Untuk semestar ini, saya tidak lagi menghuni Imarah 20. Selamat tinggal wahai bawwabah yang sering bermasalah, reception yang meringat peluh saya serta sutuh yang pastinya saya rindui. Juga semoga tidak dibuli saya ucapkan kepada ketua imarah yang baru, Maryam.
Ahli rumah juga dah berubah. Kami berlapan sekarang; Kak Bihah, Kak Insyirah, Nadh, Raja, Hanan, Nisa, dan saya yang sebilik dengan Yuuno.
Nama rumah kami Villa Raihan. Nama panjang Raihany.
Bilik saya agak besar. Lebih kurang atau besar sedikit daripada bilik kecil di Imarah. Memandangkan tiada antara kami yang suka berbual-bual kosong, maka seringkali saya berhadapan dengan kesunyian diselangi bunyi jam, kipas dan Yuuno bergerak-gerak.
Itu pun jika dia bergerak. Yang biasanya dibuat lewat tengah malam mahupun awal gile pagi. Apa punya raksasa batu...
Mungkin disebabkan saya kurang menghargai teman sebilik yang lalu, maka kali ini dihukum tiada teman sebilik. Maafkan saya, Arachi.
Rumah ini juga sudah dilengkapi dengan talian telefon. Sedikit malang ianya bermasalah, maka talian internet tidak boleh dipasang lagi. Ini menyebabkan kesukaran di pihak saya untuk online, maka banyak lah kerja yang tertangguh.
Kepada warga SMI Aman, ana minta maaf. Sila berusaha bersungguh-sungguh memeriahkan laman sekolah.
Kepada senior PRISMA, ana tertinggal draf kertas kerja dekat Malaysia. Haha, maaf :P I'll redraft and send it to you guys before the meeting.
Argh, lapar la pulak.
Kepada Kak Fathy, maaf sebab tak siapkan berita spekulasi bajet Gema Aidilfitri. Ditambah pula dengan faktor saya sudah pun menghabiskan menonton trilogi Pirates of the Carribeans dan James Bond lakonan Daniel Craig, maka saya sudah tidak bersemangat untuk menghadap komputer.
Skrol atas jap.
Banyak gile perkataan 'maka'.
Jika kalian ada masa, datanglah melawat. Sila bawak jus mangga bersama.
Untuk pengetahuan orang yang ingin tahu, 2-4 Disember ni insya-Allah saya bercadang ke London sempena cuti Eid Adha.
5hb dah mula kelas. Hebat kan? Sila doakan, ye.

1 comment:
wah!
berjaulah!
hohoh. so, is doc kamel will be waiting?
Post a Comment