بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Tuesday, March 03, 2009

Bringing Him Home


Hari ini kami pergi membeli kura-kura.

Kedai ianya berada amat sadis sekali. Anjing-anjing saling menyalak, kucing-kucing pasif di dalam kandang and kura-kura berasak-asakan sesama sendiri.

Dalam kedai, lagi la. Ada seekor anjing putih menyondolkan diri pada kandangnya seorangan. Bulunya tidak terurus. Kelihatan seperti tidak sihat.

Dahsyat r kedai tu. Maka kami niatkan ke kedai tadi sebagai 'Operasi Menyelamat Kura-kura.'

Berikutan harga kura-kura yang sedikit lari daripada bajet sebilangan kami, maka hanya saya sahaja yang membeli kura-kura tadi.

Terasa gembira. "Nak call semua orang la. Nak bagitahu dah beli kura-kura."

"Macam dapat anak." Ara ketawa.

Bersemangat saya beli playing mat untuk dia. Juga membeli blok-blok binaan rumah supaya Yuuno boleh bermain nanti.

Dah beli baru saya teringat. Kura-kura tidak bermain dengan building blocks.

Saya dah susun blok-blok menjadi rumah ladang. Ianya saya ubah supaya menjadi bekas letak alat tulis di atas meja study saya.


Yuuno ini bukanlah seperti Percy si red-eared slider yang kami pelihara di Malaysia dulu. Ianya kura-kura darat, bersisik kepala dan limbsnya dan saya rasa, ianya desert tortoise.

Rasa. Assume. Agak. Entah la. Kalau salah?

Dan sebab suhu sekarang masih lagi sejuk, kebanyakan kura-kura darat masih lagi dalam fatrah hibernation. Dan itulah yang si Yuuno buat sejak kami menyelamatkannya dari kedai tadi.

Saya rasa, Yuuno betina. Tetapi bila fikir semula, ekornya macam panjang sikit dan ianya terselit ke sisi.

Yuuno tengah tidur sekarang. Tak sampai hati nak kacau semata-mata nak periksa ekor dia.

Esok je la.

Kak Insyirah pesan, jangan zalimi binatang. InsyaAllah saya akan jaga Yuuno baik-baik.

Lagipun, dia dah ada ramai kakak angkat kat sini. Sarah, Anah, Umai, Syaimaa', Nisa and the rest dah volunteer nak tortoise-sit dia kalau saya tak sempat.

Hehe.

p/s: Teringatkan Percy yang melarikan diri dulu.

Edited 080309, 1558 hour

I'm reposting this post. Something happened and Yuuno has proven once and for all that he is a male.

12 comments:

fatima azmi said...

alhamdulillah, bermula juga misi menyelamat kura-kura. Ko kene jaga Yuno tu bek2 taw. T aq datang melawat eh..hehe..kem salam kt Yuno! wawa~

sufiyyah zulkifli said...

coolioooooo laa rumah ladang tuh!!!!

hehe. Percy vs Yuno...
Yuno tu maksud dia apa?
ke character dalam anime??

comel2.

dulab dah ada?

Haru said...

atiqah - efa
hehe iema. insyaAllah. ko datang melawat tu, bawak r kobis sehelai dua tau. haha.

atiqah - sufi

hehe. ni budak medic yang banyak kerja tapi buat2 tak de kerja.
yuno tu watak dalam magical lyrical girl nanoha. kan dia ada sidekick ferret bernama yuno.
haha
nak bagi nama mong ryong sebenarnye...

jangan disebut dulab di sini. isu sensitif tu...

Anonymous said...

???
yuno?
aduhai..
pelik btul bg name..
:-S

what about dulab?
:/

Haru said...

atiqah - anas
yuuno ade maksud tau. bagi nama anak kene bermaksud.
yuuno maksudnye 'field of courage'.
mantap kan?

encik, duulab is almari in ammiah. and, please, ianya isu sensitif di sini...

Anonymous said...

*tepok tgn dgn muka bangga*
:D

cheh..
ingtkn tmpt td..
[-(

awat ngn almari?
tamow share?
:/

Haru said...

hmm
sampai sekarang tak beli lagi.
dah malas dah nak peduli, tho keperluan itu ada.
tengok r.
btw, ada dalam post Duulab: The End.
jemput baca kalau dah habis study anat.

Anonymous said...

lehhh..
x bca pun..

***********
ok dh bca..
:)

leh..
siu sensitip pe bnd nyer?
alamari pny la byk kt cni..
xkn la nk cari almari kayu jgk?
:/

carefour, naek teksi dlm 15 genih..
beli almari dlm 350 genih utk yg paling besar..
kalo nk cermin, s. jenab byk..
nk lekatkn almari?
mintak ngn abg faizal penebuk dinding..
atau mintak la tolong sape2 utk tebukkn..
:D

senang...
cost?
erm..
koman2..
400 genih..
siap~
x de nyer sluar terlekat ngn ayaq selut..
:P

*membantu kea?*
*sori ayat cam kaso sket*
*no hard feelings*
:P

Haru said...

you're extremely helpful.
expect guys to be practical.
and expect girls to idlely procrastinate.
tak sempat sebenarnya.

nice one, anas.
i'll take that advice.

Anonymous said...

take je x jd kalo xde usaha..
:P

*kut*
:P

c's said...

wohoo... comey2.. alahai.. ble la akk bleh lawat die.. dh lme x jejak imarah 11.. isk.. kem slm kat die eh

Haru said...

hehe kak radin. nanti saya bawak dia melawat makcik2 dia.

Haru & Associates