Sementara tunggu viva start pagi tadi, study sebelah Aisyah. Aisyah cerita yang Iman budak Syria dalam kelas diorang tu tak amik O&G tahun ni.
"Eh. Kenapa. Dia tahun berapa sebenarnya?"
Iman tahun lima, sama dengan kami. Dia transfer kredit daripada universiti dia di Damsyik dan datang belajar di Kasr el-Ainy sejak lebih kurang tujuh bulan lepas.
Walaupun dia transfer kredit, banyak je subjek praklinikal yang dia kena amik. Aisyah enumerate tadi, banyak juga. Physio, Pharma, dan sebagainya. Semua tu dia kena ambil tahun ni.
"Sebab tu dia tak ambil O&G tahun ni. Dia amik tahun depan. Paeds dia ambil. Dia end round sekali dengan kita haritu. Dia dapat 80 lebih."
"Wow." Dalam keadaan dia ambil banyak subjek, still dapat tinggi Paeds end round. "Hebatnya dia."
Aisyah cerita. Iman struggle nak study dekat kelas sebab kelas kami bahasa Inggeris. Dekat Syria manade belajar bahasa Inggeris. Iman selalu datang kelas nangis sebab teringat keluarga dia. Mak ayah adik2 dia masih di Damsyik. Ayah dia suruh dia datang sini untuk sambung belajar. Sebab macam mana nak sambung belajar dekat Syria sekarang ni? Aisyah kata, kawan2 kelas dia yang lelaki semuanya dah syahid.
Allah. Saya terdiam.
"Kalau aku jadi dia, aku tak boleh nak study," komen kawan di sebelah kanan saya. "Mesti teringat famili."
"Ye, tapi apa lagi yang boleh Iman buat? Kalau bukan dia yang study, siapa lagi akan study?" Saya lontarkan. Terasa hati retak. Siapa akan jadi doktor untuk anak2 Syria seterusnya?
Hidup perlu diteruskan dengan kita memainkan peranan kita di posisi yang Allah tetapkan buat kita. 'You are where you need to be.'
"Segannya aku. Aku main2 lagi study O&G ni..." Semoga Allah ampunkan kelalaian dan sikap acuh tak acuh saya T.T
-----
Exam O&G dah tamat. Kami dah berusaha, mungkin tak sebaiknya, tapi sekarang ini terserah kepada Allah untuk menyempurnakan takdir kami ini. Mohon doakan kami semua lepas subjek ini dan summer nanti boleh la nak melaksanakan tanggungjawab masing2 tanpa perlu risaukan pasal exam.
Exam Paediatrics 12 hari lagi. Bye.

1 comment:
Sedihnya kak... :(
Thanks for sharing.
Memang terasa lah...
Post a Comment