بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Friday, May 13, 2016

Setiap Jumaat ada sinetron. Orthopod is relatively too relaxed.

Dr. Faris datang untuk buat round. Semua HO pergi ke arah dia. Tetiba aku terdengar suara dari tepi hallway.

"Takde HO nak round dengan saya ke? Saya pun MO Ortho jugak."

Aku berpaling. Kelihatan MO third call berdiri seorang diri di tepi dinding menanti round. Beliau kelihatan kesunyian.

"Boss." Saya sengih dan ikut MO pergi ke Kubikel 5. Sedar aku sorang je HO yang ikut dia. Weh apsal semua ikut round Dr. Faris?

"Mane HO lain? Saya MO Ortho bukan MO Surgery."

Sedihnya ayat tapi lawak la cakap camtu. Aku menahan diri dari gelakkan bos di pagi hari sambil menaip dengan laju kepada group WhatsApp HO Ortho "Dr. Annas cubicle 5 Cempaka. Come please save meeeeeee".

Haru & Associates