hehe
mungkin lepas ni saya nak hidupkan kembali kempen mushrif untuk semua yang tergendala tempoh hari.

dah baca. kita akan berjaya dengan bijak andai mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.


abg hafiz:
kuih keria is a malay doughnut made of flour and sweet potato. it is fried and then rolled in cooked melted sugar until the sugar crystalizes around it, an act we call 'menyira'.

we are sorry, but up to date there is no logistic service from our company. do regard this as our sincerest apology.

thank you for choosing Briged Rakan-rakan Yuuno's kuih keria. we wish you success in your present and future endeavour.

kie said...

slm..
erm..
nseb baek la ak x join skali kn wt kuih 2,,
klo x..wt penat jek buat..
wahahha
btw..
ak doakn kempen ko yg seterusnye akn berjalan dgn baek..
wat about,,KEMPEN SILAT UNTUK SEMUA..
bile nk brejalan??
hahha

Haru said...

kie:
macam banyak je kempen nak buat.
penat r.
aku pun suka study gak.
aku sebenarnya suka 'kempen mushrif untuk semua'.
geram aku dengan budak2 yg tak reti2 pakai mushrif.
aku jugak yang kena call-kan mushrif ke diorang.
kan senang kalau korang kawen je.

tak pun. hmm.
oh. aku ada idea baru.
jom buat petition.
aku nak imarah kita ada bawwab yg akan mengawal depan rumah and tolong halau budak2 siot ni kalau kacau kita.

abang2 senior BIKON amat mantap. mereka pakar menghalau budak2 siot.
agaknya sebab diorang lelaki kot. budak2 siot takut dengan lelaki garang, tetapi mereka suka perempuan garang.

ada baiknya kita menjalankan analisa psikologi terhadap mereka. mungkin mereka lapar, sebab tu siot semacam je.

ah. banyak nye perkataan siot. lepas ni guna benda laen pulak.

Anonymous said...

ape pon, korg still hutang kuih keria kat aku...isk2...

*jd ke nk bg seketul kuih cornflakes kat seketul musyrif yg lucu tuh [whatever his name is]?? cpt2 sblm trlmbat...dh nk abis dh...huahua...

Haru said...

farah:
did i ever told you i love you?
aku nak!!
oh, keria dah habis. nanti aku try buat kuih lain pulak.
cekodok pisang pun kuih jugak, kan?

baby doctor said...

dang this is funneh! xD and i love keria too~

mits bila nk bukak mitsui sushi ni.. ;(

h a r i z, H said...

erm. kalau macam tu masalahnya, cuba la buat kuih keria citarasa Arab dalam versi kurang sedap.

mana tahu berjaya?


er, versi Arab, mungkin tambah sedikit rempah ratus?

Haru said...

kamel:
ala... macam mana boleh tak ingat?
maaf kamel.

buat la kempen keria di brighton. mesti hangat.
kemudian, buat laporan and publish in blog.
tiada masalah di pihak Briged Rakan-rakan Yuuno untuk menyumbang saran dalam idea perkembangan kami ke brighton.

haha. merapu time2 exam ni. adeh.


hariz:
rempah? the next headline:
DIARRHEA OUTBREAK IN HARET SAYYEDA ZAINAB.

baby doctor said...

miiiiiitss u're doin it again! im milah milah milah jugak utk korang! ;( how do u feel after all this time d ex-sri clan pggl u tiqah, and tiba2 diorang tuka jadi...


er..

...

(tgh pk panggilan lain yg others mite call u one day)

...




sayang?

ha!

Anonymous said...

nope, never recalled that...

u should say it more often...wahaha...

mari kita bukk bisnes kuih-muih..!

[agar2 yg mak aku bw dr msia ada melambak lg...any ideas?]

Haru said...

sayangku milah:
hahaha!~ point taken.


farah:
that was a question, never a statement. hahaha
consider me مغرور

bak sini agar2 tu. aku nak buat agar2 coklat. hehe

bagus betul. time2 exam ni la, semua benda nak dimasaknya.

airu said...

tikah..ak ade idea baru
instead of using keledek yg dh nk pupus, pe kate wat cm to'miyah tu...tp pkai kcg len...sdp gk rs die...dh try...

Haru said...

nisa:
segenih leh dapat 10 ketul to'miyah baghal
baik beli je.
and makan sendiri.
hahaha

airu said...

la...watpe nk bg bnde yg depa dh tau...

Unknown said...

(melihat ika dgn mata kuyu)
*knk2 stress blaja... da jd terencat sket nmpkny. haha

Haru said...

along:
apenye?
hahaha

Haru & Associates