Harini saya tersilap anggar kerapatan tembok rendah di simpang dengan kereta disebabkan kegelapan malam. Sifat menekan minyak dengan riang keluar simpang telah menyebabkan kereta terseret tembok tersebut di bahagian belakang sebelah kiri sambil mengeluarkan bunyi yang kuat serta menakutkan.
Saya terbayang kecalaran yang dahsyat. Maka saya suruh adik 9 tahun di sebelah untuk berdoa semoga kereta sihat-sihat sahaja dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.
Kira-kira satu kilometer kemudian, kereta mengeluarkan bunyi flapping (maaf, saya fail BM) semasa meluncur di jalanan. Kereta dipandu dirasakan kurang kestabilannya berbanding biasa. Saya segera berhenti di tepi jalan sambil berdoa tayar elok-elok sahaja.
Pesan adik duduk diam-diam dalam kereta dan kunci kereta dari dalam. Saya keluar bersama henset yang berlampu suluh dan memeriksa bahagian kiri belakang kereta. Kelihatan sebuah tayar yang pancit dengan luka berbentuk L bersaiz kira-kira 10 x 10 cm.
Saya terpecahkan tayar kereta. Nice...
Orang perempuan mudah terdedah kepada bahaya jika duduk tepi jalan dalam kegelapan malam, maka eloklah kita masuk ke dalam kereta di mana kusyennya empuk dan nyaman udara air-condnya, diiringi muzik yang takde la sedap mana tetapi sekurang-kurangnya ada adik nakal yang suka tanya soalan tanpa henti. Seterusnya buat panggilan kepada penyelamat.
"Salam papa. Ni Hana." Nada tenang dan bersandar dengan selesa di kusyen empuk.
"Ye Kak Ngah."
"Hana terpecahkan tayar dekat tusyen James tadi. Tayar dah pancit. Hana parking depan bangunan SPR. Sempat ke nak balik rumah tayar camni?" Nada anak muda tinggal di Mesir lima tahun yang bukan sahaja bersifat suka menyelit ketika membawa kereta malah kini sudah naik taraf kepada tahap pelesit pemecah tayar ini masih lagi tenang.
Sebagai doktor konsultan kanak-kanak, beliau telah sentiasa berhadapan dengan SITREP oleh MO/HO di hospital mengenai pesakit yang sedang kritikal dan bertarung nyawa dengan gaya yang cool, calm and collected. SITREP anaknya kali ini pula bernada tenang dan tiada kecedaraan manusia dilaporkan dan tayar pecah bukanlah spleen pecah, maka pastilah tenang-tenang aja.
"Tak, nanti rosak tayar kalau drive. Kena tukar tayar dulu."
"Okay. Papa datang ambil kitorang boleh?"
*SITREP stands for SITuation REPort. Saya belajar dari Army Wives.

![]() |
| Mama tolong papa baiki tayar sementara anak bertuah ni pegang lampu suluh. |
*SITREP stands for SITuation REPort. Saya belajar dari Army Wives.

No comments:
Post a Comment