بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Friday, April 17, 2009

Yuuno's Day Out

"Okay, buku Physio, pen... Orait, Yuuno, jom."

Aku memandang dia yang sedang tersengih mencangkung di sisi penghadang kayu kandang yang sering menyekat kebebasanku.

Atiqah cakap dengan aku ke? Aku sambung mengunyah salad.

Tiba-tiba, aku terasa diri aku diangkat. Aku mencakar-cakar angin meminta dilepaskan. Tak suka lah, lepas!~

Budak itu meletakkan aku ke dalam kotak yang tersedia beralaskan daun anggur yang hampeh tak sedap. Aku memandang sekeliling. Sempit siot.

Oh, ada salad. Aku mula menghampiri salad-salad tersebut.

Aku terhenti dan merenung Atiqah yang asyik tersengih je.

Ceh, nak buat baik ye? Elok sangat la tu.

"Hari ni kita nak pergi taman. Ikut tau."

Dengan itu, dia separa menutup kotak sempit ini. Dan aku kegelapan.

Oi, apa ni?!

---

Atiqah membuka kotak dan mengangkat aku. Hah, tahu pun. Penganiayaan betul.

Dia letakkan aku di atas tanah.

Eh? Tanah? Rumah kita mana ada tanah.

Aku menjenguk sekeliling. Kelihatan ramai manusia. Eh, pokok ke tu? Wah, daun!~ Jom ke sana!


Aku mengeluarkan kepala. Mendongak. Budak itu masih lagi tersengih. Aku berjalan beberapa langkah.

Dia tak halang. Kedengaran manusia bersorak.

Ceh. Mesti mereka ingat kami kura-kura sekadar batu yang makan salad je, kan? Ape r.

Baik, mari lari!~ Atiqah bukan baik sangat pun.

Tiba-tiba...


"Yuuno jangan pergi jauh sangat."

Oi, lepas r! Aku mencakar-cakar angin. Lepas lepas lepas r!

Dan dia meletakkan aku di sebelah dia. Aku bangun dan berjalan kembali.


"Yuuno, orang dah kata dah kan. Nanti hilang susah pulak."

Atiqah ni kecoh r. Aku mencakar-cakar dia. Rasakan kamu!

Dia tak rasa apa-apa. Oi, aku tengah mencakar, bukan menggaru! Kamu patut menjerit kesakitan!

Dia menyentuh kepala aku. "Dengar tak?"

Aku terdiam. Ye, mak.

"Cat cengkerang tu warna pink baru tahu. Takde la susah nak mencari nanti."

Aku memandang dia dengan pandangan tidak puas hati.

Dia meletakkan aku kembali. Tak nak r main dengan kamu.

Dan aku menuju ke arah seorang budak comel. Aku memandang dia.


Hai, saya Yuuno. Mahu berkenalan?

Dia menjerit.

Woi, apa ni? Tak pernah nampak kura-kura ke?

Atiqah ketawa.

Aku bergerak menghampiri budak itu.

Dia menjerit dan berselindung di belakang mak dia.


Gasak r. Aku terus berjalan pantas menuju jauh dari Atiqah.

7 comments:

airu said...

tk sangka ak yuno bleh menulis blog...huahaha

tiqah, ak tk tau pun ko bwk die kuar?pg mane?dgn sape?naik ape?(ceyh...sounds like mom kn?)

anyway...
as u hv promised 2 me,
let me have the biscuit k.

p.s: kerbau berpegang pd talinye,
manusia berpegang pd janjinye

Haru said...

tuan borek, hamba rintik~

saya gi taman.
dengan pengikut2 saya.
naik metro dan mikrobas [orang melayu panggil tremco].
tambang keseluruhan LE2.25.
saya pakai baju kurung purple. tudung yang biasa.
baik kan, pergi dating pakai baju kurung. tak bleh bla.

lagi mak nak tahu apa?

pasni aku pas biskut ke kau.

airu said...

isyh3...pg dating lak bdk ni
exam ahad ni ye dear...

ak nk biskut borio.

sufiyyah zulkifli said...

k.tiqah,
btol2 xbleh gi,
blackmail yuuno dengan cat PINK!!
ha.ha. ha.
urm, dah ada plot untuk mister seram tu?

Haru said...

haha
buruk r cat binatang
cam dalam citer mister bean

xde plot lagi.
tapi ingat nak split jadi banyak series.
starting ngan citer seram rumah 1.

episod pertama berkisar tentang: kenapa yuuno suka lari dari kandang dia yang terletak di suatu sudut yang agak gelap di ruang tamu baitun nuha.
huahaha

kampung kamu ada cerita hantu? sila pass ke mari.
nak kisah pendek2 je.
hadi tak reti baca panjang2.

Unknown said...

wow. kalu kamu btl2 jd kura2 akn along mkn kamu. yum2

Haru said...

along:
grr

Haru & Associates