Hari ni saya telah ponteng kelas Dr. Sherif Zaky yang bermula jam 7.30 am semata-mata kerana nak perbaharui visa.
7.30 am sampai Mugamma'.
Raja dihalang masuk oleh pak guard. "At nine."
Sembilan? Bukan ke lapan biasanya dah bukak?
"Sa3ah tamaniah, ya3ni?"
"Aiwah, nine."
Rasa bangga sebab dia berusaha jugak untuk berbahasa asing. Tahniah.
Saya masuk jam 7.55 am.
Orang pertama yang tersenyum dan duduk di kerusi berhadapan kaunter makcik-makcik yang mantap andai dia buat kerja dengan ikhlas.
8.20 am baru dia benarkan menghampiri dia selepas dia sudah bersarapan, bergosip harian dan bercelak.
Dibeleknya segala dokumen.
Disuruhnya pulang ke universiti sebab "Saya nak syahadah yang ada nama dalam Arab dan Inggeris! Cop kene betul-betul atas nama!"
Merepek.
Dengan segera berlari dan berteksi ke universiti.
8.30 am di Syuun Tolabah. Kaunter yang berorang adalah kaunter tahun 1, 4 dan 6.
Pergi ke kaunter tahun 1. "Saya nak syahadah."
"Awak tahun berapa?"
"Tahun 2."
"Datang balik sejam nanti."
"Tak boleh ke saya amik borang kat sini?"
"Sejam lagi la, budak."
Merepek.
Tersenyum dengan muka tak puas hati dan study Biochem sekejap depan bangunan.
Sabar... sabar... sabar... Argh!
Masuk balik jam 8.45 am. Makcik kaunter tahun 2 dah muncul! Tahniah, tahniah.
Dia tengah sarapan. "Setengah jam lagi."
Merepek.
Tersengih dan menyeringai depan pintu masuk Syuun Tolabah. Mengulang kembali bacaan Mathurat.
Masuk balik jam 8.50 am.
Dihalau keluar balik.
Dipanggil semula oleh makcik yang duduk di kaunter tahun 4.
"Awak nak apa?"
"Saya nak syahadah je." Tersenyum manis. "Je."
"Minta ngan makcik Hoda." Dan dilaungnya nama makcik Hoda banyak kali, sampai la berpaling makcik kaunter tahun 2 dari gosip hariannya.
Oh, nama makcik Hoda ke?
"Bagi la borang syahadah kat budak ni." Makcik di kaunter tahun 4 berkata dari seberang. "Dah lama budak ni kat sini."
Makcik Hoda dengan penuh lemah-gemalai menyerahkan borang syahadah beserta muka tak puas hati kepada saya.
Saya isi dengan segera.
Dah siap. Mana Makcik Hoda?
Pukul 9 am. Kelas Dr. Sherif dah habis. Kelihatan kelibat Baher dan Laila serta budak-budak lelaki.
Makcik lain yang macam baik sikit datang. Dibeleknya. "Nak kernih."
"Sila, sila."
Dibelek, dicakar ruang kosong dan disign borang syahadah saya.
"Nak gambar."
Huh? "Nah, sila."
Disteplernya dahi saya atas borang. Diserahkan kembali.
"Erk, saya nak cop jugak."
"Pergi kaunter tahun 1."
"Baik."
Dengan jurusnye saya ke kaunter sebelah.
"Pergi kaunter tahun 4." Makcik kaunter tu cakap.
Apekah? "Baik."
Menghadap makcik baik kaunter tahun 4 dengan sengihan kerang. "Makcik tu suruh saya datang sini untuk amik cop."
"Pergi balik kaunter tahun 1."
We are not playing pass-the-volatile-Atiqah here! "Ye, baik."
Menapak di kaunter tahun 1.
Kelihatan kelibat makcik yang membawa bersamanya cop-cop.
Saya segera hulur.
Dia tengok. Dia sign dan cop di hujung bawah borang dan dihujung atasnya.
Saya belek.
"Makcik boleh copkan atas nama saya?"
"Tu atas nama la tu."
"Tak, nak yang betul-betul atas nama." Ceria sahaja nada suara yang meminta-minta itu.
"Budak-budak Malaysia ni kan..."
"Haha," Saya tersengih. "Terima kasih makcik. Moga Allah membanyakkan kebaikan atas makcik."
"Ye la."
Berlari ke kedai fotostat. Ramai orang. Berlari ke Maahad Ta'awun sebab kedai fotostat lain semuanya tutup.
Naik teksi ke Mugamma'.
Sekarang jam 9.30 am.
Terus ke kaunter dan hulur borang.
Makcik tu terus proses borang dengan efisien sekali.
Dia serah balik passport.
Saya tunggu jap.
Dia merenung. "Dah setel la. Awak nak apa lagi?"
Eh? Dah?? "Oh, terima kasih puan."
9.35 am keluar Mugamma'. Kelas seterusnya pukul 11.
Bermain-main sekejap.
Pulang ke rumah jam 10.30 am.
Bermesra dengan Kak Insyirah jap.
"Awak rasa hari ni hari yang malang ke?"
"Tak." Tersengih lebar. "Mesti ada la tu, saya buat salah ngan sape kat mana-mana..."
Keluar rumah 10.50 am. Lari!
Lessons for today:
- Be patient.
- Sabar.
- Isbir.
- Plan and well-organize everything.
- Jangan ponteng kelas. Tak berkat.
- Al-akhdzu bil-asbab.
p/s: Saya paling benci semut. Ye, amat. Saya akan berhenti di tepi jalan semata-mata untuk bunuh mereka.
Bertentangan dengan Nabi Sulaiman yang berhenti di tepi jalan untuk elak dari bunuh mereka.
Ape r budak ni.
Kedua saya paling benci lalat.

No comments:
Post a Comment