بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
Showing posts with label Reporter. Show all posts
Showing posts with label Reporter. Show all posts

Thursday, March 06, 2014

Kepercayaan Kunci Kualiti Kerja mediaPERUBATAN - Radin

Dedikasi buat Saeed Zubair bin Zahari wartawan lagenda kebanggaan Jabatan Liputan khususnya serta krew yang tidak berkesempatan hadir pada Gathering Krew LeGEN07.

Dengan musim kembalinya para graduan perubatan kelas 2012/13 Universiti Kaherah ke medan bakti Malaysia, krew mediaPERUBATAN tidak melepaskan peluang untuk mengadakan perkumpulan terakhir bersama para senior yang menggerakkan mediaPERUBATAN seawal zaman tatihnya. Perkumpulan yang dinamakan Gathering Krew LeGEN07 telah berlangsung hampir dua jam pada petang Rabu 5 Mac 2014 di Markas PERUBATAN Abou Rish dengan kehadiran 10 orang lagenda yang diraikan dan kira-kira 20 krew mediaPERUBATAN dari Universiti Kaherah, Ain Shams dan juga Al-Azhar.

Majlis santai dipengerusikan webmaster agung serta ikon mediaPERUBATAN, Saudara Muhammad Hafizuddin bin Mamat Azlan yang mesra dengan panggilan Dinmat telah bermula dengan sesi pengenalan dan perkongsian pengalaman ringkas oleh lagenda mediaPERUBATAN yang berkesempatan hadir, rata-rata merupakan ketua jabatan zaman awal Jabatan Penerangan dan Penerbitan (BPP) yang mengemaskini batu asas bagi gerak kerja mediaPERUBATAN semasa. Mereka tersebut adalah:

Mohamad Safwan "Pemenang" bin Roslan, perintis bidang kewartawanan PERUBATAN dan Ketua Unit Berita 2007-2009;

Asyraf "Jack" bin Zuki, webmaster PERUBATAN Online dan perintis coding dalam kalangan PERUBATAN;

Mohd Ihsan bin Hamdan, Ketua PharmaComic 2008-2011; 

Abdul Adzim bin Mohd Yusoff, Ketua Jabatan Jurnalis 2009-2011;

Mohd Najib bin Mustaffha, Ketua Unit Edaran Tibbians 2009-2011 dan Unit R&D 2011/12;

Mohd Fais bin Mohd Azli, Ketua Jabatan Liputan 2011/12;

Mohd Hazwan "Hazu" bin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Grafik 2011/12;

Radin Rahmah binti Radin Monawir, AJKT BPP 2008/09/10 yang setia menasihati mediaPERUBATAN 
pada tahun-tahun mendatang;

Noor Asyila binti Ismail, Setiausaha BPP 2008/09/10 dan penggerak Unit Hebahan sesinya;

Sharifah Syahirah binti T Syed Manso, Timbalan Ketua Unit Grafik 2008/09/10 juga penerima pertama Anugerah Kualiti PERUBATAN kategori BPP Akhawat.

Turut menjadi tumpuan adalah bekas AJKT BPP yang turut hadir, Nur Humairah binti Che Ibrahim sesi 2011/12 dan Nur Hanisah binti Naspu sesi 2012/13, AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2013/14 Afiq Zulhimi "Boq" bin Zairudin serta AJKT PERUBATAN Cawangan Kaherah sesi 2014/15 yang baru dinaikkan Aimi Asrina binti Noh.

Ucapan kemuncak telah disampaikan Saudari Radin yang menekankan kekuatan mediaPERUBATAN adalah pada para krewnya yang proaktif dan saling membantu serta menyokong satu sama lain. Saudari Radin berkongsi bagaimana beliau pertama kali menangis semasa bertugas dengan BPP adalah ketika reka posternya yang pertama telah dikritik tajam oleh ahli PERUBATAN dari Mansurah. Beliau pada ketika itu hanya mengetahui tentang perkara tersebut setelah ditunjukkan thread kritikan tersebut dimana hasil kerjanya telah dipertahan oleh antaranya Saudara Dinmat dan AJKT Biro Sukan dan Aktiviti Luar ketika itu, Saudara Muhammad Nazrul Syazwan bin Kamarul Arifin yang kini sudah bergelar doktor.

"Saya menangis bukan sebab dikritik tetapi sebab terharu."

Beliau turut memuji persekitaran kerja mediaPERUBATAN yang mana ahli bawahan sentiasa dijaga dan disokong oleh AJKT dan ketua masing-masing. Kepercayaan ini membolehkan krew bebas belajar ilmu baru dan bekerja dengan selesa dalam konteks tertentu kerana disokong oleh pihak atasan masing-masing. Saudari Radin percaya bahawa kepercayaan yang diberikan sesama warga mediaPERUBATAN merupakan kunci kualiti kerja dan kerjasama erat krew mediaPERUBATAN.

Pesanan terakhirnya buat krew mediaPERUBATAN khususnya mereka yang masih aktif dalam penglibatan, "Jaga ukhuwah. Jaga 'bridging the community' moto kita. Teruskan memberikan penerangan yang baik dalam kerja berpasukan kita dan kepada masyarakat.

Terus proaktif dalam cubaan yang datang dengan birokrasi PERUBATAN hari ini. Saya tidak menyuruh untuk memberontak, tetapi warga mediaPERUBATAN mesti mempunyai jati diri."

Diharapkan pertemuan yang ringkas tersebut dapat menjernihkan niat penglibatan dalam mediaPERUBATAN para krew sekalian serta menjadi batu loncatan untuk semangat yang ada. Selain daripada kemahiran yang digarap dan diasah, hubungan yang terbina diharap terus dikekalkan dalam medium perkongsian ilmu dan pembaikan kualiti kerja kita bersama.

"Once a crew, always a crew."

Dari kiri belakang: Amirul Zuhri, SU dan Jabatan Hebahan 11/12; Najib; Dinmat; Fais; Saifullah, wartawan dan penemuramah rasmi 2008-14, Amir Ashmunir, jurugambar dan Jabatan Liputan Pusat 2012-14; Ihsan; Afif Dimyati, Jabatan Grafik 11/12; Boq; Wawan, videographer 2009-14 dan Jabatan Audiovisual; Ahmad Zahari, wartawan dan Jabatan Liputan PCK 14/15; Adzim; Jack; Hazu; Safwan.
Amarlina, kartunis dan Jabatan PharmaComic 11/12; Ain Nabila, Jabatan Liputan Pusat 2012-14; Ruqayyah, Jabatan Grafik; Ainatul Mardhiah, kartunis.... Dah penat.

Bloopers:
Haru & Associates