بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Monday, September 07, 2015

Kaunter tu berkuman yang kamu pergi sadai kepala tu apehal

Me discussing prob with Zelin. Wong my ex teammate datang.

Wong: Atiqah ok? Ada isu ape? Hari2 Atiqah ada isu.
Me tersadai kepala di kaunter: Sampai hati Wong cakap camtu kat aku...
Wong dengan nada yang tak pernah berubah: Takde la cakap camtu saje je gurau. Ha citer la ape masalah kau.
Me cerita masalah.
Wong tetiba: Jap nak jawab call. Hello? Hah-
Me to Zelin sementara Wong jawab call: Wong baik.
Zelin yang baru masuk Green: Yes aku sedar.
Me: Aku suka Wong.
Wong: Okay. Ha Atiqah sambung.

---

Dua minggu kerja baru ni saya dalam Team Green untuk Surgery ni. Pastu semalam dah masuk Team Red. Aku sayang Green sebab ada MO awesome seperti Dr. Adham dan Dr. Helmi, Nash of course senior yang dari dulu dihormati dan Wong teammate yang paling vocal bantu aku sesuaikan diri dengan climate kerja padahal dia baru je masuk Green. Tak dilupakan Mr. Zaidi kawan papa yang masa round terjadi insiden begini:

Mr. Zaidi: Apa jadi kalau badan hilang sodium. Ha. Hanifah, jawab.
Me: Tarik muka tanpa segan silu.
Mr. Zaidi: Atiqah.

Sape kata untung jadi anak consultant? Bukan ada leverage pun. Leverage setakat ni cuma seronok menyembang nego Radiology request dengan Dr. Arif HOD Radio serta Dato' Rosdi HOD JBM bagi aku panggil dia pakcik, tu je. Lagi stress ada la. Supervisor Surgery aku ni Mr. Zuraimi jiran selang dua rumah siap. Hahahaha. Kitorang kalau selisih kat wad tanya khabar camtu je. Mana boleh biased layanan dalam medicine ni, tak pro la.

Red pulak ada Mr. Imi. Aku tak jumpa dia lagi, tapi wajib la perkenalkan diri properly kepada dia. Dia HO papa masa papa awal jadi specialist dulu and mama banyak ajar dia masa dia HO Ortho. Ha ingat dia nak baik semata2 AtiqOh anak mentor dia ke? Hahaha tahun lepas aku jumpa dia kat open house sorang surgeon ni pun ayat dia aku ingat lagi

"Kau masuk Surgery nanti aku belasah haha."

---

Saya tak sempat nak utarakan hal semalam kepada Nasri.

No comments:

Haru & Associates